Pekena Secawan Kopi

Penangan Secawan Kopi …Assalamualaikum dan selamat sejahtera pembaca semua.Saya, hari minggu macam biasa.Rutin harian.Bekerja la jawabnya.Mana ada orang yang bekerja di pusat membeli belah boleh cuti hujung minggu.Sambil-sambil nak tunggu masuk kerja jom pekena secawan kopi.

pekena secawan kopi

Dalam entri sebelum ini saya ada tulis cerita tentang minum kopi.Ada kopi maka ada idea.Nampaknya dalam entri ini saya juga nak tambah lagi cerita kedai secawan kopi.Cuaca kat luar mendung kerana jerebu.Mengoda mata nak tidur.Tapi tak akan nak tidur lagi.Tak aci lah jawabnya.Malam tidur dan siang pun tidur.

Mengimbau kembali kenangan dulu-dulu.Masa kecik.Masa belum sekolah.Seingat saya umur dalam 5 tahun gitu.Saya amat rapat dengan ayah.Sekarang dah jadi ayah pun.Saya selalu sangat mengikuti ayah ke kedai kopi untuk pekena secawan kopi.

Ketika kat kedai kopi,saya dan ayah akan order dua cawan kopi.Kadang-kadang siap order dengan mee goreng.Selalunya kopi bujang sebab dari rumah memang dah siap pun makan sarapan pagi.

Oleh kerana air kopi masih panas saya akan minta bantuan ayah untuk menuangkan ke dalam piring kecik.Biarkan seketika sehingga sejuk sebelum dihirup.Maka akan keluar bunyi yang mengasyikkan.Ketika itu terasa nikmat pekena secawan kopi.

Itu dulu.Kisah lama.Nostalgia silam yang tak mungkin akan berulang lagi.Kini saya sekadar minum kopi kat rumah.Tak pekena secawan kopi di kedai kopi.Apatah lagi ke Starbuck yang kontroversi tu.Malah saya tak latih anak ke kedai kopi untuk minum kopi.

Saya didik mereka untuk sarapan di rumah bersama-sama.Lagi best kerana pada masa saya boleh mengumpul ahli keluarga duduk semeja bersama.Tak dapat setiap hari.Seminggu sekali pun jadilah kerana kami memang sibuk dengan rutin harian.

Maklum sahajalah saya bekerja CEO swasta.Isteri pula bekerja sebagai penjawat awam.Anak-anak bersekolah.Kebetulan tidak mengambik bibik sebagai pembantu rumah.Jadi sudah terasa kesibukan masa itu untuk kami sekeluarga.

Saya berharap saya berjaya membongkar Teknik Sebenar Bina Kehidupan Bebas Kewangan.Pada masa itu saya boleh belanja rakan taulan dan sahabat handai pekena secawan kopi kat rumah.Doakan ramai-ramai lah ye.

{sekilas pandang}

Dalam entri yang lepas ada rakan blogger yang memberi respon mereka suka milo,teh tarik dan air kopi.Lain orang lain kesukaannya.Saya sudah pasti pengemar kopi.Dengan pekena secawan kopi seharian hidup saya penuh bermakna.

Kalau ada pihak yang sudi  suruh saya tulis artikel berbayar tentang produk kopi saya alu-alukan.Boleh hubungi saya untuk tindakan lanjut.

(Visited 11 times, 1 visits today)

30 thoughts on “Pekena Secawan Kopi

Leave a Comment

CommentLuv badge