Amalan Pembuka Pintu Rezeki Dan Kekayaan

Amalan Pembuka pintu rezeki dan kekayaan adalah artikel lama yang telah saya edit dan kemaskini informasinya. Sayang nak delete begitu sahaja kerana ia adalah informasi yang sangat bernilai buat saya.

Hasilnya menjadi gabungan artikel yang pelbagai,rojak dan ala-ala cerpen.Saya gabungkan dalam satu konten yang panjangnya dalam 2K.

Pembaca boleh pilih satu-satu atau pilih antara satu.

Terpulang kepada pembaca sendiri.Topik pada kali ini berkaitan pembuka pintu rezeki.

Dah banyak rupanya saya tulis tentang rezeki.Bagi saya rezeki yang terbaik ialah menjadi orang kaya yang pemurah dan beriman serta dicintai isteri dan dikasihi anak anak.

Pembuka Pintu Rezeki Dengan Hukum Tarikan

Dengan menggunakan Hukum Tarikan dalam kehidupan anda, ia tidak memerlukan usaha yang banyak, malah tiada kos yang diperlukan. Pada hakikatnya, terdapat banyak perkara yang anda harus tahu untuk memulakannya dan ia akan memberi impak positif dalam kehidupan anda.

Berikut adalah tiga teknik asas dalam aplikasi Hukum Tarikan yang membolehkan anda mendapatkan hasil terbaik dalam hidup anda.

1 – Bersikap Positif

Salah satu kaedah paling mudah di mana anda boleh memperbaiki kualiti apabila anda menggunakan Hukum Tarikan adalah dengan sentiasa mengekalkan penampilan positif.

Apabila anda mempunyai sikap positif terhadap kehidupan, terdapat peluang baik yang mana ia menarik orang-orang positif, kesan-kesan positif dan transformasi berlaku dalam kehidupan anda.

Walaupun jika peristiwa di dalam hidup anda nampak biasa saja, dengan mengekalkan sikap dan penampilan positif, ia boleh menuju ke arah transformasi diri yang anda inginkan.

Dalam kehidupan realiti, penampilan positif anda akan membuatkan anda bersedia untuk memberikan masa kepada perubahan. Sentiasa melihat sesuatu dengan cara terbaik,  maka ia membolehkan anda menjadi lebih baik dalam kehidupan ini, yang akan menunjukkan jalan ke arah situasi yang positif.

#2 – Visualisasi

Teknik penting yang lain adalah dengan melakukan visualisasi atau gambaran di dalam minda anda. Ia adalah penting di mana anda sebenarnya menggambarkan ke mana halatuju anda di dalam kehidupan anda.

Gambarkan diri anda mempunyai kerjaya yang hebat, memandu kereta mewah idaman, mempunyai kesihatan yang baik, bebas kewangan dan kemudian anda akan dapat kebolehan untuk menghasilkan apa yang anda perlukan untuk membolehkan semua gambaran itu menjadi milik anda sepenuhnya.

Anda tidak boleh mencapai matlamat anda melainkan anda sudah mempunyai idea tertentu yang anda ambil dan berusaha dengan konsisten ke arah halatuju anda yang membantu anda mencapai matlamat yang telah ditetapkan.

#3- Saranan

Selalunya, kata-kata saranan boleh meningkatkan getaran energi diri anda yang membuatkan anda lebih bersemangat. Ini adalah kerana kata-kata tersebut telah tersemat di dalam minda anda dan menjadi kepercayaan baru anda.

Anda perlu mula dengan menulis apa yang anda inginkan dan sentiasa menyebutnya berulang-kali. Lebih banyak anda berkata dengan kuat dan sudah tentu impian anda akan datang kepada anda.

pembuka pintu rezeki

Di mana kau rezeki

Rezeki itu luas takrifannya. Untuk lebih mudah saya kecikan skop rezeki dalam bentuk duit.

Rezeki sama macam jodoh.Puas mencari tak jumpa. Ada masa banyak.Ada masa tak ada langsung.Masa tak ada langsung itulah dugaan dan cabaran tahap gaban kata orang sekarang.

Berikut ialah konsep rezeki menurut Anuar Hj zahari yang saya copy and paste dari grup wasap.Saje sebagai koleksi info dan ilmu dalam blog.

Pembuka Pintu Rezeki

Allah mengambil atau tarik rezeki dari kita dengan bermacam-macam cara. Tayar motor pancit, kereta rosak, duit dicuri orang,  ditipu kerana join bisnes itu ini,  ditipu join skim itu ini, dan lain-lain lagi. Itulah sebab-sebab rezeki ditarik yang hakikatnya ialah Allah yang menariknya dari kita.

WAJIB BACA :   Cara buat burger sedap dan cara untuk bisnes burger

Kadangkala kita berfikir soal rezeki dengan secara tidak adil.. maka kita cemburukan gaji, elaun dan pendapatan tambahan kawan kita yang bekerja ditempat lain atau bekerja lebih masa dengan berniaga dan sebagainya yang dilihat lebih besar dari kita. Kita merasa resah melihat orang lain.

Ingatlah bahawa REZEKI itu bukan sahaja di slip gaji atau pada jumlah angka duit semata-mata.

Kadang-kadang kita lupa..

?Dapat mengerjakan solat adalah rezeki
?Dapat luangkan masa menuntut ilmu agama adalah rezeki
?Dapat bos ditempat kerja yang baik pun rezeki..
?Dapat kawan-kawan tempat kerja yang baik pun rezeki..
?Dapat masyarakat sekeliling tempat kerja yang baik pun rezeki..
?Kerja tak pressure pun rezeki..
?Sambil bekerja tapi banyak masa dengan family pun rezeki..

Banyak sangat rezeki yang Allah bagi kepada kita sebenarnya..

Jom fikir luasnya rezeki.

Jangan sempitkan hanya pendapatan yang tercatat atas kertas sahaja sebagai rezeki..

Kekadang..

?Ada orang direzekikan cantik & tampan, tapi tak direzekikan cinta.
?Ada orang direzekikan harta, tapi tak direzekikan anak-anak.
?Ada orang direzekikan anak-anak, tapi tak direzekikan kasih sayang.
?Ada orang direzekikan kekayaan, tapi tak direzekikan kebahagiaan.
?Ada orang direzekikan makanan yang hebat, tapi tak direzekikan selera.

Demikian Allah SWT membahagikan rezekinya, jangan menyangka kita tidak ada rezeki. Rezeki itu ada dimana mana. Bukan terletak pada manusia, tapi Allah.

rezeki murah

Bersyukur membuka pintu rezeki

Saya tahu dan saya faham ramai yang menghadapi cabaran hidup yang sukar dan mencabar.Namun sesukar manapun hidup kita cuba letakkan diri untuk bersyukur dengan mengucapkan Alhamdulillah.Rasai nikmat kesyukuran tersebut benar-benar menyentuh lubuk hati nurani kita.

Jom kita hayati dan perhatikan pesanan sifu IR Haji Ezwan Bin Moktar.Beliau merupakan pakar dalam ilmu Hukum Tarikan Islam.Salah satu ebook beliau yang hebat ialah 5 Amalan Menjemput Rezeki.

Berterima kasihlah kepada Allah SWT yang telah memberikan kita banyak sekali kebaikan dan kebahagiaan.Segala sesuatu yang kita miliki hari ini,semuanya dari Allah SWT, kerana keberkatan dari Nya.

Syukurilah atas semua nikmat Allah yang datang kepada kita.Kita sering lupa berterima kasih kepada Nya atas semuayang telah Dia berikan.

Kita merasakan bahawa  yang ada pada diri kita adalah hasil kerja keras kita sendiri.Itu adalah ciri orang yang sombong.

Mungkin kerana itu, Allah menguji kita dengan memberi kita beberapa ujian seperti kekurangan, penyakit, kesedihan atau musibah lain.Tetapi semua itu bukanlah kerana Allah benci pada kita,malah sebaliknya.

Semua itu untuk menghapus dosa-dosa kita.Biasakan mengucapkan  ALHAMDULILLAH bila-bila pun dan di mana pun kita. Selepas makan, jika mendapat duit,selamat sampai destinasi, selesai bekerja dan sebagainya.

Ucapkanlah bila-bila saja apabila kita mendapat rezeki,atau selepas selesai melakukan sesuatu.

Ucapan Alhamdulillah sangat ringan, tetapi maknanya besar sekali. Allah sangat menyukai orang yang sering mengucapkan Alhamdulillah. Tanpa kita sedari, itu adalah pembuka pintu rezeki. kerana Allah akan menambah nikmat kepada mereka yang bersyukur. Inshaa Allah

Bersyukurlah kerana berjaya menemui pesanan ini.Ia wajar kita amalkan bersama-sama.

Oh.Ya.Kalau ada yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut cara untuk menjemput rezeki agar masuk deras atau lancar sila dapatkan cepat-cepat  5 Amalan Menjemput Rezeki.

Rezeki yang tidak disangka-sangka

Tentu ramai yang nak tahu cara tarik rezeki yang tidak disangka.Sebelum itu perlu difahami bahawa rezeki terlalu luas maksudnya.Bukan setakat duit,makan atau minum.Dalam ertikata yang lain lebih dari itu.

Ada orang berkerja dari siang sampai malam.Malah semalaman bekerja pun ada semata-mata untuk mendapat rezeki.Semuanya memburu rezeki.Apa yang saya kongsikan di sini kita cari rezeki macam biasa tetapi mendapat rezeki yang luarbiasa dan tanpa disangka.

WAJIB BACA :   Baju Raya Terakhir Buat Abee

Saya faham dalam saat-saat kesempitan datangnya pertolongan Allah SWT kepada hambaNya yang selalu ingat kepadanya dengan zikir,solat dan doa.Mari kita lihat bukti melalui ayat-ayat Al Quran yang tertera dibawah.Sekali lagi saya bersyukur memilih Islam sebagai cara hidup.

Firman Allah SWT:

“Iaitu orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah. Ketahuilah dengan zikrullah itu, tenang tenteramlah hati manusia.”

(Surah Ar-Ra’d: 28)

“Kerana itu, ingatlah kamu kepada-Ku, nescaya Aku ingat pula kepada mu dan bersyukurlah kepada Ku dan janganlah kamu mengingkari nikmat-Ku.”

(Al-Baqarah: 152)

rezeki yang tidak disangka

Bukan it sahaja.Rezeki yang kita nak.Rezeki yang kita harap pasti akan datag juga sekiranya berpegang teguh kepada hadis Qursi berikut.Bukti yang nyata dan tidak dapat disangkal lagi.

Mari menemui cara tarik rezeki yang tidak disangka.Ia terangkum dalam 5 amalan yang mesti dilakukan setiap hari.Penjelasan secara lanjut dan terperinci ada dalam buku 5 Amalan Menjemput Rezeki Tak Disangka.

Saya  berpendapat  ilmu dalam buku tersebut amat wajar dibaca oleh mereka yang ada kesulitan dengan rezeki berbentuk duit.Mungkin mereka terdiri sebagai peniaga,pelajar,ibubapa atau sesiapa sahaja yang memerlukan rezeki berbentuk duit atau apa-apapun.

Ayuh jangan ratapi nasib yang tidak seperti diingini.Bangkit dan cuba dapatkan buku ini secapat yang boleh.Jika tiada modal sekalipun cuba usahakan sedaya upaya kerana dengan praktik daripada buku tersebut in shaa Allah tidak menghampakan.

Sekiranya dengan mengetahui ” cara tarik rezeki yang tidak disangka “ tersebut berkesan dan menjadi (in shaa Allah) maka berterima kasih kepada diri sendiri.

Saya cuma berkongsi dan berharap perkongsiaan ini boleh disebarluaskan agar keluarga atau kawan-kawan yang lain turut merasai nikmat rezeki yang datang tanpa disangka.

Kita layan dulu Youtube kisah kuasa minda menarik tenaga kekayaan.Sangat hebat dan menarik tau!

Pembuka pintu rezeki akibat sedekah

Dalam artikel yang serba ringkas ini saya nak berkongsi cara untuk memurahkan rezeki.Mungkin kepada kebanyakkan orang tak gempak sangat.Cuma sebagai blogger yang masih Belajar Buat Blog maka sudah kemestian untuk memikirkan cara murah rezeki setelah bekerja dan berusaha sebaik baiknya.

Ada dua cara yang saya boleh kongsikan di sini.

1.Sedekah

Perkara biasa.Tak ramai yang sanggup atau berani untuk melakukan sedekah luar biasa.Lagi-lagi dengan kewangan yang terhad.

2.Syukur

Kita bersedekah kerana bersyukur.Kita akan bahagia apabila penerima bahagia menerima apa yang kita diberikan.Sedar tak kalau kita bersyukur maka nikmat akan digandakan.

Rahsia murah rezeki dapat disimpulkan dengan bersedekah dan bersyukur.Lagi banyak kita bersedekah maka lagi banyaklah kita merasai nikmatnya kebahagian tersebut.Perkara susah menjadi mudah.Perkara sikit menjadi banyak.Sama-sama kita bersedekah untuk murah rezeki.

Amalan Wajib Untuk Murah Rezeki

Saya pasti ramai nak tahu.Biasalah bila sebut je rezeki maka terbayang dalam minda kepada duit oh duit,makanan yang banyak dan apa sahaja yang memberi nikmat.(ingat benda halal je tau!).Malah perlu diingatkan bahawa rezeki membawa pengertian yang luas.

Rezeki yang terbaik mencakupi kesihatan yang bagus.Iman yang mantap atau sumber kewangan yang tak putus-putus.Suasana ini memberi kesan kebahagiaan kepada rumahtangga hingga ke Jannah.

Memandangkan saya sangat suka dengan tip yang disampaikan oleh IM Ir. Ezwan maka tanpa segan silu saya ingin sekali berkongsikan dalam blog ini.In shaa Allah.

✅ Nak dapat income RM50,000 sebulan wajib SEDEKAH 10% dlm RM5000 bulan tu baru Allah bagi RM50,000

✅ Lepas solat sedekahkan Al-Fatihah pada mak ayah.. Call mak setiap hari.. Mintak maaf dgn mak.. Mintak mak redha dgn apa yg kita buat..

WAJIB BACA :   Kisah Cinta Yang Menyentuh Hati Wanita

✅ Nak rezeki melimpah ruah.. Bukak tabung-tabung berikut:

1. Tabung Zakat
2. Tabung Sedekah
3. Tabung Wakaf
4. Tabung Infak

**pergi pejabat zakat berdekatan.. Tanya terus dengan mereka bagaimana nak buka tabung-tabung ini**

✅ Ramai yg sebok jaga rezeki dengan orang tapi LUPA & TAK JAGA hubungan dengan PEMBERI REZEKI (ALLAH SWT)

AMALAN MENJEMPUT REZEKI YANG WAJIB BUAT:

1.Solat awal waktu

Lelaki – 10 ke 20 minit sebelum azan mesti dah ada kat masjid!

2.Solat Dhuha
Eksklusifkan masa dengan Allah dahulu sebelum buat kerja lain
Baca surah Al-Waqiah selepas Dhuha (kita tidak akan miskin sampai bila-bila)

Bilangan rakaat biasanya buat 2 rakaat, cuma tambah jadi 4, 6 & 8.. Ikut kemampuan.. Setiap 2 rakaat kena bagi salam..

✅ Jadilah JUTAWAN yg memberi manafaat pada orang lain!

3.Tahajjud

Buat 7 hari berturut-turut kemudian dah biasa.. Buat secara konsisten

Buat presentation dengan Allah di waktu 1 per tiga malam.. Cerita plan marketing pada Allah terus! Kalau cerita pada manusia..kalau orang taknak kita akan kecewa!

Tapi present plan pada Allah..kita takkan rasa kecewa.. merintih pada Allah apa yang kita nak.. Apa yang kita impikan.. Apa yg kita nak capai dlm hidup! Biar jelas.. Kalau nak jadi jutawan..doa nak jadi jutawan berkat tahun ni..

Mintak semua pada Allah.. Nak pakai Ferrari.. Nak ada RM10juta dalam akaun bank dalam masa 2 tahun.. Nak hantar mak ayah pergi umrah tahun ini.. Nak beli rumah bunglo.. Impian kena jelas! Mintak semua pada Allah.. Mintak yg besar2 terus sebab Allah maha kaya maha pemurah!

✅ Belajar berlapang dada.. Redha dengan setiap masalah & ujian yg Allah bagi.. Contoh ada orang hutang kita bertahun-tahun tak bayar.. Redha kan semua tu.. Belajar redha.. Sebab ada orang pinjam 90ribu dah bertahun-tahun tak bayar..pastu dia belajar redha.. Tak sampai seminggu Allah balas balik dia berjaya jual tanah bernilai RM340,000 yg 10 tahun lepas punya kes..

4.Sedekah

Beri sedekah dengan perasaan.. Contohnya,
Ya Allah asbab aku memberi ni aku dapat jadi jutawan (semasa nak sedekah tu niat macamm ni dengan penuh perasaan)

✅ Buat TABUNG SUBUH

– Masukkan duit setiap hari selepas subuh.. Masukkan dengan penuh perasaan & doa pada Allah.. Cukup sebulan duit tabung tu keluarkan & sedekah pada masjid @ rumah kebajikan @ maahad tahfiz dll..

Formula YAKIN

1. Yakin
2. Yakin
3. Yakin
4. Yakin
5. Yakin
6. Yakin
7. Yakin
8. Yakin
9. Yakin
10. Doa
11. Usaha
12. Tawakkal
9 kali kena yakin!!

5. Baca Al-Quran

Paling malas minimum 1 baris dengan terjemahan.. Buat setiap hari.. Jadikan amalan!
– Kalau bersedih.. Baca Quran.. Kalau sakit.. Baca Quran..

6. Istighfar setiap hari

Baca zikir ‘Ya Wahhab’ je 100 kali setiap hari.. Lagi bagus setiap solat 100x.. Pastu up 1000x sampai la mampu buat 100,000 zikir..

7. Jaga Wuduk setiap hari

Latih badan sentiasa ada wuduk.. Kalau masalah kentut.. Buat ikut kemampuan sampailah masalah kentut tu hilang.. Hehe!

Contoh dalam wuduk pastu pergi jumpa client.. Pasti terkentut.. Jangan la pi ambik wuduk plk.. Lepas dh jumpa client baru la ambik wuduk sbb masih dlm proses latihan.. Bagi kelonggaran pada diri.. Jangan berubah secara drastik..

✅ Latih diri MEMBERI diwaktu tiada bukan bila dah KAYA!

  1. Jangan lupa amalkan ye!
  2. Kredit kepada : www.irezwan.com

Ternyata amalan yang dikongsikan oleh tuan Ir Ezwan menjurus kepada faktor keagamaan untuk murah rezeki .Sebab dengan cara ini kejayaan dan kekayaan yang bakal kita terima nanti lebih berkat dan memberi jalan paling awesome untuk ke syurga.

Sekian.Salam menikmati murah rezeki dan jumpa lagi.

Sebelum itu saya nak minta tolong pembaca yang disayangi untuk pilih antara satu dari berikut sebagai tanda sokongan.Saya dahului dengan ucapan terima kasih.

  • Kemas kini 20/6/23

Comments 33

Leave a Reply to mrhanafi Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge