Pemikiran Positif Asas Ketenangan Diri

Pemikiran Positif adalah nikmat.Siapa yang belum pernah mendengar pemikiran positif?

Hampir semua pernah mendengarnya.

Betul ke tak nie?

Bukan terlalu asing pun.

Namun mrhanafi faham tak semua yang mengetahui secara mendalam.Sekadar dipinggiran dah kira bagus sebagai permulaan.

pemikiran positif

Secara teorinya pemikiran positif memang mudah.

Pendek kata,fikir yang baik baik sahaja dari pagi sehingga malam.Praktikalnya adakah semudah itu.

Mungkin ya dan mungkin juga tidak.

Ya disebabkan seseorang itu boleh kekal konsisten berfikiran positif.Mindanya sudah diprogram tidak berubah walau apapun keadaannya.

pemikiran positif

Ramaikah insan yang ada kecerdasan emosi tahap tinggi ini.

Tak ramai.

Tetapi memang ada.

Kita tunggu dan lihat serta teruskan pembacaannya.Mungkin juga susah kerana kebanyakkan kita sudah ditanam dengan ayat-ayat negatif sejak dari lahir lagi.

WAJIB BACA :   Bermain Dengan Driver Bukan Disengnajakan Untuk Suka-suka

Misalnya susah nak beranak,tiada duit,hati susah dan rasa tak puas hati.

Perasaan ini  membara bagaikan kayu yang terbakar.Boleh meletup bila-bila kerana dipendam dan ‘dijeruk’ dari hari ke sehari.

Penyelesaian kepada kemelut ini dengan melatih pemikiran positif.Jika ada rasa tak puas hati jangan bertangguh untuk meminta maaf atau memberi kemaafan.

Runtuhkan ego diri agar hati boleh lega dan tenang menjalani kehidupan ini.

Selepas itu barulah aktifkan pemikiran positif.Fikir yang baik-baik dan hasilnya alam memberi reaksi positif juga.Rezeki lancar dan mencurah-curah.

Orang yang hidup susah akan senang,kaya dan bahagia.Tarikan kepada unsur-unsur positif sangat luarbiasa.Hati akan tenang manakala perasaan akan damai.

Pada masa itu seseorang yang telah bersih hatinya akan cepat dapat hidayah,taufik dan petunjukan dari Allah SWT.

WAJIB BACA :   Rezeki anak kecil yang menyentuh hati

Dengan pemikiran positif juga golongan kaya bertambah kesyukuran.Mereka membeli belah untuk menikmati kekayaan dengan rasa syukur.

Perasaan mereka cukup bahagia,gembira dan tenang.

Bagi gologan miskin pula pemikiran positif akan meletakkan hati mereka supaya bersabar menghadapi apa jua rintangan.

Mereka sanggup susah kerana mereka tahu ada hikmah yang tersurat dan tersirat.Akhirnya pemikiran positif membawa hati yag tenang buat mereka.

{sekilas pandang}

Tidak dinafikan pengaruh pemikiran positif cukup besar.Dengan pemikiran positif hati lebih tenang.Hati lebih damai.

Perasaan lebih ceria.Sedar tak sedar elemen ini akan mengaktifkan kesan Hukum Tarikan dalam hidup kita.

Bahkan kita boleh hipnosiskan untuk positif selalu.

HIPNOSIS

Terima kasih kerana sudi membaca .

WAJIB BACA :   Rahsia Buat Kad Nama Yang Memukau

Comments 6

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge