Penat kerja makan gaji bukan alasan

Penat kerja makan gaji adalah keluhan ramai orang.Malah menjadi alasan untuk berhenti kerja.Tindakan ini merupakan risiko yang besar ketika banyak komitmen untuk dipikul.

Ikuti kisah benar seorang insan yang tidak mahu dikenali ini.Untuk rekod cerita ini berlaku pada bulan Mac 2017.

Ini kisah benar insan penat kerja makan gaji

kerja sambilan

Saya dah buat keputusan untuk berhenti kerja selepas 20 tahun makan gaji.Sekarang bermula zaman menjadi usahawan.Tiada gaji.Yang ada komisyen yang sifatnya tidak tetap seperti kerja makan gaji.

Bagi mereka yang bukan berjiwa usahawan keputusan tersebut kurang bijak.Keputusan yang bijak ialah letak jawatan ketika ada pendapatan dari komisyen tetap 5 angka sebulan atau simpanan sudah ada 24 bulan.

Wow itulah senario paling sempurna bagi seseorang makan gaji sebelum menceburi dunia keusahawanan.

Kenyataan ini tidak semestinya tepat kerana soal rezeki yang selamat dan terjamin bukan terletak kepada berapa banyak simpanan duit yang kita ada.

Semuanya dalam Qadak dan Qadar Allah SWT. Kalau nak ketenangan masa depan boleh mencarum dalam takaful.Sebab takaful ada tiga dalam satu.Perlindungan,simpanan dan pelaburan.

cara simpan duit
kredit : stevepb

Sekarang saya berada dalam zon tidak selesa.Dulu makan gaji berada dalam zon hampir selesa.Hujung bulan ada gaji.Tak banyak namun mencukupi untuk keperluan dua minggu.Baki dua minggu terpaksa macam kebanyakkan orang.

Dalam keadaan mencabar memaksa saya berdoa lebih banyak,berusaha berkali ganda dan bersedekah apa sahaja untuk memastikan kecukupan rezeki.Biasanya bersedekah ketika masih kekurangan lebih nikmat dan mengegarkan ulu hati.hehehe

Namun saya sangat percaya dengan meletakkan Allah SWT pada tempat yang paling tinggi In shaa Allah rezeki pasti mencukupi.Soalnya lambat atau cepat.Itu terpulang kerana saya cuma ada kudrat berikhtiar dan bertawakal.Allah SWT sahaja yang meluaskan atau menyempit rezeki seseorang ikut aturanNYA.

Bayangkan dengan pekerjaan yang pendapatannya tidak mencukupi dan memilih pula dengan pekerjaan yang berbentuk komisyen.Jika difikirkan dengan prasangka baik maka akan ada rezeki yang jauh lebih baik.

Sekiranya difikirkan logik didapati dua senario.Boleh jadi dapat dan boleh jadi tidak dapat.Bermain risiko begini boleh mendebarkan jantung dan mengocakkan emosi.

Setelah puas bekerja selama lebih 20 tahun,saya betul-betul nekad.Dah tak nak makan gaji demi memenuhi aspirasi hati untuk menjadi usahawan yang berjaya dalam bidang takaful.

Apapun terjadi selepas ini saya redha sahaja kerana saya menjadi Perunding Takaful bukan untuk suka-suka atau cuba-cuba.

Saya melakukan semua ini kerana niat kepada Allah SWT untuk membantu orang lain mendapat ketenangan fikiran jika dilanda musibah dikemudian hari atau membantu merancang kewangan mereka supaya lebih baik pada masa yang akan datang.

Semoga perjalanan saya sebagai Perunding Takaful mendapat redha,rahmat dan pertolongan Allah SWT agar usaha yang kerdil ini memberi manfaat kepada insan yang memerlukan.

Paling tidakpun sebagai amal ibadah dalam menegak syiar Islam dalam mu’amalah dan ekonomi masyarakat serta negara tercinta.

Catatan:

Insan tersebut dikhabarkan kembali semula bekerja makan gaji.Pecubaannya dulu tidak berjaya.Bahkan diberi ujian yang lebih besar yakni sudah berpisah dengan isteri.

WAJIB BACA :   Wujudkan rasa percaya untuk berjaya

Kini beliau hidup sebatang kara dengan berbekalkan semangat untuk berjaya yang tidak pernah padam sejak sekian lama.

Cintanya pula semakin membara sebagaimana kisah dalam artikel 5 Tanda Jatuh Cinta Yang Buat Bakal Jodoh Tak Sabar Nak Kahwin

*kemaskini-22/4/2020

Comments 22

Leave a Reply to AhmadiKatu Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge