Salam sejahtera wahai pembaca.Saya nak kongsikan pencuci muka untuk kulit berminyak.Maafkan saya.Penulisan ini tidak berbayar.Jadi penulisan ini sekadar pengkongsian ihsan.Mungkin ada manfaat dan mungkin juga sekadar untuk bacaan info sahaja.Jadi abaikan kalau info ini tidak kurang lengkap untuk anda.
Kulit saya memang berminyak.Dulu masa remaja muka saya ada berjerawat.Dahlah berjerawat dan kesan berlubang pula seperti permukaan bulan pun ada.Sampaikan ada yang mengusik saya.Mereka kata kesan minyak kat muka saya bagus digunakan untuk mengoreng ikan.
Sekarang ia sudah menjadi cerita lama.Itupun sejak saya memilih produk yang sesuai dan menjaga kulit muka maka kesan minyak dan lubang-lubang besar hampir tiada.Nak tengok muka saya tak.Lebih baik tak payah kerana saya dah berpunya la.
Jom kita baca penulisan saya tentang produk pencuci muka.Produk pilihan saya ketika ini ialah pencuci muka Garnier Men TurboLight yang berfungsi untuk memutih dan mengawal minyak.
Baunya memang awesome.Rasanya memang best.Sejuk macam ice dan itulah kelebihan produk Garnier Men.Produk ini ada dua variasi utama.Besar yang mahal dan kecil pasti murah la.Terpulang pada bajet anda.
Saya beli itu hari dengan harga RM8.70 untuk satu set.Tempoh penggunaan biasanya dalam lebih sebulan.Saya guna setiap hari dan tidak berkongsi dengan insan lain.Anak lelaki saya tak sesuai kerana kulit muka jenis normal macam emak dia.Secara kebetulan ada penjimatan luar biasa kat situ.
Produk pencuci muka Garnier Men ini boleh diperolehi dengan mudah.Ia pasti ada dijual mana-mana kedai atau hypermarket seluruh Malaysia.Bayangkan kalau ada 100 orang membaca artikel ini setiap hari dan 20 orang terpengaruh untuk membeli.
Tempiasnya kena pada syarikat atau kedai yang menjual produk ini.Untung ada masyuk la.Si jejaka yang menggunakan produk ini akan mengalami kejutan budaya kerana asyik mendapat perhatian si jelita.Kau ado ?
{sekilas pandang}
Pada dasarnya saya tak menulis secara detail produk pencuci muka ini.Apa yang nak saya sampaikan ialah walaupun sebagai kaum lelaki,kita memang wajar untuk menjaga kulit muka.
Tak semestinya nak jadikan muka terlalu licin seperti mat jambu.Cukuplah ia bersih dan sedap mata memandang.Penjagaan yang rapi akan memastikan muka kita kekal kacak,manis dan macho setiap masa.
Bukan setakat kulit muka.Hati dan perangai perlu dijaga.Hati yang baik akan membentuk perangai yang baik juga.Wanita atau isteri anda akan terus terpikat dengan anda melalui kelebihan hati yang baik.Ia bukannya semata-mata kerana kulit muka yang licin dan halus sahaja.
Perlu juga ingat bahawa muka sahaja kacak tak membawa ke mana-mana kalau tidak disusuli dengan kelebihan dompet tebal dengan wang.Jika nak banyak wang maka disarankan untuk belajar ilmu untuk menjadi insan bebas kewangan.Sila dapatkan ilmu itu di pautan jom bebas kewangan
en suami ku jua sukakan produk ini
produk yang sesuai untuk kaum lelaki..
Suami saya gunakan pencuci seperti di atas..
Tapi katanya makin kering selepas tue.
Last sekali share pencuci muka dengan saya.
share sesama ahli kelurga lebih menjimatkan
Kalau rutin harian kita banyak perlu bertemu dengan pelanggan, sebaik-baiknya memang kita kena invest sikit untuk jaga penampilan. Barulah orang selesa untuk berhubung dengan kita
betul tu..penampilan akan membantu prsoses bisnes dengan pelanggan..
Adik lelaki saya pun pakai garnier light turbo ini
samalah tu..memang dia hensem juga kan..
untuk pengetahuan bro, saya pun pakai produk ni, dah 6 tahun rasanya pakai produk ni, hehe
patutlah wajah bro nampak kacak dan mancho..terbongkar dah rahsianya
aku pun guna garnier..
tapi bukan tiap hari.. kdg2 berminggu, hahaha..
aku lebih jaga bab pemakanan..
nampaknya bro guna pendekatan holistik..main dari dalam he..he..
Memang dah lama jenama ni, sya selalu tengok abang-abang sedara dulu duk pakai jenama ni…bersih je muka diaorang. Lelaki memang kena sentiasa bergaya juga…baru la happy si isteri pandang, hiihih…
ye..kan..bagus la kasi isteri sendiri happy dan syok gila-gila dengan kita
Haha.. memang rare aaa kalau nak tgk lelaki pakai pencuci muka kan.. tapi kalau ada kelebihannya why not kan…
sekarang dah ramai jaga kulit muka..licin kalahkan perempuan pun ada
kena jga bro..modal buat laku produk ni..
ya.betul tu bro
dah lama tak beli pencuci muka..
kulit berminyak kritikal masa remaja..
Mus recently posted…Pertandingan Memancing Udang Galah Anjuran JKKK Kg. Suasa Beaufort
sekarng dah ok ke bro..?
Lepas ni pasti berduyun gadis manis di luar sana asyik pandang muka MH tak jemu-jemu la..
Noriza Rahman recently posted…Mempercepatkan Penyembuhan Luka Selepas Bersalin
mak oii..seramnya..sampai berduyun-duyun gadis manis ..realitinya kan bagus he..he..
Bagus tu sebab boleh minta tips apa rahsia muka tuan hanafi bersih suci…
Noriza Rahman recently posted…Anda Mencari Pengedar SHAKLEE Bandar Baru Bangi?
hati mesti bersih..baru muka pun nampak bersih
Hati yang bersih + muka yang bersih = terbaik. 🙂
jadi, pastikan ada pencuci hati dan muka. 🙂
pencuci hati banyak yang percuma..hendak tak hendak sahaja lagi.
sebenarnya nak tanya asal pencuci lelaki je mesti ada penggunaan warna hitam pada cover botol atau iklan ….walaupun hitram lambang kelakian, namun pencuci muka je pun nak kene hitam gak ke? hehehheh
hitam lambang benda yang kotor dan boleh dibersihkan dengan penncuci la tu.