Pengakuan bekas positif Covid-19 ini mengemparkan

Sebelum ini saya ada menulis bagaimana sengsaranya pesakit Covid-19 temui ajal mereka.Terima kasih kepada mereka yang sudi share dan mungkin juga sudi membacanya.

Kali ini saya nak berkongsi lagi satu video menarik. Video yang mengisahkan bekas pesakit Covid-19 telah sembuh dari wabak tersebut.

Kisah tersebut sangat bagus untuk kita ambil iktibar dan teladan.

Orang kata sediakan payung sebelum hujan.

Percayalah mencegah itu lebih baik daripada mengubati.

Mudah-mudahan boleh dijadikan sumber inspirasi bahawa hidup ini perlu sentiasa berfikiran positif.

Wajar untuk kekal berfikiran positif ketika menerima sebarang kemungkinan yang kita tidak ingini.

Jangan rasa tertekan walaupun sudah disahkan positif Covid-19.

WAJIB BACA :   Memaafkan Diri Sendiri Tindakan Wajar

Ia tidak bermakna kehidupan kita akan berakhir di pusara.

Mereka yang masih sihat dan hanya berada di rumah, bersyukurlah.

Tahniah kerana akur dengan Perintah Kawalan Pergerakan.

Cuba rasakan kesyukuran dengan apa jua ketentuanNya.

Minta dijauhkan dan mohon diberi keselamatan kepada kita semua.

Aamiin.

Saya cuba ringkaskan apa yang disampaikan dalam video yang saya sertakan di bawah.

Kisah Encik Ariffin Mamat terkena wabak Covid-19 agak mengejutkan.

Beliau telah disahkan positif Covid-19 tetapi tiada simptom yang jelas bahawa virus ini telah memasuki badan beliau.

Beliau membuat dua kali pemeriksaan di hospital.

Pada kali kedua baharulah dia ditahan untuk dikuaratinkan.

Ketika disahkan positif Covid-19, Encik Ariffin rasa gugup namun cuba menenangkan diri.

WAJIB BACA :   Kebaikan pengambilan vitamin c untuk lawan Covid-19

Beliau menyuruh ahli keluarga dan sesiapa yang ada kontak dengannya buat saringan kesihatan.

Alhamdullilah hasil saringan kesemuanya negatif.

Encik Ariffin kemudiannya dikuarantin di Hospital Sungai Buluh untuk menjalani rawatan yang diperlukan.

Beliau akui sangat yakin untuk sembuh daripada jangkitan Covid-19.

Semasa dalam proses isolasi atau kuarantin di hospital, Encik Arifin mengambil vitamin C, Habbatus Sauda dan bersenam.

Menurutnya hanya antibodi yang kuat sahaja mampu membunuh virus Covid-19.

Sistem pertahanan antibodi yang kuat boleh diperolehi dengan senaman, suplimen dan cara berfikir yang positif.

Setakat ini belum ada vaksin yang betul-betul sahih untuk menyembuhkan virus tersebut.

Pesan Encik Ariffin lagi, hanya orang kekal positif akan menyebabkan jangkitan Covid-19 positif ini menjadi negatif.

WAJIB BACA :   Mari bercerita tentang impian

Akhir kata sila terus menonton video yang dikongsi MHI ini.

Semoga bermanfaat.

Comments 9

Leave a Reply to norhidana Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge