Pengalaman guna telefon Oppo A5 2020

Telefon Oppo A5 2020 sudah seminggu saya gunakan. Satu perkataan sudah cukup untuk menggambarkan keseluruhan perasaan saya terhadap telefon ini.

Seronok.

Ya, memang seronok kalau sudah mendapat barang baharu. Logik la kan semua benda yang baharu mestilah seronok. Contoh, dapat kereta baharu atau baru kahwin hehehe.

Apatah lagi barang yang menjadi keperluan wajib bagi warga dunia masa kini yakni telefon pintar.

Telefon Oppo A5 2020 dalam kategori pertengahan. Ramai yang maklum jenama Oppo sudah lama berada di pasaran Malaysia.

Jenama yang sebaris dengan Samsung, LG, Sony dan sewaktunya suatu ketika dahulu.

Kini masih gah berdiri bersama jenama dari negara yang sama seperti Redmi, Realme, Huawei, Vivo dan banyak lagilah.

Pendek kata jenama Oppo sudah ‘establish’ dan ‘well known’.

Berikut adalah pengalaman saya menggunakan peranti pintar Oppo model A5 2020.

Saya ceritakan dari pelbagai sudut yang saya akui secara jujur. Baik dari sudut pro dan kontranya.

1.Perasaan 

Elemen perasaan memang penting kepada apa jua perkara sekali pun.

Setelah berjaya membeli set telefon Oppo A5 2020, tentulah saya seronok dan teruja.

Perasaan tidak sabar untuk merasai nikmat meraba dan memegang gajet tersebut.

Jari jemari pula tidak sabar untuk mengelus dan mengusap lembut keseluruhan permukaan peranti yang diidamkan sekian lama.

Ketika menerima bungkusan tersebut, hati saya berbunga-bunga.

telefon Oppo A5 2020

Saya seperti berada dalam alam percintaan. Kaki tidak jejak tanah.Tangan terkapai-kapai. Nafas turun naik dengan cepat.

Minda melayang-layang. Senyuman meleret dan memanjang sampai ke telinga.

Nasib baik tiada sesiapa yang menyedari keanehan dan kepelikan saya pada hari tersebut.

WAJIB BACA :   Cara Mudah Dapat Duit Online...semua orang boleh buat

Jeng…jeng..jeng..

Telefon Oppo A5 2020

telefon Oppo A5 2020

Masa yang ditunggu sudah tiba. Masa yang genting seperti malam pertama bagi kedua mempelai. Penuh debaran dan keterujaan.

Akhirnya setelah bungkusan dibuka, perasaan teruja mulai menghilang.

Ada dua sebab.

Sebab pertama salah bayangan. Saya membayangkan warna hitam tetapi yang datang pulak warna putih.

telefon Oppo A5 2020

Alamak.

Saya yang salah kerana tidak nyatakan warna yang tepat kepada seller.

Saya reda sahaja. Ada apa dengan warna walaupun mengganggu sedikit perasaan.

Sebab kedua ialah saiz. Dalam fikiran terbayang saiz Oppo A5 2020 besar gedabak. Rupanya saiz biasa dan bukan saiz besar seperti dalam fikiran.

Sekali lagi saya silap.Saya tidak meneliti ukuran yang tepat berdasarkan info dalam website.

Saya reda. Buat apa nak kalut dengan saiz kalau dah terbeli dalam talian. Lainlah beli di kedai fizikal yang boleh dibelek-belek.

2.Rekabentuk

telefon Oppo A5 2020

Tidak menarik sangat. Panjang dan kurus sahaja. Reka bentuk biasa-biasa sahaja.

Pandangan pertama saya sudah ‘out of spec’. Tiada pujian yang berlebihan.

Ketika dipegang rasa biasa. Tidak berat dan tidak ringan. Yang sedang-sedang sahaja.

Agak lama juga saya memujuk hati untuk menyukai rekabentuk Oppo A5 2020. Sesuai juga berada dalam kelas sederhana. Tidak cantik dan tidak juga jelek.

3.Memori

Bahagian ini saya suka dan rasa berbaloi. Model Oppo A5 2020 didatangkan dengan dua variasi.

Model yang berada di tangan saya ini jenis 3GB/ 64GB. Satu lagi dengan 4GB/128GB. Perbezaan yang ketara pada harga juga.

Lagi besar memori RAM dan ROM telefon ini lagi bagus. Kelajuan dan prestasi akan diperakui. Tentu sesuai untuk para ‘game lover’.

4.Bateri

Bateri telefon Oppo A5 2020 dikuasakan dengan 5000mAh. Besar tu.

WAJIB BACA :   Gaji minimum lepasan spm

Selama seminggu pengalaman menggunakan gajet ini, saya akui berpuas hati. Saya cuma ‘mengecas’ selang sehari.

Dengan penggunaan biasa seperti mendengar lagu, layan Youtube dan panggilan.Bateri memang tahan lama. Amat sesuai untuk mereka yang suka travel.

5.Kamera

Telefon ini dilengkapi dengan lima kamera. Cukup padu dan mantap. Saya sendiri kagum dan berpuas hati. Kira bolehlah untuk kelas pertengahan berbanding kelas atasan.

Kamera belakang dengan kombinasi : 12MP + 8MP + 2MP +2MP.

Fungsi lain kamera tersedia untuk wide angle, night scene dan banyak lagi. Nak cakap lebih berbuih pulak mulut nanti.

telefon Oppo A5 2020

Kamera depan pula ada 8MP. Ia memadai untuk kegunaan selfie atau welfie. ( bukan wife )

Cuma saya tidak berpuas hati kerana hasilnya sangat sempurna.

Muka jadi ‘flawless’ dan seperti gambar ‘fake’ pun ada. Lainlah kalau saya nak main TikTok.

6. Skrin

Oppo A5 2020 mempunyai skrin 6.5 inci. Mata kasar saya tidak nampak perbezaan sangat. Ala-ala gitu jer.

Walaupun pada mulanya saya memilih set ini kerana skrin bersaiz 6.5 inci.

Boleh diabaikan pasal skrin kerana fungsinya sekadar untuk menonton movie, layan game atau menatap gambar wajah pujaan hati.

Jujur, saya tidak kisah tentang keluasan skrin pada set peranti ini.

7.Video

Video saya sengaja goyang supaya ada feel muzik sikit.

Saya belum explore habis. Malah tidak sempat pun nak ambik gambar video muka sendiri. Alasan memang tidak suka tengok rupa sendiri dalam video.

Apa yang boleh saya katakan, video kurang getaran kerana ada sistem EIS (Electronic Image Stabilization)

Saya memang rekomendasi gajet ini kepada mereka yang berminat menjadi Youtuber. Guna sahaja Oppo A5 2020 sebagai permulaan untuk buat content video.

WAJIB BACA :   Nasib baik ada petua sinki tersumbat untuk solusi segera, kalau tidak…

8.Speaker

Agak sukar menemui gajet pertengahan yang ada stereo speaker. Paling biasa jenis mono speaker.

Model yang ada pada tangan saya ini dilengkapi dengan stereo speaker yang ada Dolby Atmos. Bunyi yang nyaring, jelas dan sedap pada halwa telinga.

Sangat sesuai untuk saya yang pengemar muzik. Boleh layan lagu jiwang sambil buat kerja-kerja yang santai.

Kepada mereka yang suka untuk main Tiktok memang cun giler. Boleh gelek-gelek dan geli-geli sambil dengar sound system yang saya akui amat puas hati dari Opppo A5 2020.

9.Harga

Dalam soal harga ramai yang cerewet. Ada yang mahu sangat murah dan ada juga yang suka harga sangat mahal. Terpulang kepada kemampuan kewangan masing-masing.

Set gajet yang saya perolehi ini cuma berharga RM599 untuk variasi 3GB/64GB.

Untuk set 4GB/128GB pula berharga RM799. Harga nampaknya ada berbeza di Lazada dan Shoppe.

Sekiranya mencari di kedai biasa agak sukar menemui model Oppo A5 2020 lagi. Model ini sudah lama berada di pasaran dan mungkin kehabisan stok.

Saya cadangkan sesiapa yang berminat boleh bertanya dengan seller saya dahulu. Orangnya cepat respons dan boleh dipercayai.

Bro Bin : 017-7824487

Kedai : IT Smarttone Mobile, 88, Jalan Wong Ah Fook, 80000 Johor Bahru

Hadiah percuma

Suka juga saya nak kongsikan ‘free gift’ yang saya dapat dari kedai IT Smarttone Mobile tempohari.

Antaranya ialah Monopod, Bluetooth speaker dan handphone handler. Barang-barang yang ‘aweosome’ ini dipakej dalam kotak hijau yang ada tulisan oppo.

telefon Oppo A5 2020

telefon Oppo A5 2020

Kesimpulan

Sebenarnya banyak lagi fungsi dan ciri telefon Oppo A5 2020 ini. Beli dan rasai sendiri baru tahu. Samaada menyesal atau berpuas hati perkara kedua setelah memilikinya nanti.

Maklumat lanjut boleh diperolehi di laman rasmi Oppo  

Semoga bermanfaat.

*Kemaskini  21/3/22

Comments 3

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge