Pengalaman jadi halimunan di sebuah restoran

Tidak pernah terfikir untuk saya jadi halimunan. Tapi itulah yang terjadi baru-baru ini ketika saya mengunjungi sebuah restoran.

Seusai solat Jumaat saya bergegas pulang.

Saya perlu sampai ke tempat bersemayam sebelum masuk kerja.

Sebelum masuk kerja alangkah baiknya kalau sempat menjamah makanan kesukaan.

Itulah yang bermain dalam fikiran.

Tetapi sayang bukan rezeki manusia tetapi rezeki halimunan.

Halimunan

halimunan

Begini kisahnya….

Sudah hampir dua tahun saya menjadi pelanggan tetap restoran tersebut.

Kalau bukan setiap minggu pasti ada beberapa kali dalam sebulan.

Entah mengapa pada hari tersebut, kedatangan saya tidak diendahkan.

Saya bukannya tetamu tidak diundang kerana ianya bukan rumah orang.

Ia adalah restoran yang sentiasa mendambakan tetamu menjadi pelanggan.

Tanpa pelanggan  apalah erti perniagaan  perniagaan netcommerce juga.

Saya duduk di meja yang senang dilihat dari sudut mana sekalipun.

Pada masa kejadian ada dua pekerja restoren yang ada.

WAJIB BACA :   Pembaziran tenaga minda yang sia-sia

Seorang pelayan dan seorang pekerja bahagian dapur.

Pelanggan lain tidak ramai dan waktu tersebut bukan waktu puncak untuk orang makan.

Tengah leka dia melayan pelanggan yang duduk di depan saya menyebabkan kehadiran saya tidak disedari.

Ada tiga kali melintas meja saya tanpa sebarang sapaan.

Pelanggan depan saya ada tiga orang semuanya.

Kelihatan mereka dalam usia separuh abad. Sama seperti saya yang baru pulang solat Jumaat.

Rasanya dalam 10 minit saya dibiarkan begitu sahaja.

Masa pula semakin mencemburui untuk terus duduk menunggu lebih lama.

Tanpa berfikir panjang, saya angkat kaki dan meninggalkan restoran tersebut dengan rasa hampa.

Saya tidak sanggup memanggil pekerja tadi jika dalam hati ada lintasan kemarahan.

Takut-takut pisang berbuah dua kali seperti  sebelum ini.

Rujuk kisah seperti di bawah:

Pada kali ini saya belajar bersabar dengan meninggalkan restoran tanpa menunjukkan apa-apa reaksi kemarahan.

WAJIB BACA :   Duit BR1M Bonus Untuk Rakyat

Cuma saya berkata dalam hati, tidak akan jejak lagi kaki restoran itu sedaya upaya yang ada.

Apabila difikir balik, mungkin salah saya sendiri.

Saya tidak memanggil pekerja tersebut kerana beranggapan mereka akan datang ke meja untuk ambil tempahan.

Kebiasaannya restoran tersebut memang berbuat begitu.

Pekerjanya cepat dan pantas untuk ambil pesanan pelanggan.

Kesalahan kedua pula mungkin saya  tidak  seperti orang penting, hebat dan ada karisma.

Dengan demikian, kewujudan saya dianggap hanyalah halimunan.

Ada atau tidak, mereka tidak kisah.

Saya sedar kesilapan tersebut dan cuba untuk memperbaiki lagi pada masa yang akan datang.

Dalam pada itu, saya juga melihat sudut kelemahan restoran tersebut.

Ketika itu tiada pekerja yang berpengalaman untuk bersama pekerja baharu.

Jadi pekerja tadi kelam kabut dan hilang punca untuk menjalankan tugas dengan baik.

Sewajarnya restoran menghargai pelanggan sebaik mungkin.

WAJIB BACA :   Pembatalan Hak Milik Kenderaan Di JPJ [edisi kemas kini]

Tanpa pelanggan restoran tidak akan ke mana juga. Jangan berkira dengan pelanggan waima dia hanya minum air kosong sekalipun.

Setelah kejadian jadi halimunan di restoran tersebut, saya berusaha untuk cari restoran lain yang lebih menghargai pelanggan.

Saya pujuk hati untuk memaafkan mereka kerana kesilapan terjadi disebabkan tidak ada persefahaman antara pelanggan dengan pekerja restoran.

Cara saya memaafkan mereka dengan tidak mengunjungi lagi ke situ supaya kejadian tidak berulang lagi.

Moga restoran ini maju jaya dan kehilangan satu pelanggan tetap memanglah tidak terasa buat mereka.

Namun jika ada 10 orang pelanggan dan seterusnya dilayan begitu, lama-kelamaan perniagaan apa-apa pun akan bungkus juga.

Saya salah, saya mohon maaf.

Nama restoran tidak akan didedahkan demi menjaga reputasi dan nama baik perniagaan mereka.

Semoga ada manfaatnya.

Apa kata kita layan lagu Halimunan lagi baik.

  • kemas kini 19/9/22

Comments 9

Leave a Reply to at-tarmizi Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge