Pengalaman kena keracunan makanan

INI kisah sebenar atau berdasarkan pengalaman sendiri.

Balik dari pejabat seperti biasa, saya singgah di pasar malam.Sempat membeli untuk santapan malam.

Saya membeli menu Yong Tau Fu dari sebuah gerai berdekatan.

Dengan rasa teruja, saya menjamu selera berseorangan seperti biasa.

Entah bagaimana pada malam tersebut, saya makan tidak berasa kenyang.Perasaan untuk makan dengan lebih banyak lagi.

Bagaimanapun keinginan untuk tambah makan, terpaksa saya lawan memandangkan itu sahaja makanan yang dibeli.

Selepas menjamu selera saya berehat seperti biasa.Tidak lama kemudian saya terlelap dan terbangun semula pada jam sekitar jam 2 pagi.

Kepala pening, badan rasa panas dan tekak mual semacam.
Apa lagi saya muntah beberapa kali sehingga mual betul-betul hilang sekitar jam 5 pagi.

WAJIB BACA :   Tablet murah terbaik pilihan rakyat marhaen

Dalam waktu tersebut saya cuma tidur-tidur ayam dan terjaga banyak kali.

Badan mula terasa lemah dan tidak bermaya.

Dengan berbaki kudrat yang ada, saya berusaha dapatkan air 100 Plus.Nasib baik mesin layan diri berfungsi.Dapatkan saya meneguk air 100 Plus untuk menggantikan badan yang sudah kehilangan air akibat muntah beberapa kali.

Air kosong juga saya minum seperti biasa.

Alhamdulilah pagi ini, saya kembali pulih seperti biasa.

Nasib baik tidak melarat.Kalaulah melarat susah juga untuk survive memandangkan hidup seorang tiada siapa yang akan peduli.

Semoga saya terus tabah dan berhati-hati pada masa yang akan datang ketika membeli makanan yang dijual luar.

Harap pembaca juga tidak mengambil ringan tentang gejala keracunan makanan.Bahaya jika sistem badan tidak dapat detect dengan awal.

WAJIB BACA :   Mimpi Indah Yang Mendebarkan Jiwa

p/s: Artikel ini pernah saya siarkan dalam Facebook pada 9 Januari 2020

Comments 4

Leave a Reply to IzNy Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge