Pengalaman Naik Twin Otter Ke Mukah

Twin Otter adalah pesawat ringan yang admin naiki untuk pulang ke Mukah. Pesawat ini boleh menampung sehingga 30 (jangkaan sahaja)  penumpang dalam satu satu masa. Tiada pramugari yang cun. Tiada pramugara yang kacak.

Yang ada cuma dua orang Abang Pilot yang macho dan hensem.

Pilot hensem
curi curi snap di bahagian kokpit

Itu baru permulaan.

Berikut ialah kisah perjalanan admin dari Kuching ke Mukah.

Seawal jam 11.30 pagi admin sudah bertolak dari bilik sewa murah untuk ke menuju ke lapangan terbang antarabangsa Kuching menggunakan Grab.

Jalan raya belum sesak dan ini memudahkan perjalanan. Cuaca elok sahaja. Alhamdulillah.

Setengah jam kemudian admin sampai di lapangan terbang Kuching. Selepas check in di kaunter admin duduk sorang sorang melayan perasaan.

WAJIB BACA :   7 tips elak kucing berak merata-rata..Nombor 7 paling senang buat
self check in
Tak reti la nak guna hehehe 

Sempat snap banner..muka sendiri malu nak tonjolkan sebab belum hensem sangat..Seronok dan hiba.

Suka dan duka.

Mana tidaknya melihat gelagat ramai manusia pulang ke kampung halaman masing-masing untuk menyambut Gawai Dayak.

Ada ya bawa famili.

Ada yang berpasangan.

Ada yang lone ranger macam admin.

Seusai solat Zuhur di surau,admin terus bergegas ke ruangan menunggu. Jam 2.20 petang barulah admin dan penumpang yang lain dibenarkan masuk dalam pesawat Twin Otter.

Twin Otter
Admin orang paling last masuk ke dalam Twin Otter.

Admin duduk di kerusi bahagian First Class walaupun membeli tiket pada harga economy class. Sebab pada masa itu kerusi tersebut kosong dan memang tiada penumpang yang membeli tiket First Class.

tiket
nampak pulak nama penuh admin…

Alhamdulillhah tepat jam 3.45 petang admin selamat mendarat di bandar Mukah. Perjalanan lebih kurang sejam memang seronok.

WAJIB BACA :   Kisah Sebak Seorang Penagih Najis Dadah

Cuma keseronokan paras biasa. Sebab admin pernah naik pesawat yang lebih besar dari Twin Otter semasa pergi Bintulu dua tahun lepas.

Twin Otter
Dah landing..sampai sudah di Mukah

 

airport
admin orang terakhir keluar dari Twin Otter

 

lapangan terbang Mukah
nampak kecik kan sebab plan nak buat baru di tempat lain..entah bila boleh siap

 

dalam airport Mukah
Ruang menunggu sebelum mereka berlepas ke Kuching

Dalam pesawat admin menutup telefon. Masa banyak dihabiskan untuk melihat keindahan bumi Kenyalang dari udara .Lihat sungai,ladang kelapa sawit yang sangat luas dan pesisir pantai. Dari atas kita akan tahu betapa kerdilnya kita berbanding lautan dan daratan.

Maha Suci Allah.

Lebih kurang jam 4.20 petang Admin selamat tiba di rumah sendiri.Sampai sahaja di rumah admin jumpa emak tersayang.

Rasa sangat bersyukur dan rasa nak bersujud.

[Edisi kemaskini 08/08/2022]

Comments 35

Leave a Reply to nikkhazami Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge