Pengalaman sendiri seolah-olah jadi insan gelandangan

[Edisi kemaskini 6/11/2019]

Saya berpeluang untuk merasai pengalaman sendiri seolah-olah jadi insan gelandangan.Bukan selalu dan tidak juga merancang untuk sedemikian rupa.Baru-baru ini saya ada urusan penting diluar mukim.Saya merancang untuk menginap di homestay murah.

Namun ada perkara yang tidak disangka-sangka berlaku.Duit saya kena kebas orang.Plan tak jadi.Terpaksa guna pulak pula plan B.

Kisah ini saya telah nukilkan dalam satu blog dengan tajuk : Sangkaan Tercicir Rupanya Duit Dah Kena Kebas ‘Toyol’

Boleh baca di situ.

Akhirnya..

Saya memilih masjid sebagai tempat untuk bermalam.Itulah tempat yang paling baik untuk orang Islam.Bukan sekadar untuk bersolat sahaja tetapi tempat aktiviti persaudaraan dan sebagainya.

WAJIB BACA :   Apabila orang tua berbicara...

Yang tidak boleh menjadikan masjid tempat berpolitik dan kepentingan dunia semata-mata.

Jujurya,pengalaman duduk masjid semalaman beri satu pengajaran yang amat berguna.Jika masa tabligh atau iktikaf bulan Ramadan lain ceritalah.

Pada masa itu saya merasai diri ini seakan-akan insan gelandangan.

Tiada harta.

Tiada keluarga.

Timbul perasaan sebak.

Lebih-lebih lagi tidur di tempat yang besar,sunyi dan hening sebegitu.Untung la untuk mereka yang ada rumah sempurna.

Pada awal malam mata tidak mahu mengantuk.Biasa kerana tidur beralaskan tilam.Bagaimanapun saya terlelap juga sebelum penangan mengantuk pada siang harinya.

Diluar sana tentunya ramai lagi yang betul-betul jadi insan gelandangan.Mereka hidup nomad ditengah-tengah kota.Tidur beralaskan kotak,kertas suratkhabar dan apa sahaja yang sesuai.

WAJIB BACA :   3 sebab orang muda Jepun tidak mahu kahwin

Teman mereka kesejukan, nyamuk,lipas dan tikus,Itulah realiti yang mereka didepani saban hari. Mereka sukar untuk mandi dan membersih pakaian.Sebab itu mereka kelihatan kotor, comot dan berbau.

Yang sedihnya ada juga jijik melihat mereka sedemikian rupa.Tetapi tidak sedar betapa perit dan payahnya mereka lalui setiap hari.

Sengnaja atau tidak sengnaja.

Tiada siapapun mahu jadi gelandangan kecuali kerana terpaksa.

Saya pesan kepada diri sendiri untuk sentiasa bersyukur dengan apa yang ada.Memanglah kadang kala terbit dalam hati rasa mengeluh dan sebagainya..

Hidup adalah pilihan.Ada yang tiada pilihan dan terpaksa memilih jadi insan gelandangan semata-mata untuk terus hidup dan bernafas sebagai mana insan lain yang bernasib baik.

WAJIB BACA :   Bersihkah Air Yang Kita Minum Setiap Hari?

Comments 14

Leave a Reply to Admin Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge