Pengalaman Sebenar Lelaki Jadi Pengasuh Bayi

Ketika ini ramai yang cuak dengan kisah pengasuh bayi yang kejam dan tidak berhati perut.Ada yang sanggup membunuh dan menyimpan dalam peti ais.Ini belum termasuk kes-kes biasa seperti menampar,memukul dan sebagainya bayi asuhan mereka.

Alhamdulillah admin bersyukur kerana berpeluang menjadi pengasuh bayi sekitar tahun 2012.Bayi yang menjadi anak asuhan admin tentunya anak sendiri.Tidak sanggup rasanya untuk menjaga bayi orang lain kerana faktor-faktor yang kurang sesuai.

Admin menjadi pengasuh kepada anak admin yang ketiga.Pada masa itu admin belum bekerja.Admin baru lepas  beberapa bulan ‘jatuh’ dalam bisnes .Kebetulan pula anak baru lahir.Tiada kerja dan tiada pendapatan.Sudah pasti kepala akan pusing 360 darjah untuk mencari duit.

Dalam keadaan yang genting begitu admin menawar diri sendiri untuk menjadi pengasuh bayi .Sekurang-kurangnya dapat juga menjaga isteri ( bakal bekas isteri) yang masih dalam berpantang.Segala urusan rumahtangga yang biasa dilakukan oleh orang perempuan telah admin ‘take over’.

WAJIB BACA :   Fokus: Senjata kejayaan yang luar biasa

Bakal bekas isteri admin bekerja  sebagai penjawat awam.Dia bukan surirumah sepenuh masa dan admin pula bukan 100 peratus surarumah.Kami suami isteri mencari rezeki demi anak-anak biarpun tanggungjawab mencari rezeki  pada bahu admin sebenarnya.Itulah fitrah yang Allah SWT jadikan kepada kudrat lelaki sebagai suami dan ayah.

Ayah penyayang

Sungguhpun begitu kerja-kerja rumahtangga memang biasa untuk admin sebenarnya.Yang menjadi luarbiasa ialah kemampuan admin menjadi pengasuh bayi.Admin mampu memberi mandi bayi seawal kurang sebulan usianya.Malah urusan menukar lampin dan memakai pakaian seolah -olah mudah.Rasa kekok seorang lelaki yang macho dan gagah terus bertukar menjadi seperti seorang ‘wanita’ yang lemah lembut dan penuh kasih sayang kepada bayi.

Kebetulan juga anak admin ini menyusu dengan ibunya.Tidaklah perlu malam-malam membancuh susu formula.Memang rezeki anak.Oleh sebab kurang mampu untuk membeli lampin pakai buang, admin mengesyorkan bayi kami menggunakan lampin jenis kain sahaja.Jenis kain faham-faham sahajalah.Ini bermakna cabaran admin untuk menukar lampin hampir setiap jam setiap hari sehingga bayi kami berusia tiga bulan.

WAJIB BACA :   3 cara mencegah obesiti yang mudah lagi proven

Ketika anak sudah berusia empat bulan admin dapat kerja sambilan dengan seorang makcik penjual nasi lemak.Admin bekerja dari jam 3.30 pagi sehingga jam 11.30 pagi.Hasil dari upah bekerja tersebut dapatlah membeli sedikit sebanyak keperluan dapur dan keperluan bayi.

Sebelah tengahari admin akan menjadi pengasuh bayi untuk menggantikan kakak ipar admin yang sanggup menjaga anak kami sebelah pagi sahaja.Balik kerja, admin akan terus memandikan anak dan memberi makanan.Setelah itu mendodoikan anak supaya tidur dengan lena.Anak tidur dapatlah admin melelapkan mata biarpun sekejap untuk hilangkan rasa mengantuk dan letih lepas bekerja.

Rutin admin sedemikian sehingga anak admin berumur 14 bulan.Selepas itu berlanjutan seperti biasa biarpun admin sudah bekerja sebagai penyelia di restoren segera.

Sehingga ke hari ini admin masih terkesan dengan kenangan menyuapkan makanan kepada anak admin ini sehingga dia berumur 5 tahun.Sebab itu admin mempunyai pertalian rasa sayang yang amat mendalam terhadapnya.Bayangkan dari umur sehari sehingga enam tahun jarang kami berenggang.Cuma setelah dia berusia tujuh tahun, jarak kami semakin melebar atas sebab sebab  yang tidak dapat dielakkan.

WAJIB BACA :   Lelaki kelakar, wanita manja

Penutup

Dari dulu lagi admin sangat sedar dan sangat faham bahawa tugas isteri yang jadi pengasuh bayi dan ibu sangat mencabar.Mereka menyanggupi amanah dan tanggungjawab yang bersilih ganti umpama siang bertukar malam tanpa berhenti.

Sebab itu Manifseto Pakatan Harapan yang mahukan golongan isteri ada potongan KWSP dari suami amatlah disokong sepenuhnya.

Wang ringgit boleh dicari tetapi pengalaman menjadi pengasuh bayi sukar untuk ditemui lagi.

Lainlah jika ada gadis syantik sudi menemani admin sebagai suri pengganti.

Ayat last tu gurau je dan gambar bawah nie sekadar hiasan !!

hijab muslim

Comments 18

Leave a Reply to yanto cungkup Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge