Pengalaman Sebulan Guna Alcatel Onetouch

Pengalaman Sebulan Guna Alcatel Onetouch…Sedar tak sedar, dah sebulan saya menggunakan telefon pintar jenama Alcatel. Nasib baik bukan jenama Oppo yang menjadi viral sekarang ini kerana kes Low Yat Plaza.

Setakat ini saya berpuas hati juga. Sudah semakin biasa dengan fungsi-fungsi asas. Maaf belum lagi ke tahap advance. Jika setakat fungsi untuk panggilan,sms,kamera,dan aplikasi android dah boleh difahami sedikit demi sedikit.

Alcatel Onetouch

Menyentuh tentang reka bentuk luaran Alcatel Onetouch saya tak berkenan sangat la. Dengan ketebalannya,berat dan saiz skrin 4.5 inci belum awesome lagi untuk citarasa saya.

Namun saya terpaksa untuk berpuas hati kerana gajet yang berharga sekitar RM200 ini memang patut pun dengan fungsi begini.

WAJIB BACA :   3 cabaran ‘budak baru’ nak jadi abang sado

alcatel onetouch

Jangka hayat bateri memang cepat kong terutama untuk  guna secara online.Namun begitu proses mengecas pulak sangat cepat.

Tak perlu tunggu lama-lama untuk pengecasan penuh. Janji ada power bank atau soket elektrik maka masalah bateri sudah selesai

Mutu gambar tak lah best sangat.Sekadar terang dan jelas dah kira mencukupi. Sedangkan saya pernah guna telefon Nokia kamera 2 MP pun gambar sangat jelas dan terang.

Alcatel Onetouch ada kamera 8MP bahagian belakang dan depannya pula adalah 2 MP. Boleh lah digunakan untuk selfie sana  dan sini. Gambar yang disertakan di atas adalah contoh yang saya ambil mengguna kamera Alcatel Onetouch.

Saya berharap dapat  mengambil gambar bagi persiapan raya tahun ini.Kalau tak pun juadah dan menu hari raya.

WAJIB BACA :   Trip Solo Dari Dalat Ke Kuching [edisi kemas kini]

Sungguhpun banyak kelemahan luaran tetapi Alcatel Onetouch memang laju untuk melayari internet.Puas hati kerana tak tunggu lama-lama.

Sebagai blogger yang melakukan kerja-kerja blogging,sudah tentu saya perlukan internet melalui telefon.

Setidak-tidaknya saya tak jauh sangat ketinggalan untuk aktif bersosial mengunakan Whatsapp dan Wechat serta Facebook

Semoga pengalaman menggunakan Alcatel Onetouch boleh meningkatkan keinginan pembaca membeli telefon jenama ini. Sebab memang ada orang yang suka jenama sahaja.

Faktor lain ada yang tak kesah atau ada saya kesah dengan jenama pilihan anda?

*kemas kini 10/4./22

Comments 13

Leave a Reply to Noriza Rahman Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge