Pengalaman Seram Bermalam Di Bilik 106

Pengalaman seram ini memang kisah benar yang saya sendiri alami.Jumaat yang lepas, saya ada urusan penting di luar kota.Atas sebab tiada pilihan lain, saya cuba bermalam di sebuah hotel bajet.

Tempahan saya buat secara online.Biasalah zaman sekarang.Sikit-sikit online.Nak cari jodoh pun online.Silap hari bulan kahwin pun online….hehehe

Demi menjaga nama baik tempat tersebut saya tidak nyatakan dengan jelas.Kalau benda baik oklah.Benda tak baik begini kita cerita biar berlapis dan beralas.

Pengalaman seram bermula…

Sebaik sahaja azan Maghrib berkumandang dari masjid berdekatan, saya sudah sampai di pintu hotel bajet tersebut.

Suasana seram sudah terasa.Sebab tempat tu sunyi dan gelap.Saya pergi ke bahagian kaunter.Kelihatan seorang lelaki muda terkejut melihat saya tercegat di situ.

Sebetulnya kami sama-sama terkejut.Salah saya juga kerana tidak bagi salam.Sebab saya tak pasti dia Islam ke tidak kerana rupa orang di Sarawak ini hampir sama.Susah nak bezakan orang Islam atau bukan Islam untuk orang lelaki.

WAJIB BACA :   7 Rahsia Elak Poket Kosong

Setelah mendaftar dan diberi kad akses bilik 106, saya masuk penuh teruja.Siapa yang suka duduk hotel tu fahamlah bagaimana perasaan saya ketika itu.

Ketika mula-mula melangkah masuk bilik tu saya sudah rasa kurang selesa.Ada terbau rokok.Dalam fikiran saya seolah-olah ada orang datang merokok dalam bilik 106 tersebut sebelum kedatangan saya.

Pada masa itu saya tidak mahu fikir panjang lagi.Kemas apa yang patut dan terus turun semula untuk solat di masjid yang berdekatan.

Pengalaman seram semakin memuncak

Sekembali dari solat Isyak saya terus melabuhkan badan yang agak keletihan atas tilam yang empuk.Dalam hati terdetik juga alangkah bahagianya kalau ada isteri yang sudi menemani saya ketika itu.

Selain untuk bersembang boleh juga buat aktiviti yang lebih menyeronokkan …hahaha

Saya mula Whatsapp kawan-kawan rapat untuk hilangkan rasa sunyi dan bosan.Sedar tak sedar jam sudah pukul 10.30 malam.Mata mula mengantuk teramat sangat.

Jadi tiada apa yang boleh saya lakukan selain tidur.Rugilah kalau menginap di hotel tapi kurang tidur .hehehe

WAJIB BACA :   Azam 2023…

Aircond saya pasang sehingga 16 darjah Celsius.Sejuk bukan main.Rasa macam di oversea la pulak.

Selimut saya tarik dan mula menutup mata perlahan-lahan.Tidak lama kemudian ketika saya sudah hampir terlena tiba-tiba terdengar bunyi bising seperti orang cuba membuka pintu bilik 106.Dalam fikiran saya, memang yakin pintu sudah dikunci dan memang selamat.

Saya tidak pasti sama ada saya sudah tertidur atau masih terjaga masa itu.Selepas itu saya rasa ( sebab tidak mampu nampak) ada tiga orang lelaki muda masuk bilik saya.

Pada masa itu saya langsung tidak ada rasa takut.Mungkin mata sudah hampir terlelap.Saya juga tidak pasti adakah saya tengah bermimpi atau tengah berada dalam gelombang minda Alpha.

Dua orang cuba mendekati saya.Seorang lagi sempat berkata “ hei tak takutkah ada orang mati dalam bilik ini ”

Fikiran saya kosong.Saya terus tertidur tanpa memperdulikan kejadian tersebut.

WAJIB BACA :   Cara capai hajat yang betul-betul baik punya

Selepas tengah malam saya pulak terjaga.Jam sudah 2 pagi.Hampir setiap jam saya terbangun dan terjaga.Umpama tidur-tidur ayam.

Pada masa itulah saya rasa malam sangat lambat untuk pergi ke siang.Saya tidak sabar untuk menanti waktu pagi.Alhamdulillah selepas jam 4.30 pagi saya bangun dan persiapkan diri untuk pergi solat Subuh di masjid berdekatan.

Hanya selepas check out pukul 7.30 pagi barulah saya mula terfikir pengalaman seram di bilik 106.

Sehingga ke hari ini saya masih berdiri bulu roma bila mengenangkan pengalaman seram bermalam di bilik 106.Rasa nak demam pun ada.Sekejap seram sejuk.Sekejap panas semacam.Dah rasa nak kahwin baharu pun ada juga hahahaha

Semoga kejadian begini tidak berlaku kepada anda terutama mereka yang suka duduk hotel sorang-sorang.Untuk keselamatan bacalah ayat tiga Qul ataupun ayatul Kursi sebelum tidur.Mudah-mudahan dijauhkan dari gangguan makhluk lain.

p/s : Kalau diganggu awek cantik perlu baca dan hadam buku Bawa Cinta Kita Ke Syurga

Comments 30

Leave a Reply to Abe Roi Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge