Pengalaman terima suntikan vaksin dos pertama

Bos : Cepat dapatkan isteri Hanafi. Kesian i tengok u keseorangan all the time.

Hanafi : It okay bos. Masa akan tetap tiba.

Bos: Tapi jangan tersalah pilih  Pilihan tepat boleh bahagia sampai ke akhirat.

Hanafi : Ya, bos. Faham..

Begitu sedikit sketsa perbualan saya dengan bos di pejabat setelah saya selesai suntikam vaksin dos pertama baru-baru ini.

Sejarah tercipta lagi pada 21 Jun 2021. Inilah pertama kali dalam hidup saya mendapat vaksin untuk Sinovac.

hahaha…Bukan saya seorang sahaja yang pertama. Yang lain pun sama.

Saya mendapat peluang kedua untuk suntikan vaksin ini selepas terlepas peluang pertama di PPV Unimas baru-baru ini.

Rezeki dalam kemudahan dan dapat lagi peluang kedua. Peluang ini mana mungkin untuk ditolak tanpa alasan yang  munasabah.

Alhamdulillah saya mendapat suntikan dos pertama vaksin di PPV Klinik Kesihatan Batu Kawah sekitar jam 5.30 petang.

Sekitar jam 4.30 petang kami dari kumpulan petugas media dikumpulkan di satu tempat.

Bawah khemah sahaja di pusat tersebut. Kebetulan pula cuaca tidak panas terik sangat.

Dapatkan duduk sambil sembang bersama rombongan yang lain.

Saya tidak pasti berapa orang. Jumlah tidak sampai 100 orang dan tidak kurang dari 30 orang. Agak-agak sahaja tu.

Kad pengenalan kami semua dikumpul. Selepas itu nama dipanggil berdasarkan nama di kad pengenalan masing-masing.

Kemudian kami diberi dua borang yang ringkas untuk diisi secara manual.

Siap sahaja borang, nama dimasukkan dalam sistem Mysejahtera.

Alhamdulillah, masa untuk disuntik pun tiba. Ada seorang uncle yang sudah berusia ditugaskan untuk menyuntik kami.

Sebaik sahaja jarum halus mencucuk lengan sado saya, terasa  sakit seperti gigitan semut.

Selepas itu lengan terasa kebas. Selebihnya macam biasa. Macam tiada apa-apa berlaku.

Habis proses suntikan vaksin, saya segera pulang ke pejabat.

Sempat juga ambik gambar seperti kebanyakan orang hehehe. (muka diblur agar tidak menampakkan kehenseman)

 

Saya kembali menyambung tugas dan kerja yang sudah ditinggalkan sebentar ..

Ada orang kata rasa demam, badan rasa lain dan sebagainya. Setakat ini, alhamdulillah saya tiada rasa apa-apa.

Malah pagi keesokannya saya boleh berjoging seperti biasa.

Cerita tamat di sini dan saya menunggu untuk suntikan dos kedua pula.

Tapi sebelum itu, saya nak khabarkan sesiapa yang ingin mencapai impian dengan bisnes online terbaik masa ini boleh layari Siber Sukses sekarang.

Artikel berkaitan

6 thoughts on “Pengalaman terima suntikan vaksin dos pertama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge