Ini gelagat pengguna Facebook Malaysia yang perlu kita tahu

Pembaca bertuah kerana terpilih menjadi pengguna Facebook Malaysia sama seperti saya.Pada tahun 2008 saya cipta akaun Facebook yang pertama.

Baca betul-betul.

Bukan saya yang cipta laman Facebook.

Tu, Mak Zukerbet ( nama confirm salah ) yang jadi pengasas laman sosial yang disukai ramai.Beliau sudah menjadi bilionaire atau super rich yang sebaris dengan pengasas Microsoft, Google, Amazon dan lain-lainya.

Moga pembaca dan juga saya jadi kaya walau tak sekaya mereka nie la.

Aamiin.

Ini kisahnya…

Saya menggunakan komputer peribadi di tempat kerja untuk buat akaun Facebook yang pertama.Rumah ada komputer tetapi belum ada talian internet.

Telefon pada zaman tu belum ada skrin sentuh sebagaimana sekarang ini.

Untung la budak-budak sekarang.Lahir sahaja dah boleh main Facebook.

Itulah secebis kisah saya menjadi pengguna Facebook yang terawal di Malaysia.

Kini sudah 12 tahun berlalu…

Akaun tersebut masih wujud cuma telah saya tukar menjadi page rasmi.Friendlist sudah mencecah 5 ribu orang tetapi sudah menyusut menjadi 4 ribu sahaja.

Tanpa sedar teknologi Facebook terus berkembang pantas.Tidak terjangkau untuk kita mengejarnya.

Banyak sungguh penambahbaikan sehingga pengguna Facebook semakin ramai dan menyukainya.

Berdasarkan pengalaman sendiri saya dapati ada beberapa gelagat pengguna Facebook yang biasa  ditemui.

Pengguna Facebook Malaysia

layan on9

1.Pengguna super produktif

Mereka kerap buat hantaran di status Facebook.Mungkin lebih lima kali sehari.

WAJIB BACA :   Buat baik sangat susah, buat jahat senang sekali

Oleh kerana terlalu produktif mereka tidak sempat singgah di wall Facebook kawan-kawan.

Jangankan nak komen, like status pun tidak sempat.Tak boleh salahkan mereka.

Masing-masing ada hak.Nak komen atau nak like itu terpulang kepada empunya diri.

2.Pengguna mesra alam

Golongan ini kurang buat hantaran.Ada tetapi tidak sekerap golongan yang pertama.

Masa mereka digunakan untuk Like, berbalas komen dan sekali sekala kongsikan hantaran kawan-kawan yang lain.

Ada yang mengelar mereka sebagai kaki komen dan kaki like.Apa-apapun gelaran yang diberi mereka tetap lakukan tanpa minta pujian.

3.Pengguna pilih kasih

Mereka rajin buat hantaran di status Facebook masing-masing.

Ada yang komen mereka balas dengan baik.Malah ada kawan yang komen tetapi dibiarkan begitu sahaja.

Like tidak apatah lagi nak komen.Namun jika terjumpa kawan-kawan sebulu mereka akan berbalas komen dengan meriah.

Sekali lagi jangan marah atau berkecik hati.Cara yang bijak unfriend sahaja dan cerita akan berakhir di situ.

Facebook untuk sosial la.Jangan terlalu serius sangat setiap masa.

4.Pengguna kaki Like

Mereka tak baca apa-apapun.Sekadar like sahaja status kawan-kawan yang lain.

WAJIB BACA :   Cerita Menarik Wang Bantuan Sara Hidup 2019 ( BSH )

Mereka tidak komen apa-apa kerana dihantui perasaan terburu-buru untuk scroll feed Facebook tersebut.

Cara mereka juga tidak salah.Sekali lagi laman Facebook adalah tempat bersosial.

Hak masing-masing untuk buat apa yang mereka mahukan.

Yang tidak baik menyebarkan berita palsu dan cuba mengapi-api sentimen cinta ikat mati.

Eh ! Silap.

Sentimen benci dan buruk sangka kerana sudah hati hitam.Rambut sama hitam tetapi hati saling mencintai

Asehman tersasul lagi.

5.Pengguna CCTV eksklusif

Kalau saya nak beri gelaran bukan alang-alang.Sebab saya juga tergolong sebagai pengguna CCTV eksklusif juga untuk akaun Facebook yang lainnya.

Sejujurnya tidak juga salah.Sekali lagi saya kata Facebook adalah laman sosial.Ini kali ketiga saya ulang.

Masuk kali terakhir tiada maaf bagimu melainkan saya terus menyayangimu hingga ke hujung nyawa hehehehe.

Yups perlu ingat yang nie.

Masing-masing punya hak ke atas cara dan gaya untuk bersosial di Facebook.

6.Pengguna Keyboard Warrior

Golongan ini sangat berbahaya kepada golongan tertentu sehaja.Kerjaya mereka untuk memberi komen yang berunsur sensasi dan kontroversi.

Akaun biasanya palsu dan nama pula samaran.Identiti mereka undercover untuk kepentingan tertentu.

Jangan pula terkejut mereka dibayar elaun bulanan yang lumayan oleh pihak berkepentingan.Bermula dari RM2500 sehingga RM5000 sebulan.

Saya anggap mereka bekerja secara profesional.Cuma tidak tahu berada di pihak yang benar atau salah.

WAJIB BACA :   Mengapa setiap masalah adalah rezeki?

Sebagai orang yang awam kita perlu berhati-hati kerana serangan mereka yang menggunakan teknik keyboard warrior ini ampuh untuk menyerang nama dan reputasi pihak berkenaan.

Macam biasa la kalau dah masuk bab politik.

Ada juga seperti keyboard warior dalam memburu cinta.Mereka aktif berbalas komen kepada orang yang mereka targeted, suka stalk FB akaun orang dan mungkin juga suka PM mesengger untuk mengumpan mangsa.

Awas jangan percaya dan letakkan rasa curiga pada masa yang sepatutnya.

7.Pengguna sudah ‘mati’

Pengguna sudah ‘mati’ ialah pengguna yang tidak aktif lagi.Banyak sebab terjadi sedemikian.

Akaun Facebooknya terlalu banyak.Bahkan kes terlupa password, email dan sebagainya.

Akhirnya jadi mati atau tidak aktif buat selamanya.

Sentap juga kalau terbaca.Memang patut sentap kerana mati adalah proses yang mesti dilalui oleh kita semua.

Pasti buat kita semua yang masih bernyawa.

Yang tak pasti bila, bagaimana dan di mana kita akan mati untuk menuju ke alam kekal abadi.

Macam epilog cinta kita, bertemu di dunia dan bersama selamanya di Jannah atau Firdausi.

Aamiin..

Yang ini betul.Nyata dan fakta.

Pengguna sudah mati kerana pemilik akaun sudah menjadi arwah.

Penutup

Gelagat pengguna Facebook Malaysia yang saya sebutkan ini berdasar pemerhatian peribadi.Terlebih dan dan terkurang saya mohon maaf.

Ada banyak sebenarnya gelagat jika dibuat kajian demi kajian.

Sayangnya saya tidak berminat kerana saya lebih suka untuk mewar-warkan Bisnes Makan Delivery yang amat cocok dengan kebiasaan baharu selepas wabak Covid-19 melanda dunia.

arrow

Comments 4

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge