Wang nadi kehidupan. Tanpa wang mencukupi hidup manusia akan terawang-awang seperti nyawa hampir melayang. Sebab itulah ilmu pengurusan kewangan jangan dipandang sebelah mata atau buat-buat tak tahu.
Tidak perlu terlalu bijak atau terlalu pakar ilmu tersebut. Cukuplah cakna, cekap dan cepat sedar akan kesilapan yang akan saya bongkarkan dalam perkongsian ini.
Mari saya kongsikan secara ringkas.
Ada dua kesilapan manusia berhubung kait dengan kewangan.
Pertama, tiada simpanan langsung atau tidak mahu menyimpan.
Gaji masuk minggu pertama dan gaji habis minggu ketiga.
Lebih parah lagi jika hari ini gaji dan esok habis gaji.
Kita tidak mampu menyimpan kerana keperluan hidup bawah kemampuan
Pengurusan kewangan
Contoh gaji RM1700 tetapi perbelanjaan cecah RM2000.
Mana nak cekup defisit RM300 kalau bukan berhutang.
Kesilapan kedua pula manusia ialah berhutang untuk membeli kereta, rumah dan sebagainya.
Habis kalau tidak berhutang mana nak dapat duit untuk beli kereta dan rumah ?
Sedangkan rumah dan kereta menjadi keperluan asas zaman kini.
Jika ditanya soalan begini, tentulah berbalik kepada kesalahan pertama tadi yakni tidak menyimpan atau tiada simpanan.
Kesalahan tiada simpanan kerana pendapatan terlalu rendah, kecil dan terhad.
Mungkin pendapatan sederhana tetapi gaya hidup seperti orang berada.
Itu terpulang kepada cita rasa masing-masing.
Yang menanggung perit, derita dan merana tentulah golongan berpendapatan kecil.
Sedangkan kos hidup terus naik dan tak pernah turun sejak sekian lama.
Kesimpulan
Saya selalu ingatkan diri sendiri untuk hidup bawah kemampuan.
Jika kita berada dalam kategori M40 maka usahakan untuk berbelanja seperti B40.
Selain kawal dan jimat perbelanjaan usahakan juga menambah pendapatan sampingan atau pendapatan kedua.
Dua kaedah tersebut boleh menebus dua kesilapan manusia dalam pengurusan kewangan.
Jika masih tak faham juga jom tonton video di bawah sampai habis.
@g100official Hidup ikut kemampuan atau hidup di bawah kemampuan? #PGG100Network #MisiUbahHidup1000Keluarga #publicgold #FinancialFreedom #bisnesemas #5gassociates #seminarfizikal #m1jp #kuchingsarawak #leadersroadtour2025 #timefreedom ♬ original sound – G100official
Yang penting berbelanja mengikut keperluan dan ikut bajet yang ada.
betul tuan…tapi ramai kita termasuk saya kalah dengan emosi untuk berbelanja
Kata kunci: Ukur baju di badan sendiri
YA uncle…betul tu
pastikan baju kita sentiasa kecil
Ya penting jangan buat hutang yang tidak mampu dibayar.
yang terbaik jika tiada hutang
terkadang manusia itu terlalu gengsi bang. gengsi hidup sederhana sementara teman2 office berkecukupan. gengsi naik kendaraan umum, sebab teman2 naik mobil kemana2.
gengsi beli barang produk lokal, sebab circle dia semua pakai branded things .
kalau income mencukupi tak apa. ini pula income di bawah itu 😅. ujung2nya memang berhutang.
kalau saya, setiap uang masuk, yg saya lakukan pertama, sisihkan utk zakat dan saving. itu dulu. jangan yg lain.
baru setelah zakat dan saving aman, sisanya, itu yg dipakai utk keperluan hidup sebulan. harus cukup, jangan lebih 😅.
kalo kita sisihkan utk keperluan dulu, baru zakat dan saving belakangan, tak akan cukup. Krn kita merasa 2 hal itu tak penting. padahal mereka yg paling utama
Betul sekali! Kadang gengsi itu jadi racun yang tanpa sadar membebani diri sendiri. Hidup sederhana bukan berarti kalah, tapi justru menang dalam mengendalikan keinginan dan mengutamakan apa yang benar-benar penting.
Setuju juga dengan prinsip keuangan yang disebutkan! Zakat dan saving dulu, baru belanja kebutuhan. Kalau kebalik, memang seringnya ujung-ujungnya uang habis tanpa sempat menyisihkan untuk hal yang lebih utama.
Hidup sesuai kemampuan itu lebih tenang. Tak perlu berlomba tampil mewah kalau akhirnya malah menyusahkan diri sendiri. 😊
baru jap tadi terbaca kat X. katanya lebih 5k rakyat malaysia berusia bwh 35 diisytihar muflis…
baca komen ramai sebut sbb kete. jd x smpi 2k dan keje pun bkn tetap dah angkut kete H… hmmm…
stail pun komitmen dan sanggup pula ambik risiko