Hijrah Diri : Pengurusan Masa Paling Baik

Pengurusan masa paling cekap adalah impian orang yang nak berjaya.Masa yang ada sangat terhad.Saya sendiri sudah merasai kesuntukan masa memandangkan faktor umur bukanlah muda belia.

Saya sangat percaya,

“Demi masa sesungguhnya manusia sentiasa dalam kerugian kecuali orang beriman dan beramal salih serta mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran dan sabar” –>Surah Al Asr ayat 1-3.

Sesiapapun yang ada perniagaan memang tidak mahu rugi.Kalau diberi pilihan sentiasa mahu untung dan untung banyak setiap masa dan ketika.

Kalau nak berniaga dan kasi untung banyak boleh belajar >> Cara Meroketkan Jualan Di Facebook

Dalam artikel ini bukan perniagaan yang saya nak kongsikan.

Saya teruja untuk berkongsikan pengurusan masa paling baik.Sekali lagi saya tekankan ini cara saya.Mungkin tidak sesuai untuk semua orang kerana kita berbeza cara berfikir dan gaya hidup.

Saya telah melalui kehidupan yang sukar dan penuh ranjau berduri.Tidak bermakna saya mengeluh dengan keadaan hidup yang saya lalui sebelum ini.

WAJIB BACA :   Kuatkan Hati Untuk Sepanjang Hari

Saya cuma terkilan jika saya terbuang masa.Pengurusan masa tidak efektif

Dalam kontek artikel Hijrah Diri kali ini saya fokus kepada pengurusan masa paling baik.

Allah SWT Maha Adil kerana mengurniakan kita semua dengan masa 24 jam sehari untuk sesiapa sahaja.

Di mana sahaja berada.

Siapa yang bijak mengurus masa maka dia berhak untuk berjaya dan menikmati hasil kejayaan tersebut.

Alhamdullilah.

Masa kita boleh dibahagi kepada 3 perkara utama.

pengurusan masa paling baik

1.Masa Tidur

Ada orang yang kata tidur 7-9 jam sehari sudah memadai untuk orang dewasa.Tidak juga sesuai untuk semua orang.Terpulang kepada keperluan biologi dan pekerjaan masing-masing.

Kerja berat  = tidur banyak

Kerja ringan = tidur sikit.

2.Masa bekerja

Kebanyakkan waktu berkerja di negara ini adalah 8 jam sahaja.Ini belum termasuk dengan waktu perjalanan pergi dan balik.Mungkin juga belum termasuk waktu rehat.Pukul rata mau juga 10 jam sehari hangus untuk bekerja.

3.Masa Beribadah

Bagi umat Islam ada 5 waktu solat yang wajib.Sekiranya setiap waktu diperuntukkan 15 minit bermakna dalam sehari kita luang masa untuk beribadat adalah 1 jam 25 minit.

WAJIB BACA :   Bayar Zakat Fitrah Di Pejabat Daerah Dalat

Jangan pula lupa.

Ada lagi nie.

Berikut pula aktiviti penting yang memang diperuntukkan masa untuk kita guna setiap sehari.Saya selalu tersasar dari landasan.Mudah-mudahan selepas menghayati hijrah diri yang ke 5 ini saya lebih berdisiplin.

1.Aktiviti lumrah

Sengnaja mengunakan istilah lumrah kerana kita tidak mungkin boleh mengabaikanmnya.Masa untuk makan,minum,mandi,berak,kencing dan sebagainya tetap diperlukan.

Anggaran sehari dalam 3 jam cukup tak?

2.Aktiviti Santai

Dalam kehidupan ini, kita sukar untuk mengabaikan aktiviti santai.Mungkin boleh.Mungkin juga tidak.Itu terpulang kepada kemampuan individu itu sendiri.Contoh aktiviti santai ialah lepak di kedai kopi atau lepak di media sosial.

Setakat ini saya peruntukan masa untuk Facebook cuma 2 jam.Itu belum termasuk Whatsapp dan Instagram.

3.Aktiviti pilihan

Tujuan aktiviti pilihan ini ada dua .Ada yang menguntungkan.Ada juga yang merugikan masa begitu sahaja.Saya harap saya pandai menilai aktiviti pilihan.Antara contoh aktiviti pilihan kepada saya ialah menerima ajakan kawan untuk sesi pesentation bisnes.

WAJIB BACA :   Habib Umar Hafiz hadir di Sarawak

Jika saya dah ada bisnes memang sukar untuk mencuba peluang bisnes lain.Masa yang diperuntukan mungkin 3 jam.

Kesimpulan.

Apa yang dapat dari pengurusan masa paling baik ini ialah mengetahui dimana saya ketirisan dalam masa sehari.

Tiris dapat duit ok la juga.

Tiris menghabiskan duit maka sakitlah poket jadinya.

Jom lihat ilustrasi bagaimana saya menghabiskan masa dalam sehari.

1.Masa Tidur = 4 jam
2.Masa bekerja = 10 jam
3.Masa beribadah = 2 jam
4.Aktiviti lumrah = 3 jam
5.Aktiviti santai =2 jam
6.Aktiviti pilihan = 3 jam

Jumlahnya >>24 jam

Nampaknya masa saya banyak untuk bekerja.Mudah-mudahan bolehlah saya kaya dan jutawan kerana bekerja adalah komitmen masa paling tinggi sekali.

Aamiin.

Untuk tidak ketinggalan mengetahui artikel seterusnya jomlah sertai komuniti  :

Sekian sahaja dan jumpa lagi serta tak lupa jutawan terima kasih kerana sudi membaca  tentang pengurusan masa.

-mrhanafi-

Comments 14

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge