Penulisan Blogger Perempuan Yang Mengoncang Dunia

Saya teringat pepatah orang tua lama,tangan yang menghayun buaian boleh mengoncang dunia.Tangan siapa lagi kalau bukan tangan dari penulisan  blogger perempuan jika nak dikaitkan dengan zaman milenia.Mereka menulis blog yang berpengaruh dalam media sosial seperti Facebook,Instagram dan Twitter.

senarai blogger perempuan

Pengaruh dalam media sosial sangat kuat.Malah blogger telah menjadikan media sosial sebagai senjata kedua selepas blog untuk berkongsikan apa sahaja yang berlaku dalam kehidupan ini.

Tidak dinafikan penulisan blogger kaum perempuan agak tajam dan pedas.Ada juga yang lembut dan bersopan santun.Namun rata-rata penulisan mereka bermain dengan sentuhan emosi.

Penulisan begini boleh mengoncangkan hati pembaca untuk marah,sedih,teruja atau selamba.Pendek kata itulah perempuan dalam menyatakan emosi mereka melalui penulisan kecuali ada blogger yang bermain dengan niche informasi dan berita

Senarai blogger perempuan yang saya nyatakan ini adalah pandangan peribadi dan bukannya atas desakan mana-mana pihak.Seperti apa yang saya katakan sebelum ini,pandangan kita berbeza dan tidak sama.

Tidak bermaksud mana-mana blogger perempuan tidak tersenarai ini tidak berpengaruh.Mereka ada keistimewaan yang boleh saya ketengahkan pada masa yang akan datang.Tunggu sahaja masa tersebut.

Senarai blogger perempuan

1.Suria

Isu Blogger Suria yang mendapat saman fitnah dan malu oleh sebuah syarikat produk mendapat perhatian warga blogger dan aktivitis media sosial.Ujian yang dihadapi berat dan saya akui bukan calang-calang orang mampu menghadapi perkara tersebut.

Penulisannya dalam Lekat Lekit Dot Com memang gempak dan berani demi kepentingan orang ramai.Saya akui penulisannya memang mengoncangkan dunia demi perjuangan menegak kebenaran dan keadilan hak pengguna.

Jika ada sesiapa yang ingin membantunya boleh cari di Facebook atau baca pesanan bawah ini.

ps: Apapun aku masih meneruskan misi mencari dana untuk menampung kes saman sivil keatas aku kerana menulis tentang 1 produk kecantikkan ni. bagi yang ingin buat sumbangan untuk membantu boleh buat terus ke Maybank no acc 162795008709 (Nursuria) Moga sumbangan anda tu memberi peluang untuk saya membela diri.

2.Nik Khazami

Seorang blogger perempuan yang memiliki penulisan mantap dan lain sedikit berbanding dengan blogger perempuan yang lain.Penulisannya amat ilmiah dan serius.

Jarang sekali saya terjumpa artikelnya yang ada ciri-ciri santai walaupun artikel berbentuk hiburan.

Saya melabelkan blog Nik Khazami Dot Com sebagai penulisan mengoncang dunia kerana kekuatan SEO.Banyak artikelnya berada di halaman utama Google.

Pernah menang beberapa kali kontest SEO telah membuktikan dunia Google berada bawah gengaman Nik Khazami dalam segmen blogger perempuan.

Saya nie bertungkus lumus menulis blog namun beberapa kerat sahaja artikel kekal di tempat teratas Google.Kalau tempat terbawah sayalah dominasinya.

3.Rahimah Majid

Siapa blogger wanita ini  kalau bukan penulis blog Kaki Melancong Dot Com.

Beliau suka kembara di negara-negara musim sejuk.Hasil pengalamannya itu ditulis dan dikongsikan dalam blog.

Blogger perempuan tak ramai yang menulis secara skema dalam niche traveler dan Rahimah adalah seorang daripadanya.Penulisan beliau sedap dibaca walaupun dihamburkan dengan infomasi yan

Bagi mereka yang benar-benar menghayati penulisannya seolah-olah kita dibawa bersamanya menerokai pengembaraannya.Beliau berimpian untuk mengelilingi dunia

4.Raihanah Ahmad

Seorang Bisnes Mentor Shaklee  sejak tahun 2012 lagi dan mahir dalam pemyampai fakta serta informasi kesihatan yang mantap.Penulisannya cukup diyakini dan pembaca pasti tidak meragui apa yang telah ditulisnya.

Blognya ialah Vitamin Cerdik Dot Com

Apa yang telah dipersembahnya menetapi ciri-ciri SEO dan artikel berrmutu tinggi.Saya pula dah anggap beliau sebagai Master Raihanah dalam bisnes Shaklee.

Satu lagi kelebihannya ialah suka blogwalking dan lihatlah dimana-mana ada sahaja nama Raihanah memberi komentar bernas.

Ada tak blog yang belum lagi disinggahi oleh blogger Raihanah.Kalau belum terjah sahaja blognya.

5.Lulu Cardina

Seorang blogger yang menulis blog informasi Lulu Pages Dot Com

Penulisannya tentang informasi dan berita sensasi.Dikhabarkan telah menulis blog sejak tahun 2010 lagi.Tular artikelnya amat luas terutama menggunakan Facebook Pages yang ada like 34K.

Saya sukar nak menilai blog informasi dan berita.Apa yang saya kagumi ialah penularan informasi blog ini sangat luas dan memberi kesan goncangan dalam dunia media sosial.

blogger perempuan berjaya

Kesimpulannya

Saya masih dalam proses kemaskini blog ini.Sebab 5 senarai yang saya kemukakan belum lagi cukup.

Sesiapa yang sudah membaca Senarai Blogger Malaysia Yang Mempunyai Gaya Penulisan Hebat pasti tahu perbezaannya.Blogger lelaki lebih mendominasi menurut pengkiraan akal saya yang dangkal ini.

Hakikat sebenarnya mungkin tidak sedemikian.Cuma saya yang belum terjumpa dan berharap saya akan menjumpai pada masa yang akan datang.

Tahniah kerana telah berjaya membaca hingga ke perengan ini dan terima kasih tak terhingga buat pembaca semua.Sebelum itu saya nak minta tolong rakan pembaca yang disayangi untuk pilih antara satu daripada pilihan dibawah sebagai tanda sokongan dan ingatan tulus ikhas daripada saya.

1.Tolong Like Fanpage 

2.Sertai Group Whatsapp 

3.Sumbangkan komen ikhlas

4.Sebarkan konten ini 

Sumber rujukan :

1.Panduan Jana Pendapatan Pasif 

2.Cara Tarik Rezeki Melimpah Ruah

3.Panduan Dapat Duit Cepat

4.Cara Meroketkan Jualan Di Facebook

5.Produk Tahan Lama Untuk Lelaki

6.Software Terbaru Untuk Peniaga Instagram

7.Rasai sendiri betapa mudahnya shopping di Lazada

 

 

(Visited 151 times, 1 visits today)

20 thoughts on “Penulisan Blogger Perempuan Yang Mengoncang Dunia”

    1. aamiin dan semangat begitulah saya suka nak dengar..

      sayang saya belum berjaya 100%..

      kalau tak kita ngeteh kat restoren feveret awak..

      hehehe

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge