Perasan Jumpa Isteri Bayangan Yang Syantik

Inilah alkisahnya…

Nama saya Perasan.Maaf itu sekadar nama samaran.Mana boleh bagitau nama sebenar.Lebih-lebih lagi dalam dunia fitnah dan kepalsuan tahap maksima sekarang ini.Lebih tepat lagi dunia akhir zaman atau kiamat sudah dekat.

Yang benar seperti palsu.

Yang palsu pula seperti benar.

Ini belum lagi kes.

Yang salah seperti betul.

Yang betul seperti salah.

Akhirnya kepala pening dan otak mereng.

Saya tinggalkan kemelut  yang tiada kesudahan.Saya nak kongsikan cerita saya berjumpa isteri bayangan yang syantik.Buat makluman, isteri bayangan umpama future wife.

Tapi tak seratus peratus sama kerana isteri bayangan mungkin akan jadi dan mungkin tak akan jadi langsung.Malah tak jumpa lagi dalam alam realiti.Bayangan dalam fikiran dan minda semata-mata.

WAJIB BACA :   Pengertian Sebalik Lagu Kelmarin -Seventeen | Cover Nissa Sabyan

Gadis syantik ini memang class.Muka yang licin.Kulit putih.Senyuman menawan.Tidak tinggi dan tidak rendah.Yang paling cun saiz badan tidak gemuk dan tidak kurus.Ada pendidikan dan menutup aurat lagi tu.

Mana mau cari gadis syantik begitu kalau bukan di Facebook.

Kebetulan saya memang bekerja menggunakan media sosial.Sudah tentu tidak boleh mengelakkan diri dari membuka Facebook.Ketika saya membaca status kawan-kawan Facebook, saya perasan ada seoramg kawan yang post sesuatu yang biasa-biasa.

Beberapa hari berlalu dan saya memang tidak kisahkan siapa dia.Entah dimana silapnya, pada suatu hari saya stalker dia punya Facebook profile.

Wow…syantik juga budak ini.Dia kurang aktif mengemaskini status Facebook.Ada sekali sekala post tentang bisnes.Ini dah kira bagus sebab gadis pilihan memang nak yang bisnes minded.

WAJIB BACA :   Pelajari Cara Memulakan Perniagaan Dalam 7 Ebook Terlajak Laris

Bermula dari situ saya mula perasan.Mentang-mentang nama saya Perasan.No wonder la selalu perasan.

Setuju ?

Ingat nama adalah doa.Nama bagus menjadi doa yang bagus.Begitulah sebaliknya.Islam larang umatnya mencela rupa seseorang dengan panggilan jelek,menguris hati dan perasaan.

Misalnya orang yang kontot,jangan dipanggil pendek atau yang lebih buruk dari itu.Kesian dia dan jika kita mengeji rupa seseorang seolah-olah kita mengeji Pencipta yakni Allah SWT.Minta dijauhkan.

Berbalik lagi dengan gadis syantik tadi.Saya pun pilih gambar dia yang terbaik.Bukan yang seksi.Jauh sekali pilih yang menampak aurat.

Saya download dan combine gambar dia dengan saya menggunakan aplikasi tertentu.

Pergh…

Bila dah siap  gambar kami bagaikan sepasang kekasih yang sepadan.Muka kami dua seakan-akan ada jodoh.Orang dulu-dulu kata seperti pinang dibelah dua.Kalau orang sekarang kata, so sweet atau bersemut la.

WAJIB BACA :   Cara Buat Fanpage Yang Superstar

Alangkah best juga kalau gadis syantik tersebut betul betul menjadi pasangan hidup buat Perasan hingga ke Jannah.

Cuma saya tidak boleh kongsikan gambar tersebut kerana dari segi moralnya tidak bagus.Biarlah rahsia saya dengan Maha Pencipta.

Wallahualam.

Penutup

Terus terang  admin akui cerita ini sebagai hiburan ringan semata-mata.Dalam pada itu ambil la sedikit sebanyak pengajaran yang bermanfaat.

Comments 27

Leave a Reply to Admin Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge