Perihal telefon, hari cuti dan masa 

Masa itu nyawa dan sangat berharga. Atas prinsip demikian saya amat menghormati dan sensitif dengan masa yang Allah SWT kurniakan kepada manusia.

Kurniaan masa yang ada perlu diurus dan dimanfaat sebaik mungkin terutama melibatkan perbuatan melayan telefon pada hari bercuti.

Saya bahagikan masa kepada tiga bahagian utama iaitu pada waktu pagi, petang dan malam.

Pada waktu pagi saya akan melayan telefon sekitar jam 7 pagi.

Jika ada kelapangan masa lagi, saya akan buka semula telefon sekitar jam 10 pagi.

Kalau saya rasa nak rehatkan fikiran dengan dunia luar, saya akan abaikan pada jam tersebut.

Pada sebelah petangnya pula, saya akan melayan telefon pada jam 2 petang dan sekali lagi pada jam 5 petang.

WAJIB BACA :   Cara cari barang dan produk popular pilihan ramai

Bagaimanpun sebelah malamnya saya semakin mengurangi masa melihat telefon pada pukul 9 malam.

Secara pukul rata, saya melayan telefon lima kali sahaja sehari pada waktu cuti atau waktu tidak bekerja.

Sejujurnya saya akui cara ini memberi kesan kurang baik juga kepada orang lain terutama ahli keluarga, rakan sekerja dan sahabat-handai.

Mana tidaknya, saya seperti sukar untuk dihubungi, lambat reaksi dalam grup WhatsApp dan kurang mesra dalam dunia ‘connecting people’.

Sungguhpun demikian, orang sekeliling perlu faham dan akur tentang prinsip menghormati masa privasi atau healing time seseorang.

Hari cuti bekerja bermaksud rehat fikiran, badan dan perasaan daripada memikirkan persoalan rutin pekerjaan.

Sebab hidup ini kadangkala perlu adil dengan diri sendiri tanpa menganiaya orang lain.

WAJIB BACA :   Tasbih digital dikebas budak...ini kisah pengajaran penting

Lebih-lebih lagi melibatkan masa dengan telefon yang semakin canggih tetapi melekakan.

Telefon saja yang pintar tetapi deria rasa dan empati manusia yang empunya telefon semakin kurang pintar.

Dapat sesuatu?

Kalau dapat tolonglah beritahu kepada orang lain pula.

20 thoughts on “Perihal telefon, hari cuti dan masa ”

  1. Wow.. Bagus untuk ketenangan diri sendiri.Tapi..tuhlah..Kadang ada orang cari.. Melainkan kalau bebetul urgent, perlulah call terus..Tidaklah saya off terus HP..Huhu..

    Saya elak bukak TikTok sebab takut terracun Shopping..Haha..

    Reply
    • antara kelemahan dunia moden ini…kita tetap terhubung apabila ada perkara urgent

      kalau betul nak cuti …pergilah tempat yang tiada line telefon hehehe

      Reply
  2. Contoh macam video orang yang bawa kereta potong di barisan berkembar dan langgar lori. Yang kena kecam adalah orang yang upload video itu. Bukan orang yang bawa kereta laju tu. Orang yang upload pula dipersalahkan, kenapa tak bunyikan hon, mungkin orang tu tak sedar ke, tertidur ke, apa ke. Dah terbalik pula. Itulah yang saya rasa, telefon saja yang pintar, tapi deria rasa dan empati orang sudah hilang entah ke mana.
    Saya setuju, bila hari cuti, kurang sikit tengok telefon. Baik habiskan masa buat kerja offline dan bersama keluarga.

    Reply
    • apa-apapun bersabarlah..

      cuma pesan saya…

      cari masa untuk healing time atau tiada gangguan untuk sehari dalam masa sebulan ke ?

      Reply
  3. Sebenarnya saya setuju. Kena ada masa juga tidak melihat telefon. Pernah ada seorang anak kawan baya anak saya mengadu kepada saya. Tiap kali keluar dengan mamanya….mamanya akan melihat telefon. Maknanya dia nak quality time dengan mamanya tanpa telefon. Dia minta saya tak memberitahu mamanya sebab takut mamanya kecil hati.

    Selalunya pagi….saya selalu buka whatsapp agak lewat…..sebelum tidur, saya pastikan wifi tidak on kerana pasti….whatsapp atau notification yang lain akan masuk. Memang kena ada prinsip juga penggunaan telefon ni. Apa pun bagi saya perkongsian yang baik dari post ni.
    Ezna recently posted…Selepas Hari Guru….Hari Jadi saya pula…… | 17 Mei 2024My Profile

    Reply
    • yelah kan…

      sebab isu atau perkara ini sudah dekat dengan kehidupan kita

      terima kasih juga kerana sudi berkongsi satu cerita yang boleh juga kita jadikan pengajaran

      Reply
  4. saya sudah menerapkan ini lama. di kantor memang waktunya kerja, tapi di rumah saya pilih utk tak menjawab telp kantor kecuali darurat sangat.

    tapiiii terkadang hal ini hanya bisa dilakukan oleh segolongan orang saja 😄

    suami saya tak bisa.

    karena jabatan dia juga, jadi terkadang masih harus menjawab telp dari banyak colleagues even weekend. belum lagi dari atasan -atasan utama dia. terkadang posisi yang sudah tinggi agak susah untuk bisa santai dengan keluarga.

    bahkan cuti saja ditelp juga. dan susah mencari hari yg pas buat take leave. makanya saya lebih sering traveling dengan teman akhir2 ini , Krn memang kesibukan suami yg dah tau waktu 😅

    Reply
    • kesian juga kan..

      masa untuk diri sendiri sudah tiada

      memang saya faham…bekerja pada level atas, cabarannya adalah tiada masa untuk diri sendiri dan keluarga.

      banyak berhubung dengan orang lain..sehingga nak berhubung dengan keluarga pun tiada kesempatan

      Reply
  5. Mun kmk hari cuti layan hp utk keluarga.. sbb x sama rumah dgn adik beradik, ada adik jauh juak so tetap pegang hp ‘berloyar’ dgn sidak di masa lapang.. time polah keja umah, keja… keja hakiki alhamdulillah dah jarang diganggu bila waktu cuti

    Reply

Leave a comment

CommentLuv badge