Peritnya GST Untuk Reload Telefon

Peritnya GST Untuk Reload Telefon…Pelaksanaan GST atau Cukai Perkhidmatan Kerajaan memang terasa peritnya.Maaf bukan artikel ini nak menghasut.Tetapi sekadar luahan hati rakyat yang biasa yang tinggal bahagia di negara yang tercinta ini.

GST banyak baik dan banyak juga buruknya.Namun tak adil untuk membesarkan keburukan.Sebaliknya tidak juga terlalu ideal untuk terus membesarkan kebaikan GST untuk menutup kelemahan pelaksanaan GST.

Dalam entri ini saya nak berkongsikan pengalaman sendiri sebagai pengguna telefon bimbit yang terpaksa berhadapan dengan kenaikan kos untuk membayar reload telefon.Sudah naik 6 peratus.

Dengan pembelian top up atau reload telefon yang bernilai RM30 kita terpaksa membayar tunai RM31.80.Kenaikan 6 peratus itu nampak kecik sehaja.Sebaliknya kesan kenaikan itu telah mengurangkan aliran tunai dalam tangan.Poket semakin hari semakin nipis.

reload telefon

Penambahan 6 peratus GST terhadap nilai top up terpaksa ditanggung oleh rakyat.Pihak syarikat telekomunikasi tiada menanggung apa-apa.Mereka terus menjana wang dan boleh mengabaikan kerugian atau penurunan untung.Jumlah perolehan  pendapatan  syarikat terus berkembang sehingga membolehkan golongan yang terlibat dalam pengurusan terus menikmati kelebihan tersebut.

Golongan paling ramai di Malaysia adalah pengguna.Mereka tiada pendapatan tetap apatah lagi ada jaminan kerjaya.Apa yang berlaku hari ialah golongan yang berpendapatan rendah ini menyumbang keuntungan luar biasa kepada syarikat telekomunikasi.Nasib baik ada ura-ura yang nak mengubah GST pada reload telefon.Yang peliknya mengapa tidak dilaksana segera.Sebaliknya perlu menunggu beberapa bulan lagi.

Saya tidak pasti bagaimana keadaannya jika rakyat berpakat untuk tidak reload selama sebulan handphone mereka.(pengguna prabayar).Yang pasti dunia komunikasi akan sunyi sepi selama sebulan.

Penurunan jualan relaod akan terasa.Begitu juga dengan pungutan GST dalam bulan tersebut.Adakah kita boleh hidup.Memang boleh cuma kurang selesa kerana tabiat kita bersama telefon bimbit (majoriti telefon pintar) bagaikan aur dengan tebing.Berpisah tiada dan setia sepanjang masa.

{sekilas pandang}

Sebagai insan yang bijak sudah tentu keluh resah dan rasa tidak puas begini tidak akan dilayan setiap saat yang berlalu.

Sekarang sudah tiba masa untuk menambah pendapatan dan keluar dari zon selesa.

Cara mudah dengan memulakan langkah kanan melalui Program Terpantas Jana Income Online >>>http://linksaya.biz/kliksini

(Visited 9 times, 1 visits today)

20 thoughts on “Peritnya GST Untuk Reload Telefon

  1. Itu aanya, hari tuh belikan topup tuk adek.. sardin jer bayo RM30 then tros bla.. tros dak kat konter tuh jerit.. akak tak cukup nih,…. wakakaka…

Leave a Comment

CommentLuv badge