Perkahwinan dalam Islam adalah ibadah.Satu ibadah yang nilainya bukan pada ukuran dunia tetapi menjurus kepada kehidupan yang kekal abadi di akhirat kelak.
Lihat sahaja maksud ayat al Quran ini,
“Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingati (kekuasaan Kami dan mentauhidkan Kami) akan kebesaran Allah.” (Surah Adz-Dzariyaat 51; Ayat 49)
Malah admin tetap percaya akan maksud hadis ini pula,
“Wahai para pemuda! Sesiapa di antara kamu telah mampu berkahwin, maka bernikahlah. Kerana nikah itu dapat menundukkan mata dan memelihara faraj (kelamin) dan sesiapa tidak sanggup, maka hendaklah berpuasa kerana puasa itu dapat membendung syahwat.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Table of Contents
Pendapat admin dalam perkahwinan dalam Islam
Perlu admin ingatkan bahawa penulisan ini bukan ilmiah tetapi sekadar perkongsian pendapat dan pandangan peribadi.
Jika ingin penjelasan lebih sahih boleh merujuk kepada pihak yang bertauliah seperti ustaz atau ustazah ataupun pihak majlis Islam.
Ini pendapat admin semata-mata dan hasil rujukan dari beberapa sumber online.
Harap maklum.
Menurut huraian dari Wikipedia ,perkahwinan dalam Islam merujuk kepada nikah.
Menurut bahasa ialah berkumpul dan bercampur.
Menurut istilah syarak pula ialah Ijab dan Qabul (‘aqad) yang menghalalkan persetubuhan antara lelaki dan perempuan yang diucapkan oleh kata-kata yang menunjukkan nikah, menurut peraturan yang ditentukan oleh Islam.
Perkataan zawaj digunakan di dalam al-Quran bermaksud pasangan dalam penggunaannya perkataan ini bermaksud perkahwinan Allah s.w.t. menjadikan manusia itu berpasang-pasangan, menghalalkan perkahwinan dan mengharamkan zina
Halalnya hubungan persetubuhan adalah tunjang utama dalam perkahwinan dalam Islam.
Bukan juga bermaksud berkahwin untuk tujuan bersetubuh semata-mata.
Berkahwin jalan terbaik dalam memastikan martabat kaum wanita terpelihara.
Maruah lelaki pula terjaga dengan keimanan dan kesucian agama.
Asasnya.
Perkahwinan adalah bukti sebenar cinta lelaki dan wanita dalam hidup mereka.
Perkahwinan dalam Islam
Bagaimanapun hukum perkahwinan dalam Islam ada 4 kategori.
1.Wajib
Seseorang itu wajib berkahwin jika mempunyai nafsu yang galak dan tinggi.
Jika tidak berkahwin segera akan membawa kemudaratan yang besar kerana dikhuatiri berzina.
Golongan ini ada syaratnya juga.
Nafsu sahaja tinggi tetapi duit tiada tak boleh pakai juga.
Orang yang wajib kahwin kerana nafsu yang tinggi dan kemampuan untuk menyara anak isteri.
Golongan wanita pula boleh segera mencari calon suami jika merasa diri mereka sudah mempunyai keinginan yang tinggi untuk bersetubuh.
Namun antara lelaki dan wanita, kecenderungan untuk bersetubuh mestilah kepada golongan lelaki.
Kalau tidak, masakan Islam membenarkan lelaki boleh berkahwin secara berpoligami.
Itupun ada syaratnya.
Mampu zahir dan mampu batin.
Oh ya.
Bagaimana pula dengan lelaki yang kuat nafsu tetapi belum mampu dari segi kewangan ?
Kahwin sahaja tetapi ketika sudah beristeri jangan pula tidak berikthiar mencari wang.
Itu zalim namanya.
Tapi.
Wanita mana yang sanggup bersuamikan lelaki yang tiada pekerjaan ?
Cuba padah ngan kamek lok !! (slang Sarawak)
hahahaha
2.Sunat
Mereka yang mampu dari segi zahir dan batin.
Erti kata lain, ada pekerjaan atau bisnes yang boleh dijadikan sumber pendapatan dan mampu menaikkan “something’ yang berada bawah perut mereka.
hehehehe.
Sungguhpun begitu mereka boleh mengawal nafsu dengan baik.
Misalnya melihat wanita jelita dan dara tetapi masih ‘cool’.
Untuk wanita pula,mereka tidak kisah nak kahwin atau tidak.
Perkara biasa je.
Tak de pekena ‘yang tu pun’ masih steady .
3.Harus
Inilah hukum utama dalam perkahwinan dalam Islam.
Orang yang tidak ada padanya galakan dan bantahan untuk berkahwin dan ini merupakan hukum asal perkahwinan.
Alamak susah nak faham.
Dalam erti kata yang lain orang yang harus berkahwin ialah tidak ada sesuatu yang mendesak atau mengharamkannya berkahwin.
Nafsu untuk bersetubuh sederhana sahaja.
Tidak kurang dan tidak lebih.
Kemampuan kewangan pula stabil.
Tidak susah dan tidaklah kaya sangat.
Semua dalam moderate level bah!
Masih ada tak lelaki jenis begini ?
4.Makruh
Ada dua situasi.
Nafsu bersetubuh ada tetapi tidak mampu menyediakan keperluan zahir.
Mampu menyediakan keperluan zahir tetapi tiada pulak nafsu untuk bersetubuh.
Tak boleh juga begitu kerana boleh memudarat pihak isteri.
Isteri adalah manusia biasa dan memang dipakej sekali dengan kemahuan dan keinginan untuk digauli semasa persetubuhan.
5.Haram
Paling senang nak faham.
Orang tersebut memang tidak mampu zahir dan batin.
Keperluan zahir sendiri tidak mampu apatah lagi nak menyara diri orang lain.
Oh kasihan.
Malah nafsu untuk bersetubuh sudah pada level kosong.
Lupakan alam perkahwinan.
Mungkin ini ujian kepada mereka dalam alam yang fana ini.
Kesimpulan untuk perkahwinan dalam Islam
Perkahwinan dalam Islam telah diberi garis panduan yang begitu cantik sekali.
Jangan pula nak memandang sinis atau berfikir yang bukan-bukan kepada mereka yang belum berkahwin.
Mungkin mereka diuji dalam kategori syarat berkahwin no 4 dan 5.
Mereka yang berada dalam kategori no 1 dan no 2 cepat-cepatlah berniat untuk segera berkahwin.
Jangan lupa untuk mengambil Pakej Fotografi Perkahwinan.
Dah berkahwin akan tenang jiwa,raga dan barang yang berada bawah perut tu
Percayalah.
Justeru sangat beruntung kepada mereka yang berada dalam syarat no 3.
Nak kahwin boleh.
Tak nak kahwin pun boleh.
Cuma perlu ingat perkahwinan adalah lumrah dalam kehidupan dan sunnah para nabi dalam ajaran Islam.
Admin mohon maaf jika ada bahasa yang kurang elok.
Eh!
Pembaca pulak dalam kategori yang mana satu ?
Teringat subjek fardhu ain masa belajar kat sekolah dulu 🙂
hahahaha..
bayangkan dekat sekolah lagi sudah diajar benda asas perkahwinan..
bila habis sekolah harap ramai yang faham dan hayati asas perkahwinan ini
Abe kie dah 3x nukah.
alhamdulilah.
ada 3 kali jodoh tu
bagus tulisan ini bagi bacaan anak muda remaja / purba yang terasa nak melangkah ke gerbang perkahwinan.
kita dah kategori pasangan pengantin purba, admin ooii
kategori purba tak pe..
jangann yang no. 5.
kasihan juga la
level harus nikah..
masih ok bro..
in shaa Allah
saya doakan bro Hafiz dipermudahkan untuk bernikah..
rileks je
hehehe
betul tu
perkongsian yang menarik
ya memang betul.
Hans bila nak kahwin ?
nikah kahwin bkn perkara yg boleh di amik mudah kan….
sbb tu ada syarat2 yg perlu di patuhi perlu di ikut… sbb tu di wajibkan pg kursus kawin kan… biar tau tanggungjwb yg betul bila berumahtangga tuh
tahu tak pe..
kahwin adalah komitmen seumur hidup..
tak boleh fikr sambil lewa,
Alhamdulillah… Boleh dijadikan sebagai renungan dan ulangkaji semula mana yang dah terlupa….
Anuar recently posted…Contest SEO : Pakej Fotografi Perkahwinan. Hadiah berjumlah RM30870 untuk dimenangi!
sangat penting…
sebagai persediaan untuk kahwin..
tuan beruntung dan saya juga beruntung…
sebab masih dan pernah alami perkahwinan
Perkahwinan adalah tanggungjawab yang akan ditanya Alah di akhirat nanti. Setiap pasangan ada tanggungjawab masing-masing. Bila dapat ditunaikan tanggungjawab ini berlandaskan kehendak agama. Selamat dunia akhirat.
sebaik-baiknya itu cara berfikir orang yang bakal dan sudah berkahwin.
barulah bahagia rumahtangga.
rasa mcm buka balik buku teks pendidikan islam 😉
tu cara old school la…
sign surat nikah ..
dan praktikkan teori dalam buku teks tu..
barulah cara terkini dan diakui sah.
hehehehe