Asas Perkahwinan Dalam Islam Yang Ramai Nak Tahu Sebelum Nikah

Perkahwinan dalam Islam adalah ibadah.Satu ibadah yang nilainya bukan pada ukuran dunia tetapi menjurus kepada kehidupan yang kekal abadi di akhirat kelak.

Lihat sahaja maksud ayat al Quran ini,

Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingati (kekuasaan Kami dan mentauhidkan Kami) akan kebesaran Allah. (Surah Adz-Dzariyaat 51; Ayat 49)

Malah admin tetap percaya akan maksud hadis ini pula,

Wahai para pemuda! Sesiapa di antara kamu telah mampu berkahwin, maka bernikahlah. Kerana nikah itu dapat menundukkan mata dan memelihara faraj (kelamin) dan sesiapa tidak sanggup, maka hendaklah berpuasa kerana puasa itu dapat membendung syahwat. (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Pendapat admin dalam perkahwinan dalam Islam

Perlu admin ingatkan bahawa penulisan ini bukan ilmiah tetapi sekadar perkongsian pendapat dan pandangan peribadi.

Jika ingin penjelasan lebih sahih boleh merujuk kepada pihak yang bertauliah seperti ustaz atau ustazah ataupun pihak majlis Islam.

Ini pendapat admin  semata-mata dan hasil rujukan dari beberapa sumber online.

Harap maklum.

Menurut huraian dari Wikipedia ,perkahwinan dalam Islam merujuk kepada nikah.

Menurut bahasa ialah berkumpul dan bercampur.

Menurut istilah syarak pula ialah Ijab dan Qabul (‘aqad) yang menghalalkan persetubuhan antara lelaki dan perempuan yang diucapkan oleh kata-kata yang menunjukkan nikah, menurut peraturan yang ditentukan oleh Islam.

Perkataan zawaj digunakan di dalam al-Quran bermaksud pasangan dalam penggunaannya perkataan ini bermaksud perkahwinan Allah s.w.t. menjadikan manusia itu berpasang-pasangan, menghalalkan perkahwinan dan mengharamkan zina

perkahwinan dalam islam

Halalnya hubungan persetubuhan adalah tunjang utama dalam perkahwinan dalam Islam.

WAJIB BACA :   Beli Tetikus Untuk Keperluan Kerja

Bukan juga bermaksud berkahwin untuk tujuan bersetubuh semata-mata.

Berkahwin jalan terbaik dalam memastikan martabat kaum wanita terpelihara.

Maruah lelaki pula terjaga dengan keimanan dan kesucian agama.

Asasnya.

Perkahwinan adalah bukti sebenar cinta lelaki dan wanita dalam hidup mereka.

Perkahwinan dalam Islam

Bagaimanapun hukum perkahwinan dalam Islam ada 4 kategori.

1.Wajib

Seseorang itu wajib berkahwin jika mempunyai nafsu yang galak dan tinggi.

Jika tidak berkahwin segera akan membawa kemudaratan yang besar kerana dikhuatiri berzina.

Golongan ini ada syaratnya juga.

Nafsu sahaja tinggi tetapi duit tiada tak boleh pakai juga.

Orang yang wajib kahwin kerana nafsu yang tinggi dan kemampuan untuk menyara anak isteri.

Golongan wanita pula boleh segera mencari calon suami jika merasa diri mereka sudah mempunyai keinginan yang tinggi untuk bersetubuh.

Namun antara lelaki dan wanita, kecenderungan untuk bersetubuh mestilah kepada golongan lelaki.

Kalau tidak, masakan Islam membenarkan lelaki boleh berkahwin secara berpoligami.

Itupun ada syaratnya.

Mampu zahir dan mampu batin.

WAJIB BACA :   Dua rahsia orang berjaya yang wajib diketahui

Oh ya.

Bagaimana pula dengan lelaki yang kuat nafsu tetapi belum mampu dari segi kewangan ?

Kahwin sahaja tetapi ketika sudah beristeri jangan pula tidak berikthiar mencari wang.

Itu zalim namanya.

Tapi.

Wanita mana yang sanggup  bersuamikan lelaki yang tiada pekerjaan ?

Cuba padah ngan kamek lok !! (slang Sarawak)

hahahaha

2.Sunat

Mereka yang mampu dari segi zahir dan batin.

Erti kata lain, ada pekerjaan atau bisnes yang boleh dijadikan sumber pendapatan dan mampu menaikkan “something’ yang berada  bawah perut mereka.

hehehehe.

Sungguhpun begitu mereka boleh mengawal nafsu dengan baik.

Misalnya melihat wanita jelita dan dara tetapi masih ‘cool’.

Untuk wanita pula,mereka tidak kisah nak kahwin atau tidak.

Perkara biasa je.

Tak de pekena ‘yang tu pun’ masih steady .

perkahwinan dalam Islam

3.Harus

Inilah hukum utama dalam perkahwinan dalam Islam.

Orang yang tidak ada padanya galakan dan bantahan untuk berkahwin dan ini merupakan hukum asal perkahwinan.

Alamak susah nak faham.

Dalam erti kata yang lain orang yang harus berkahwin ialah tidak ada sesuatu yang mendesak atau mengharamkannya berkahwin.

Nafsu untuk bersetubuh sederhana sahaja.

Tidak kurang dan tidak lebih.

Kemampuan kewangan pula stabil.

Tidak susah dan tidaklah kaya sangat.

Semua dalam moderate level bah!

Masih ada  tak lelaki  jenis begini ?

4.Makruh

Ada dua situasi.

WAJIB BACA :   Bisnes Tudung Je Tapi Income RM15 Ribu Sebulan..Betul Ke Nie ?

Nafsu bersetubuh ada tetapi tidak mampu menyediakan keperluan zahir.

Mampu menyediakan keperluan zahir tetapi tiada pulak nafsu untuk bersetubuh.

Tak boleh juga begitu kerana boleh memudarat pihak isteri.

Isteri adalah manusia biasa dan memang dipakej sekali dengan kemahuan dan keinginan untuk digauli semasa persetubuhan.

5.Haram

Paling senang nak faham.

Orang tersebut memang tidak mampu zahir dan batin.

Keperluan zahir sendiri tidak mampu apatah lagi nak menyara diri orang lain.

Oh kasihan.

Malah nafsu untuk bersetubuh sudah pada level kosong.

Lupakan alam perkahwinan.

Mungkin ini ujian kepada mereka dalam alam yang fana ini.

perkahwinan dalam Islam

Kesimpulan untuk perkahwinan dalam Islam

Perkahwinan dalam Islam telah diberi garis panduan yang begitu cantik sekali.

Jangan pula nak memandang sinis atau berfikir yang bukan-bukan kepada mereka yang belum berkahwin.

Mungkin mereka diuji dalam kategori syarat berkahwin no 4 dan 5.

Mereka yang berada dalam kategori no  1 dan no 2 cepat-cepatlah berniat untuk segera  berkahwin.

Jangan lupa untuk mengambil Pakej Fotografi Perkahwinan.

Dah berkahwin akan tenang jiwa,raga dan barang yang berada bawah perut tu

Percayalah.

Justeru sangat beruntung kepada mereka yang berada dalam syarat no 3.

Nak kahwin boleh.

Tak nak kahwin pun boleh.

Cuma perlu ingat perkahwinan adalah lumrah dalam kehidupan dan sunnah para nabi dalam ajaran Islam.

Admin mohon maaf jika ada bahasa yang kurang elok.

Eh!

Pembaca pulak dalam kategori yang mana satu ?

Comments 17

Leave a Reply to Admin Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge