15 Petanda Ajaib Untuk Lelaki Segera Ke Alam Perkahwinan

Jika anda seorang lelaki yang mempunyai petanda ajaib berikut maka bersegera untuk melangkah ke alam perkahwinan.Dalam erti kata yang lebih halus sudah sampai seru.Bersedia atau tidak, jodoh sudah menemui anda.

Dengan siapa anda berjodoh semuanya adalah takdir Allah.

Jom kita baca 15 petanda ajaib yang admin kongsikan sebagai panduan asas.Mungkin untuk mereka yang masih mencari dan tengah berusaha mendapat jodoh.

1.Hati yang selalu kesepian

Biarpun anda dikelilingi ramai kawan dan sanak saudara namun jauh dalam hati masih juga rasa kesepian.Perasaan tersebut semakin lama semakin menghimpit jiwa.

Jika tidak diatasi segera lama-kelaman timbul tekanan perasaan.

Cara nak atasi, mudah sahaja.

Berkahwin.

2.Hidup yang berserabai

Makan minum tidak tentu.Kain baju entah berbasuh atau tidak.Daripada kaca mata orang lain anda jenis pemalas.

Cuma anda merasakan kehidupan begitu berserabut.Anda tidak kisah dengan keadaan sekeliling.

Orang begini perlukan isteri yang boleh jadi tukang kemas atau tukang bebel untuk memperbetulkan kembali hidup agar tidak berserabai.

3.Nafsu cenderung kepada perempuan

Lumrah lelaki suka kepada perempuan.Tidak kira lelaki tersebut sudah beristeri satu atau nak tambah satu lagi.Lelaki solo tahap kecenderungan terhadap perempuan lagilah tinggi.

Sebelum perkara kurang elok berlaku adalah lebih molek bersegera untuk berumahtangga.Adanya isteri disisi kecenderungan kepada perempuan boleh berkurangan.

Nak hapuskan sama sekali, memang mustahil juga selagi lelaki tersebut masih spesies normal.

WAJIB BACA :   Alangkah bestnya jadi seorang jutawan...nak tahu wajib baca !

4.Fikiran fokus kepada perempuan

Lelaki dan perempuan umpama magnet.Saling tertarik satu sama lain.

Jika ada lelaki dalam kategori ini wajar sekali untuk berumahtangga.

Sebab fokusnya nanti akan terarah kepada isteri.Jika belum berkahwin maka fokus untuk perkara lain tidak menentu.Fikirannya asyik fikir perempuan.

Pandang kiri fikir perempuan.

Pandang kanan fikir perempuan.

Lebih parah jika tengah solat juga fikir perempuan.Alangkah bagus fikirkan isteri berbanding perempuan lain yang belum sah milik kita.

syarat wajib kahwin

5.Mengimpikan kebahagiaan seperti orang lain

Tanyalah mana-mana manusia yang masih hidup, mereka pasti ingin bahagia, disayangi dan dibelai manja.

Jika tidak berkahwin mereka hanya memandang dari jauh kebahagiaan orang lain.

Yang sedihnya menangis di bucu katil seorang diri.

Oh ..tidak.

Memang tidak patut lelaki boleh bertindak sedemikian rupa.

6.Perasaan sayang kepada kanak-kanak

Lelaki tampak lebih hebat jika menyayangi kanak-kanak.Mereka bukan bersikap keanak-anakan.

Jika anda suka kanak-kanak dan dalam hati ada keinginan untuk memiliki anak sendiri memang sah jodoh ada sudah dekat.

Bersiap sedia untuk mencari pasangan hidup yang sesuai.Carilah dan sesiapa mencari insha Allah akan berjumpa jodoh.

7.Jatuh cinta kepada seseorang yang berlainan jantina

“ Baik- baik awak jalan ye!, nanti awak jatuh.Awak juga yang susah”

” Jatuh apa bendanya ?”

“ Jatuh cinta dengan awak le…”

Pick up zaman sekarang ini memang macam tu.Mula-mula sekadar mengusik.Lama-kelamaan menjadi serius.Kesudahnya menjadi jodoh.

Betul tak ?

Orang yang sudah jatuh cinta dengan seseorang lebih bermotivasi untuk segera berkahwin.Biasalah ingin hidup bersama, sama ada susah atau senang.

Sungguhpun begitu belum bercinta pun boleh juga berkahwin dan percintaan boleh dilangsungkan selepas perkahwinan.Itu yang lebih baik dan lebih molek.

8.Gelojak hawa nafsu yang sukar dikawal

Harap-haraplah lelaki dalam kategori ini sudah ada kerja yang berpendapatan tetap dan pegangan agama yang mantap.

Memang sukar menghadapi gelojak hawa nafsu.Tambahan pula hawa nafsu seperti lahar gunung berapi yang boleh meletus bila-bila masa.

WAJIB BACA :   20 Kisah Mualaf Yang Gegar Dunia Islam [ Edisi kemas kini ]

Apa tunggu lagi.

Jika mampu kewangan dan sihat tubuh badan maka carilah pasangan hidup yang sesuai.Usah menunggu lagi kerana nafsu yang tidak disalurkan pada tempat yang betul membawa mudharat.

9.Sering melakukan perbuatan melancap

Antara mudarat kepada diri sendiri ialah mengundang perbuatan melancap.Agama Islam melarang perbuatan tersebut dan diklafikasikan salah satu bentuk dosa.

Hari-hari melancap maka hari-hari berbuat dosa.

Penyelesaian terbaik segeralah berkahwin.Belum mampu untuk berkahwin segeralah berpuasa sunat.

Mudah-mudahan hawa nafsu boleh dikawal dan ditundukan dengan berkahwin atau berpuasa.

10.Dorongan bersenggama yang tinggi

Sungguhpun tidak semua lelaki diuji dengan dorongan bersenggama yang tinggi namun bagi mereka yang ada ujian begini wajar mencari  isteri dengan kadar segera.

Jika tidak demikian boleh mengundang dua perkara.Perbuatan zina dan merogol orang.

Minta dijauhkan dengan kejahatan demikian.

Perempuan yang sesuai untuk dipadankan dengan lelaki jenis ini mestilah juga bernafsu senggama tinggi.Keseimbangan sifat demikian akan membentuk keharmonian rumahtangga.

Tersalah pilih mencetus perbalahan dan ketidakpuasan batin.

Usah bertangguh lagi untuk berkahwin kerana titik penyelesaian kepada gelojak nafsu bersenggama hanya boleh diredakan dengan adanya isteri yang sah.

11.Rasa teruja menerima kad jemputan kahwin

Menerima kad jemputan kahwin akan memberi satu perasaan teruja.Rasa gembira melihat kawan atau ahli keluarga sudah berada dijinjang pelamin.

Tersentak dalam hati dengan pelbagai soalan.

Saya bila lagi ?

Saya pun nak kahwin juga ?

Nak kahwin tetapi tak nak bersanding ?

Orang yang  teruja dengan cerita perkahwinan sudah berada di ambang perkahwinan.Topik bicara mereka hampir semua menjurus kepada alam perkahwinan.

12.Selalu berdoa tentang jodoh

Usaha dan doa saling berkait untuk mendapatkan sesuatu.Sama juga dalam bab mencari jodoh.

Lelaki yang sering berdoa kepada Allah SWT tentang jodohnya memang sah ingin untuk berkahwin.Mungkin cepat atau lambat jodohnya.

Namun perancangan Allah untuknya begitu cantik dan terbaik.

WAJIB BACA :   Pengalaman Pertama Merayakan Hari Raya Puasa Seorang Diri

Terus sahaja berdoa dan merintih mohon pertolongan kepada Allah.Semoga jodoh anda akan tiba juga atas berkat doa dan usaha yang istiqamah.

buat duit online

13.Serius untuk menyimpan duit perkahwinan

Duit yang banyak bukan syarat utama kebahagiaan dalam perkahwinan.Namun duit yang mencukupi adalah keperluan mendesak.

Ada duit boleh melancarkan segala urusan.Mungkin urusan akad nikah, kenduri kesyukuran dan mas kahwin.

Belum cukup duit usahakan menabung cukup-cukup untuk membeli keperluan semasa sebelum,semasa dan selepas perkahwinan

“Alamak.Susahnya kalau begini.”

Tak juga susah jika sudah bersedia dan bertindak bijak dalam pengurusan kewangan.

14.Berangan dengan majlis perkahwinan

Dalam benak fikiran mereka sudah terbayang pelamin.Dalam ruang minda mereka sudah diimaginasi majlis perkahwinan.

Tidak kurang juga hal-hal berkaitan dengan malam pertama dan mood berbulan madu.Semua ini menjadi petanda mereka bakal berkahwin tidak lama lagi.

Pasangan sudah ada.Keluarga sudah merestui.Langkah seterusnya cuma menanti saat-saat yang manis dan berbahagia sahaja.

Mudah sebenarnya untuk menuju alam perkahwinan jika itu suratan jodoh yang telah Allah tetapkan kepada mereka yang memang ada niat untuk berkahwin.

15.Berazam untuk menyempurnakan nilai takwa

Biarpun point terakhir ini  terletak pada kedudukan terbawah sekali namun ianya adalah asas dan tunggak utama mendasari perkahwinan yang sebenar.

Kahwin bukan semata-mata kerana nafsu.

Kahwin bukan kerana desakan masyarakat

Kahwin bukan ikut kawan-kawan.

Sebaliknya perkahwinan untuk mendapat nilai takwa yang lebih sempurna.Perkahwinan usaha murni untuk mengikuti sunnah nabi.

Perkahwinan untuk mendapat rahmat, kasih sayang dan sakinah daripada Allah.

Lagi cepat mendapat jodoh lagi bagus untuk mendapat nilai takwa.Ia intipati kehidupan kepada mereka yang ikhlas mentaati ajaran agama.

Kesimpulan

Perkahwinan bukan untuk percubaan sehari dua atau setahun dua.Perkahwinan adalah komitmen dan ikatan kasih kekal abadi.

Tiket mudah untuk isteri solehah memasuki Jannah.

Pintu amal untuk suami soleh  dalam merebut ganjaran pahala sebagai bekalan bertemu Allah SWT.

Baik atau buruk pasangan adalah tanggungjawab sendiri untuk memperbaiki diri agar lebih baik dan semakin baik.

Percayalah cepat atau lambat jodoh seseorang adalah ketentuan Allah.Manusia hanya berusaha dan merencanakan kehidupan agar selari dengan tuntutan agama.

Akhir kata, jika sudah ada petanda ajaib yang dibahaskan tersebut mengapa sangsi lagi untuk berkahwin.

Ayuh berkahwin kerana perkahwinan adalah pakej kebahagiaan, tanggungjawab dan amanah sehingga ke akhir hayat.

Untuk dunia.Untuk akhirat.

Inilah kehidupan dalam beribadat.

p/s : Selamat pengantin baharu 2019 !!

Comments 20

Leave a Reply to Encik Hafiz™ Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge