Perniagaan Dalam Talian Realiti Masa Kini

Perniagaan dalam talian mula mendapat perhatian sedekad yang lalu.Kini perniagaan dalam talian menjadi bual bicara dimana-mana.Masing-masing ada cerita yang hebat.Cerita kejayaan dan cerita kegagalan.

Saya ajak pembaca untuk memahami senario ini dari dulu,kini dan akan datang.

Mari kita mulakan.

Maksud perniagaan dalam talian menurut Wikipedia:

“Perniagaan elektronik (e-niaga) atau perniagaan Internet adalah suatu kaedah perniagaan yang membolehkan seseorang berniaga melalui Internet atau ICT.

Konsep perniagaan Internet tidak jauh berbezanya dengan perniagaan konvensional. Peniaga masih memerlukan produk untuk dijual dan memerlukan pelanggan untuk membeli.

Perbezaannya hanyalah proses transaksi urusniaga tersebut di mana urus niaga tersebut dijalankan secara dalam talian.

Pihak pembeli dan penjual tidak perlu bersemuka dan
boleh berada beribu-ribu batu jauhnya.”

Perkembangan perniagaan dalam talian

perniagaan dalam talian

Pada tahun 1998 perniagaan atas talian mula langkah kanan  dengan penuh bergaya.Syarikat Lelong menjadi  syarikat tempatan yang pertama ketika itu.

Seterusnya pada tahun 2001, syarikat Airasia memulakan kempen membeli tiket secara online.

Tahun 2004 pula ebay dilancarkan dan kemudian diikuti oleh Mobile88 sebagai syarikat penyedia pembayaran dalam talian.

Selepas itu perkembangan sangat pesat dan tidak terkejar oleh kita secara umumnya.

Dunia terus berubah.Perubahan perniagaan yang dibawa oleh teknologi pantas,cepat dan meluas kesannya.

Dalam pada itu ada kebaikan membeli barangan melalui internet.

Begitu juga dengan keburukan perniagaan dalam talian kepada pengguna.

Biasa hukum dunia.Tiada yang sempurna.

Kebaikan perniagaan dalam talian

perniagaan digital

1.Pasaran tanpa sempadan

Anda boleh jual produk kepada penduduk di kawasan Eskimo.Produk yang berpotensi mungkin seluar dalam.[contoh]

Jauh sungguh tu.Undang undang pun tidak larang kita jual baju dalam kepada penduduk nomad di Afrika [ kalau ada talian intenet kat sana ]

2.Modal permulaan yang rendah

Tak perlu kedai,stor atau gudang untuk simpan produk.Pendek kata bermula dengan apa yang ada di rumah

Bandingkan dengan perniagaan konvensional paling kurang dalam RM1K.Itu memang tak cukup pun.

3.Kurang risiko 

Memang ada orang kata.Lagi tinggi risiko maka lagi tinggi untung.Saya tak setuju sangat.Anda pun sama dengan saya.Kita mengaku lebih baik kurang risiko jika nak berniaga.

Perniagaan dalam talian diakui kurang risiko.Misalnya risiko rugi kerana menggunakan modal yang rendah.

4.Masa yang anjal

Oleh sebab kedai online buka 24 jam anda menjalankan perniagaan sesuka hati.Jika nak lebih berdisiplin boleh gunakan waktu pejabat sebagai garis panduan.

Kaum surirumah memang disarankan untuk buat kajian perniagaan dalam talian.Sebab nak memudahkan mereka urus masa bisnes dan rumahtangga.

Bila dah mahir dapat meningkatkan potensi kejayaan.

5.Boleh dilakukan dimana-mana

Inilah kebaikan yang utama.Anda boleh menjalankan aktiviti perniagaan tidak kira di mana berada.

Yang pentimg ada isyarat internet untuk menghidupkan data.Selepas itu boleh berurus niaga macam biasa.

Sebelum ini saya pernah tulis perkara yang hampir serupa dalam artikel Cara Buat Bisnes Online Yang Menguntungkan

Realiti Perniagaaan Dalam Talian Masa Kini

perniagaan dalam talian terkini

Kewujudan media sosial merancakkan lagi aktiviti perniagaan online.

Dulu ramai usahawan online bergantung harap dengan database emel dan landing pages.

Kini kita ada 7 saluran media sosial yang boleh dijadikan saluran pemasaran.Bukan itu sahaja boleh dikatakan pintu utama dan pintu terakhir untuk dapatkan jualan.

1.Facebook

Media sosial yang sangat popular dan mendominasi kehidupan seluruh dunia.Dalam Facebook ramai yang sekadar bersosial.Tidak kurang juga yang mengambil peluang untuk menjalan perniagaan atas talian.

Boleh guna wall profile,group dan pages sebagai platform membina jenama dan aktiviti promosi.Paling popular menggunakan cara berbayar iaitu FB ad.

Jika belum ada modal besar boleh juga belajar dari artikel >>  Mulakan Branding Dan Bisnes Anda Di Facebook Tanpa Kos!

2.Instagram 

Satu platform yang sangat disukai ramai oleh para usahawan perniagaan kecantikan,fesyen dan kesihatan.Kesan visualisasi dari imej dan video dalam instagram memang mengancam.

Tambahan pula Instagram milik Facebook maka mudah untuk dua media sosial ini berkolibarasi.Kesnya sama seperti Youtube dengan Google.

Follower yang ramai akan memberi potensi untuk berjaya buat promosi.Hebat promosi maka cerah juga untuk mendapat jualan.

3.Twitter

Sekali pandang macam ketinggalan kalau menggunakan media sosial Twitter.Namun jangan sebelah mata kerana Twitter adalah sumber untuk mendapatkan follower yang ramai.

Kuasa tweet tidak mustahil boleh menjadi viral.Dalam Twittter  anda boleh meletakkan link bisnes.

4.Youtube

Satu saluran yang hebat.Kuasa video amat berpengaruh.Ramai yang suka menonton video berbanding membaca artikel di blog.

Anda boleh membuat pemasaran dan promosi menggunakan video.Selepas itu anda boleh muatnaik secara percuma di Youtube.

Hebat tak ?

5.Whatsapp

Saya anggap Whatsapp adalah pintu terakhir untuk mendapat jualan.Anda wajar menjadikan Whatsapp sebagai faktor pembelian dalam talian.

Dari Whatsapp anda dapat nombor telefon dan nama bakal pembeli.Mereka lebih yakin dan anda lebih mudah untuk membina keyakinan semasa urus niaga.

6.Telegram

Pada pendapat saya Telegram seakan-akan kembar dengan Whatsapp.Namun anda boleh menjadikan Telegram sebagai alternatif untuk buat list prospek.

Buat group dan buat perbincangan berkaitan bisnes yang ingin kita tawarkan.

Jika pembeli ada feedbaack kita dapat tahu lebih pantas berbanding saluran media sosial yang lain.

7.Blog 

Dalam banyak saluran media sosial,blog mempunyai kelebihan tersendiri.

Blog yang mesra enjin carian Google menjadi sumber rujukan maklumat bakal pembeli.Pemilik blog berkuasa penuh terhadap kandungan yang ada.

Anda boleh sebarkan kandungan blog menggunakan 6 saluran media sosial dia atas.

Bayangkan sahaja bagaimana hebatnya pengaruh blog dalam dunia perniagaan dalam talian.

Anda boleh belajar buat blog dengan membuat rujukan pada Blog Pakar SEO Tempatan 

Potensi Perniagaan Dalam Talian Masa Akan Datang

perniagaan dalam talian akan datang

Saya bukan nujum pak belalang.Bukan juga tukang ramal.Perlu ingat meramal masa depan bukan kerja orang beriman.

Namun dalam perspektif yang positif saya menjangkakan potensi semakin luas.Sesiapa yang sudah mula menguasai ilmu ini akan berjaya dan mampu bersaing secara global dalam masa 5 tahun akan datang.

Secara peribadinya,peranan blog lebih mendapat tempat di hati para usahawan online  di negara ini.

Pada masa hadapan kos promosi yang berbayar di media sosial semakin mahal.Mahu tidak mahu usahawan digital akan menggunakan blog sebagai media promosi mereka.

Kesimpulan

Saya harap anda dapat melihat realiti perniagaan dalam talian sangat berpotensi.Lupakan masa yang lalu.Kini fokus kepada masa sekarang dan persiapankan ilmu untuk masa akan datang.

Sebagai asasnya boleh kaji semula artikel 7 Kerja Sambilan Di Rumah Paling Popular.

Harapan saya agar anda mendapat idea yang lebih baik untuk perniagaan dalam talian. 

(Visited 98 times, 4 visits today)

24 thoughts on “Perniagaan Dalam Talian Realiti Masa Kini

  1. pada awal memang koyak sikit nak bersaing…promosi kena kuat pada awal..bila dah dikenali..dan di percayai..

    masa tu boleh dikatakan bisnes online kita sudah mula stabil..

  2. teringat dulu kata2 ni, akan dtg nk beli brg hujung jari je… ms tu mmg x fhm maksudnya dan skrg dah jelas sejelas jelasnya 😉

Leave a Comment

CommentLuv badge