Perniagaan Online Yang Menguntungkan Tahun 2018

Perniagaan online yang menguntungkan bukan satu retorik.Boleh jadi betul dan boleh jadi realiti.Namun perlu lihat apakah perniagaan yang ingin kita usahakan.

Kita cuba melihat potensi bisnes pada tahun 2018.

Sejujurnya tiada yang pasti.Apatah lagi kalau perniagaan online maupun offline.

perniagaan online yang menguntungkan

Dunia ini mana ada confirm.

Nak masuk syurga pun belum confirm.

Masuk neraka.

Nauzibillah Min Zalik.

Dalam artikel ini, saya nak berkongsi idea perniagaan untuk menyampaikan maksud keuntungan.

Untung = banyak duit

Rugi = duit lesap

Jangaan risau.Saya nak tulis santai dan ringan.

Dalam group Whatsapp Mrhanafi Follower Club saya  ada diutarakan soalan mudah.

Tapi nak jawap spontan susah pulak.

” Terangkan cara buat kerja sambilan di rumah secara online”

bisnes online

Alamak saya mati kutu saya dibuatnya.

Idea dalam fikiran tiba-tiba padam.

Jadi black out.

Tanpa menghampakan orang yang bertanya, saya sarankan dia untuk baca artikel Kerja Dari Rumah Yang Paling Mudah

Mungkin dia tidak berpuas hati dengan jawapan demikian.Kalau dulu saya call orang yang bertanya dan terangkan menggunakan telefon.

Sekarang saya macam dah letih.

Letih memikirkan Cabaran SEO WCB

Cabaran SEO WCB

Inilah sebabnya.

Ada empat artikel saya yang dipertandingan masih tenggelam di dasar lautan Google.Entah bila boleh muncul di permukaan halaman Utama.Paling cikaipun boleh pada halaman kedua dan ketiga Google.

Rupanya tidak.

Saya turut perhatikan artikel para peserta lainpun belum juga belum timbul timbul.

Jadi benarlah kata kunci SEO :

1.Mencabar

2.Sukar

3.Liat

Aaah…

Kita tinggalkan cerita tersebut.

Kita balik pangkal jalan.

Ok fine.

Idea perniagaan yang boleh diusahakan ialah bisnes online dari rumah jual ebook.

Sebagai permulaan jual sahaja ebook orang lain sebagai affiliate.

Mohon jadi agen.

Bila ada dapat jual, pemilik ebook akan bagi komisyen.

Berikut kelebihan jadi agen jual ebook.

1.Bisnes modal kecil

Modal utama ialah idea untuk memasarkan produk tersebut.Selain itu modal usaha supaya kekal konsisten buat promosi.

No promote = No Sales

Modal kecil termasuk yuran keahlian,data internet,bil elektrik dan jajan sewaktu buat buat kerja promosi.

Cuba anda  buka stesen minyak atau restoren segera ataupun gedung membeli belah seperti Lazada.

Berapa la agak-agaknya modal ?

2.Bisnes dari rumah yang menguntungkan

Senang cakap tak perlu keluar dari rumah.Tak guna pun minyak petrol yang saban minggu asyik naik walaupun 4 sen seliter.

Tol tak bayar.

Parking kereta tidak digunakan.

Jadi logiknya.

Untung la sebab kos-kos logistik begini boleh diabaikan terus.

Dalam masa yang sama boleh layan mesra suami.

Layan karenah anak dan sebagainya.

3.Produk tidak perlu dipos

Ebook yang dijual tak guna pos.Hantar email kepada pelanggan.Yang penting ada email.

Mereka perlu ada internet untuk akseskan email yang pihak pemilik ebook yang hantar.

Kerja tu mereka yang buat.

Anda cuma sibuk buat promosi di Facebook atau mana-mana media sosial.

Kalau anda ada blog mungkin sibuk menulis artikel seperti ini.

Kesimpulan

Harapnya jelas maksud perniagaan online yang menguntungkan jual ebook melalui affiliate.

Banyak tempat yang boleh anda daftar sebagai agen affiliate.Antara yang bakal meletup tahun 2018 ialah Niaga FB.

Oh ya.

Sebelum saya terlupa.

Saya sempat beli ebook dari Niaga FB baru-baru ini.

Saya dah kongsikan dalam artikel ” Pengalaman Menarik Beli Buku Online”

Akhir kata terima kasih kerana sudi singgah dan membaca.

p/s : Dapat idea tak untuk jalankan  perniagaan online yang menguntungkan ?

(Visited 284 times, 6 visits today)

30 thoughts on “Perniagaan Online Yang Menguntungkan Tahun 2018

  1. Kalau promote kat ruang komen Instagram rasa boleh improve kedudukan entri tu rasanya Mr Hanafi. Tapi GV tak pasti ia betul berkesan ke tak. Tapi GV pernah cuba sebelum ini, ada satu artikel GV tu dari page 4 Google masuk ke page 3 Goolge sebab GV promote artikel itu kat IG. huhu. Tetapi GV tak pasti samada itu kebetulan atau sebaliknya. huhu.

  2. online ke offline ke, mmg tiada bisnes yg menguntungkan. untung sentiasa mmg ada tp smpi 1 tahap, dtg jg istilah rugi tu…

    p/s terima kasih berkongsi

Leave a Comment

CommentLuv badge