Pertemuan Lima Blogger Di Bumi Kelantan

Pertemuan Lima Blogger Di Bumi Kelantan

Saya tidak menyangka boleh berjumpa geng blogger di bumi Kelantan.

Ini semua adalah rezeki berikutan jemputan Tourism Malaysia Sarawak untuk media ke Pertandingan Memancing Malaysia Surfcasting Tour 2019 dengan tema “A Journey to Visit Malaysia 2020” yang berlangsung di Pasir Puteh, Kelantan.

Program yang berlangsung selama tiga hari bermula pada 11 April sehingga 14 April 2019 memang betul-betul hebat dan mengujakan.

Dengan kesempatan ini, saya secara peribadi mengucapkan terima kasih tak terhingga kepada penganjur dan penaja program tersebut.

Tentulah kepada Pengarah Negeri Tourism Malaysia Sarawak, Tuan Bahruddin Sulaiman berserta pegawai Mohd Hizir Rembeli.

Begitu juga kepada wakil tuan rumah Tourism Tuan Hafiz Hazin yakni Pengarah Tourism Malaysia Kelantan berserta pegawai kanan Puan Nor Hayati Abdullah.

Ada ramai lagi yang tidak mampu saya lakarkan dalam penulisan yang terhad ini.Baik secara langsung atau tidak langsung, mereka tetap mekar dalam sanubari.Layanan dan perhatian mereka terbaik dan menyentuh hati serta perasaan.

Sekali lagi terima kasih banyak-banyak dan semoga Allah memberkati usaha dan jasa mereka.

Aamiin.

Berbalik kepada topik utama, saya bertuah kerana Allah mempertemukan saya dengan beberapa rakan blogger.Antaranya seperti berikut.

1.Blogger Abang Fadli

Bersama blogger popular Malaysia

Beliau memang Travel Blogger yang saya kagumi.Saya kenal di Facebook dan tidak tersangka boleh berjumpa di alam nyata.

Seorang yang peramah dan hensem orangnya.Mesti ramai awek nak Abang Fadli.Itu kisah dia yang saya sendiri tak pasti kesahihanya.

Apa-apapun saya suka untuk bersilaturrahim dengan dia.Secara kebetulan seorang blogger dari Sarawak.

Blognya boleh dilayari di mytravellicious.com

2.Blogger Sunah Muhamad

menumpang kasih dengan Go Pro

Antara blogger yang bukan calang-calang orangnya.Saya akui tidak mampu mengenali mereka secara nyata kerana siapa saya di mata mereka.

Sunah juga berasal dari Sarawak dan kini masih belajar untuk melengkapi ijazah Doktor Falsafah.Orangnya memang hebat dan terkenal di kalangan blogger sejak tahun 2008 lagi.

Blog beliau boleh dilayari di https://www.sunahsukasakura.com/

3.Blogger Sis Lin

Nampak kerdil bila bergambar dengan blogger glamer

Oleh kerana saya tidak mengenali mereka secara offline, terpaksalah saya tanya nama secara poyo dengan beliau.

Apabila disebut Sis Lin baharulah saya sedar dan kenal akan nama tersebut.Nampaknya saya terlalu naif untuk mengenali insan blogger glamer seperti dia.

Orangnya cukup ceria dan tak sangka pula boleh berjumpa di bumi bertuah Kelantan.

Untung juga saya sempat aktif berblogwalking suatu ketika dahulu dan sempat singgah di https://www.sislin76.com/

4.Blogger Nur Farahain

inilah gambar candid

Siapa sangka dan siapa menduga blogger hebat dari Johor ini bertemu blogger dari Sarawak di Kelantan.

Pertemuan yang begitu manis ini akan saya kenang sampai bila-bila.Biarpun saya tahu Blogger Ain agak malu-malu orangnya namun saya gagahi diri untuk berkenalan dengan beliau.

Saya akur siapalah saya di mata mereka ( blogger yang hebat) untuk mendekati serta menghulur salam perkenalan.

Nasib baik juga saya pernah melayari blog beliau  di https://akuainkausiapa.blogspot.com/

Kesimpulan

Maafkan saya kerana tidak mengenali kalian secara bersemuka.

Maklum sahaja siapalah saya ini.Nak kata blogger, selayaknya bagaikan melukut di tepi gantang.Hidup segan tapi mati belum bersedia lagi.( masih belum kawin  hahahaha )

Semoga pertemuan kita mempereratkan lagi silaturrahim sebagai blogger tanpa dibatasi jarak dan masa.

Bak kata pepatah lama,

“kalau ada sumur di ladang, boleh saya menumpang mandi, kalau ada umur yang panjang, boleh kita berjumpa lagi.”

39 thoughts on “Pertemuan Lima Blogger Di Bumi Kelantan”

  1. Alhamdulilah ..
    Mulanya agak malu nak menyapa sebab tau Mr Hanafi orangnya hebat tapi Bila tau itu Mr Hanafi, terus Sis angkat tangannya hihihi
    Terimakasih Allah atas pertemuan singkat ini . Moga ada rezeki bertemu kita lagi ..

  2. Hahahhahahahahahhahahaha.

    Tetak tetak kamek mbaca nyoooo…hebat la sangatttt..tuan hanafi lagik hebattt, Hero Borneo katakannnn 😂

    Sik sempat nak beramah mesra lebih lamak..kejap gilak rasa program ri ya..insya’Allah moga bertemu lagi di lain masa dan tempat..ameen!

  3. bertuahnya dia…
    kita lg lah cuma kenal 2 blogger je kt situ… admin ngn Sunah tu… lain2 mmg tak kenal, kita berblog suka2… tak kenal sgt blogger yg ngetops2 nih

  4. bagus program nya…satu platform utk bertemu blogger2 lain..

    belum pernah bertemu blogger2 lain kecuali Krabat Kramat (ex-ofismate)…blog santai..

  5. Alhamdulillah.. mmg seronok dpt berjumpa rakan2 blogger mcm ni. Perasaan mesra pun berbeza sbb berkongsi minat yg sama. Semoga ukhwah sentiasa diberkati.. aamiin.

  6. Blogger Sis Lin tu saya tertukar dengan blogger Cik Min sebelum ni. Tapi dua2 pun saya tak pernah jumpa, cuma tengok dekat fb je…

Leave a Reply to Anonymous Cancel reply

CommentLuv badge
%d bloggers like this: