Pengalaman Perit Menahan Perut Lapar

Perut lapar adalah reaksi otak untuk kita segera makan.Badan perlukan tenaga untuk terus berfungsi dengan sempurna.Baru-baru ini saya ada mengalami pengalaman menahan perut lapar.Jika dalam bulan puasa tentunya menahan lapar adalah perkara biasa sahaja.

Entah di mana silapnya pada bulan tersebut.Saya menghadapi kegawatan ekonomi yang agak mencekam.

Banyak juga buku pengurusan kewangan peribadi telah saya baca dan telaah.Namun belum mencukupi.Belanjawan yang dirancang begitu rapi masih juga berlaku ketirisan.

Kesannya saya ‘pokai’ pada hujung bulan sehingga berbaki wang RM0.10 sen sahaja.

Dalam masa yang sama segala stok makanan juga turut kehabisan.Nasib baik saya sempat menyimpan stok air bersih untuk diminum dalam masa sehari dua.

Pada mulanya saya merancang untuk menahan  perut lapar selama dua hari.Rupanya saya tidak mampu berbuat demikian.

Perut lapar

Abaikan kuku yang cantik.

Dengan sarapan pagi berupa sekeping roti kering dengan air kosong saya hanya mampu bertahan sehingga tengahari.Pada waktu tengahari sekitar pukul 2.00 petang saya sudah rasa lapar yang teramat sangat.

Pada jam 3.00 petang saya terus mengambil lima keping roti kering untuk mengalas perut.Roti tersebut adalah stok terakhir.Bagaimanapun rasa lapar tidak mampu diredakan begitu sahaja.Saya minum air kosong untuk melawan rasa lapar.

WAJIB BACA :   Kisah pelanggan air tak bayar ?

Pada pukul 6.00 petang badan sudah berasa panas.Kepala sudah pening dan saya sudah tidak mampu untuk duduk.Apa yang terpaksa saya lakukan ialah menahan lapar sambil berbaring dan tidur seketika.

Dalam waktu tersebut saya sudah mengaku kalah.Saya lemah dalam will power untuk terus menahan perut lapar sebagaimana orang gelandangan, pelarian atau mereka yang tersesat dalam hutan.

Saya sudah terfikir untuk mengambil keputusan untuk meminjam  beras.

Seusai solat maghrib saya sempat berdoa untuk meminta keajaiban.Rupanya keajaiban tersebut saya telah diberanikan untuk menahan malu.Saya berjaya meminjam secawan beras dari jiran tempat saya tinggal.

Pada masa tersebut dapat saya rasai antara lapar dengan malu maka lebih baik malu dari lapar.

Tidak lama selepas itu saya termuntah air.Tiada apa yang boleh dimuntahkan kerana perut sudah terlalu kosong.Hanya tuhan sahaja yang tahu bagaimana  perjuangan menahan lapar pada tahap yang sangat kritikal.

WAJIB BACA :   Menjamu selera di King Laksa Sarawak

Alhamdulillah sekitar jam 8.00 malam saya berjaya ‘mengadap rezeki ajaib’ pada hari tersebut.Nasi saya gaulkan dengan kicap pedas.Pada mulanya saya sudah hilang selera kerana kepala sudah terlalu pening dan badan sudah tidak bermaya.Saya gagahkan juga untuk menjamah nasi walaupun sedikit.

Sebelahnya kosong sebab itu sahaja yang ada

Habis sahaja makan nasi saya terpaksa tidur semula untuk melegakan rasa panas badan dan pening kepala.

Kira-kira pukul 1.30 pagi saya terbangun semula.Pada masa itu saya kembali cergas bertenaga.Rasa lapar sudah reda.Rasa pening kepala dan panas badan sudah tiada.

Ketika itulah saya sempat untuk menunaikan solat Isyak dan mengemas apa yang patut.

Tidak sangka kerana menahan lapar sebegitu saya berada di pintu antara hidup dengan mati.Mana tidaknya mungkin saya akan pitam dan pengsan.Malulah keluar dalam paper.Sedangkan saya sendiri kerja dalam industri tersebut.

Dalam saat kelaparan tersebut, saya sempat berdoa agar diberi kekayaan dunia dan akhirat.In shaa Allah saya cuba mencari gelandangan atau keluarga yang daif untuk diberi bantuan makanan.Saya amat terkesan dengan pengalaman peritnya perut lapar.

Alhamdulillah sehari selepas itu saya kembali sihat seperti biasa.Bersyukur sangat-sangat kerana masih ada beras yang dipinjam untuk dijadikan sumber makanan sebelum tibanya hari gaji.Dapatlah sarapan, makan tengahari dan malam dengan nasi berlaukkan kicap.

WAJIB BACA :   Sedekah pintu rezeki yang tidak disangka [ Edisi kemas kini 2023]

Sedap juga tu!

Inilah rezeki yang kita wajib syukuri.Kita sangat beruntung berbanding saudara kita di kem tahanan Arakan yang hanya makan nasi dan cili pedas dilenyek halus.

Penutup

Saya kongsikan cerita perut lapar ini bukanlah untuk menagih simpati.Lagipun kelaparan yang saya alami terlalu sedikit berbanding mereka yang kurang bernasib baik di luar sana.

Saya mohon janganlah membazir makanan yang kita miliki.Ingatlah masih ada insan lain yang masih kelaparan.Sehari mereka makan kenyang. Dua tiga hari mereka makan ala kadar.Itupun kalau ada.

Kita tidak tahu mereka.Yang kita tahu kita lapar dan kita ada makanan yang sedia untuk dijamah bagi melegakan kelaparan.

Jangan biarkan kelaparan terlalu lama kerana boleh menjejaskan kesihatan.Cegah perut lapar dengan makan makanan yang berkhasiat.

Semoga bermanfaat hendaknya dan jangan segan-segan untuk teruskan bacaan Kisah Cinta Yang Menyentuh Hati Wanita

Comments 26

Leave a Reply to #jmbelog Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge