Pesanan Ahmad Sahroni, Crazy Rich Tanjung Priok

Pesanan Ahmad Sahroni, Crazy Rich Tanjung Priok

Ahmad Sahroni memang kurang dikenali di Malaysia.Namun namanya cukup gah di Indonesia kerana berjaya menjadi ahli perniagaan dan ahli politik yang tersohor.

Malah jolokan Crazy Rich Tanjung Priok amat sinonim dengan beliau yang lahir di tempat tersebut.Beliau yang dulunya hidup susah, pernah tinggal di pondok tempat berjual nasi padang bersama ibu dan neneknya.

Ketika masih muda, Ahmad Sahroni bekerja sebagai pemandu peribadi sebelum meniti karier sebagai ahli perniagaan yang sangat berjaya bermula tahun 2004 lagi.

Kini memiliki begitu banyak deretan kereta mewah dan pelbagai koleksi peribadi mewah.Semuanya ini bukan simbol kekayaan kepada beliau tetapi sebagai sumber pelaburan yang menguntungkan ketika ada urusan jual beli.

Perniagaan utamanya adalah bahan bakar minyak atau sinonim dengan BBM.Selain itu menceburi bidang pelaburan seperti kereta sport supercar.

Ahmad Sahroni juga terjun dalam dunia politik dan mula menyinar sebagai Anggota Komisi III DPR RI dari Fraksi Partai NasDem.

Baiklah.

Kita tinggalkan dulu kisah kejayaan beliau kerana saya ingin berkongsi dengan pembaca semua pesanan beliau kepada anak muda.

Saya  masih menjadi anak muda ( feel young ) dan saya yakin pesanannya boleh dijadikan kata azimat untuk kita berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi.

Pesanan Ahmad Sahroni

Hayatilah pesan Ahmad Sahroni seperti berikut:

1.Jangan berasa diri hebat

Kehebatan yang kita punyai bukan untuk dibanggakan sebaliknya gunakan untuk memberi manfaat kepada orang lain.

Kita mungkin hebat pada pandangan sendiri tetapi belum tentu hebat pada orang lain.Jadi jangan rasa diri itu hebat berbanding orang lain.

Mesejnya:  Jangan sombong terhadap orang lain

2.Wajib ada semangat juang

Ahmad Sahroni kata tanpa semangat tidak mungkin menjadikan anda menjadi orang hebat.

Semangat adalah pencetus kepada kejayaan demi kejayaan.Mungkin semangat adalah suplimen mujarab untuk kembali bangkit setelah jatuh dalam sepak terajang kehidupan.

Sebab itu beliau berpesan jangan mudah menyerah kalah.Berjuang dan terus berjuang untuk menjadikan mimpi jadi realiti.

Mesejnya: Orang berjaya mempunyai semangat luarbiasa berbanding orang biasa.

3.Mempunyai impian atau mimpi

Impian atau mimpi adalah pencetus semangat untuk kita sukses.Tiada siapa yang boleh mengerakkan kita jadi sukses melainkan diri sendiri.

Tanpa mimpi kita mungkin tiada apa-apa.

Tanpa mimpi juga kita tidak boleh sukses.


Mesejnya: Ubah diri sendiri untuk sukses

4.Jangan menzalimi orang lain

Inilah perkara terpenting sekali.Jika orang yang kita zalimi itu berdoa maka doanya tidak terhijab.Doa mudah makhbul dan bersyukur kalau mereka yang dizalimi mendoakan keinsafan dan pintu taubat kepada kita.

Menzalimi orang lain dengan apa jua alasan sekalipun sudah melanggar konsep magnet rezeki

Yaknilah rezeki kita ini dititipkan oleh Allah melalui cara kita memulia dan membahagiakan orang lain.

Mesej : Tidak boleh rasa bahagia dan berjaya melalui penderitaan orang lain.

5.Jangan memandang rendah orang lain

Pandanglah orang lain sama darjat dengan kita.Jangan pandang sebelah mata walaupun taraf kehidupan mereka jauh lebih rendah.Ujian ini berat apabila kita sudah berada di tempat yang tinggi.

Memang betul pesan beliau, jika kita tidak memandang rendah orang lain secara tidak langsung darjat kita meningkat.

Mesej: Siapalah kita untuk menghakimi orang lain dan jangan ambil alih kerja tuhan.

Penutup

Begitulah pesanan Ahmad Sahroni buat anak-anak muda.Jika rasa diri sudah tua jangan kecewa.Masih ada masa untuk mencapai apa yang kita ingini kerana peluang tetap ada tanpa dibatasi usia.

Pesan saya kepada diri sendiri dan juga untuk pembaca semua untuk berlatih bangun sebelum subuh.Jika berjaya untuk bangun awal sebelum Subuh secara istiqamah in shaa Allah separuh daripada kejayaan sudah berada dalam tangan.

Sekian dulu dan keep in touch dengan follow channel Youtube saya di SINI 

14 thoughts on “Pesanan Ahmad Sahroni, Crazy Rich Tanjung Priok”

    • ya betul

      kita sentiasa mencari orang-orang yang telah berjaya untuk diceritakan dalam blog ini.

      rasa tidak sabar untuk melihat kejayaan tuan untuk saya tulis juga dalam blog ini..

      BTW..salam sukses dan berbahagi kebaikan juga untuk tuan.

      untuk doa…saya hargai dengan ucapan terima kasih dan disudahi dengan aamiin

Leave a Comment

CommentLuv badge
%d bloggers like this: