Pesanan bilionaire kepada orang yang hendak berjaya

Saya hanya menyampaikan pesanan dari seorang bilionaire kepada mereka yang hendak berjaya.

Kisah beliau diadaptasi dalam sebuah buku “The 5am Club” tulisan speaker terkenal dunia, Robin Sharma.Ulasan buku tersebut

Beliau berpesan kepada kita, cara untuk berjaya dalam dunia ini.Bab berjaya di Akhirat bukan kapasiti beliau lagi sebab belum dapat hidayah serta petunjuk dari Allah SWT.

Ini dia pesanannya.

Pesanan bilionaire

1.Latihkan minda untuk fikir apa yang kita mahukan sahaja

Latih minda untuk dapatkan apa yang baik dan impian hidup.Luar daripada itu abaikan.

WAJIB BACA :   3 Sebab Orang Kaya Semakin Kaya

Fikirkan impian, hasrat dan hajat.Lagi kerap lagi baik.

2.Sentiasa bersyukur dengan apa yang dimiliki

Konsep ini sangat penting.Sesiapa yang bersyukur walaupun dapat nikmat yang paling kecil sekali akan rasa bahagia.

Bersyukur wajar.Orang bersyukur melihat dunia ini penuh keindahan.Hidup penuh kegembiraan.Yang pasti kejayaan boleh datang silih berganti.

3.Menyayangi orang lain penuh keikhlasan

Buat baik ini jangan harap balasan.Kita berbuat baik kerana kita sayang mereka.Sayang bukan untuk ‘gewe’ sahaja tau !

Gewe = gerek kalau bahasa orang Sarawak

Sayangi orang lain tanpa syarat memang terbaik.Bukan kerana kepentingan sebelah pihak.

Perkara ini sukar untuk dibuktikan.Tiada penjelasan yang tepat.Hanya orang ikhlas sahaja tahu bagaimana rasa dan keadaannya.

WAJIB BACA :   5 Cara Untuk Jadi Kaya

4.Jaga kesihatan sebaik mungkin

Kawal cara pemakanan dan apa yang kita makan.Makan berlebihan undang bahaya kesihatan.Ingat kesihatan adalah modal terbesar untuk berjaya.

Perkara yang biasa.Lagi kaya seorang maka lagi menghargai mereka kesihatan.Dan tidak hairan produk kesihatan untuk orang kaya bukan berharga biasa-biasa.

5.Berkata yang baik-baik sahaja

Orang berjaya biasanya mengeluarkan kata-kata yang baik dan positif.Sebab orang yang pertama kali mendengar bukan orang lain.Diri sendiri juga.

Berkata yang baik dan positif amat mempengaruhi diri sendiri dan orang lain.Bila fikiran tenang maka tindakan juga akan matang.

Penutup

Itu sahaja yang saya kongsikan tentang pesanan billionaire tersebut.

Kalaulah saya sendiri jadi billionaire mungkin lebih panjang lebar penjelasannya.

WAJIB BACA :   Inilah kereta idaman apabila sudah kaya…

Dapat 1% seperti kekayaan billionaire sudah terlalu indah rasanya untuk rakan-rakan termasuk saya.

Tidak terbayang betapa seronoknya jadi orang kaya di dunia dan akhirat.

Post ini telah saya terbitkan dalam Facebook pada 8 Januari 2020 yang lepas.

Comments 2

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge