Usaha jadi kaya pilihan terbaik selagi anda waras. Dengan nikmat kaya anda boleh membuat apa sahaja yang anda mahukan.
Selagi perkara yang anda nak buat itu bukan menyalahi undang-undang maka ‘buatlah’ kerana dengan kekayaan anda bisa melakukannya.
Yakin boleh dan pasti boleh.
Siapa yang tak nak kereta besar. Rumah selesa atau pakaian yang ada jenama. Makan minum serba cukup.
Kalau tidak mahu kaya secara fizikal boleh hidup secara sederhana.
Namun wang dan harta melimpah ruah. Biayai sahaja pusat madrasah, anak yatim, rumah orang tua dan sebagainya.
Aliran wang tersebut ke tempat begini dan kita hidup hidup secara sederhana.
Saya ajak anda yang belum kaya. Bawa minda anda untuk mengambarkan bagaimana keadaan orang kaya.
Kehidupan mereka dari pagi sehingga malam.
Biarkan minda anda menerokai alam imaginasi tanpa batasan.
Persoalannya kini bagaimana cara nak jadi kaya.
Usaha jadi kaya
Adakah kaya merupakan satu takdir yang telah ditetapkan sehingga kita tidak mampu lagi mengubahnya.
Mungkin ya dan mungkin tidak.
Kita tidak tahu takaran hidup ini. Usaha dulu baru tahu.
Setelah berusaha mencipta kekayaan dan kekayaan tidak kunjung tiba tidak mengapa.
Kita puas hati kerana sudah berusaha dengan apa yang sepatutnya.
Ini bukan bermaksud saya nak melawan qadak dan qadar yang telah Allah SWT tentukan.
Jauh sama sekali.
Usaha jadi kaya adalah pilihan. Bukan setakat pilihan biasa tetapi pilihan terbaik.
Dengan memilih untuk kaya maka anda ada satu pemikiran yang hebat.
Jalan untuk mencipta kekayaan ada banyak.
Antaranya menceburi dunia perniagaan. Pintu kekayaan menerusi aktiviti berniaga sudah banyak terbukti.
Namun ramai yang takut nak berniaga kerana alasan modal dan ilmu serta bakat dalam diri.
Jika tidak mahu berniaga boleh sahaja menceburi pelaburan sama ada saham amanah atau emas.
Yang penting jangan terpedaya dengan skim cepat kaya.
Jangankan kaya, balik modal pun belum pasti.Pelaburan dalam bentuk aset tidak kurang hebatnya dalam mencipta kekayaan.
Fikir dan terus fikir cara untuk jadi kaya.
Secara teorinya macam mudah. Hakikat sebenar tak lah susah sangat.
Cuma perlu tindakan dan usaha yang berterusan pada landasan yang betul.
Akhir cerita semoga kita semua menjadi kaya dan juga lupa share untuk orang lain juga.
- Kemas kini 11 Jun 2023
- kemas kini 31 Ogos 2024
Macam menarik je kan MrHanafi. Bagi yang berminat tu, cepat-cepatlah join kerana bisnessnya mudah tapi membawa pulangan yang hebat!
Mek ila Jual Vitamin recently posted…Tempah T-Shirt Anak Yang Cantik di tshirtprintingterengganu.com
ya..mudah..dua produk sahaja..kad sim dan top up..itu sahaja
macam best je best mobile ni, tp tak mustahil boleh jd kaya janji rajin usaha
ajumohit recently posted…Langsai hutang PTPTN
actually kita dah kaya kesihatan,budi bahasa dan sebagainya..mungkin harga atau duit yang belum
samada kita berjaya kaya atau tidak, yang penting kita berusaha dahulu. Kita nak berjaya dan kaya tetapi mengharap keajaiban memang tidak kemana. Senang cerita, ubah mentaliti, kita buat dahulu baru tahu
betul tu bro…sokong 100%