Usaha jadi kaya pilihan terbaik…ini sebabnya !

Usaha jadi kaya pilihan terbaik selagi anda waras. Dengan nikmat kaya anda boleh membuat apa sahaja yang anda mahukan.

Selagi perkara yang anda nak buat itu bukan menyalahi undang-undang maka ‘buatlah’ kerana dengan kekayaan anda bisa melakukannya.

Yakin boleh dan pasti boleh.

Siapa yang tak nak kereta besar. Rumah selesa atau pakaian yang ada jenama. Makan minum serba cukup.

 jadi kaya

Kalau tidak mahu kaya secara fizikal boleh hidup secara sederhana.

Namun wang dan harta melimpah ruah. Biayai sahaja pusat madrasah, anak yatim, rumah orang tua dan sebagainya.

Aliran wang tersebut ke tempat begini dan kita hidup hidup secara sederhana.

WAJIB BACA :   9 Impian peribadi 2021 (Bahagian 8)

Saya ajak anda yang belum kaya. Bawa minda anda untuk mengambarkan bagaimana keadaan orang kaya.

Kehidupan mereka dari pagi sehingga malam.

Biarkan minda anda menerokai alam imaginasi tanpa batasan.

Persoalannya kini bagaimana cara nak jadi kaya.

Usaha jadi kaya

Usaha jadi kaya

Adakah kaya merupakan satu takdir yang telah ditetapkan sehingga kita tidak mampu lagi mengubahnya.

Mungkin ya dan mungkin tidak.

Kita tidak tahu takaran hidup ini. Usaha dulu baru tahu.

Setelah berusaha mencipta kekayaan dan kekayaan tidak kunjung tiba tidak mengapa.

Kita puas hati kerana sudah berusaha dengan apa yang sepatutnya.

Ini bukan bermaksud saya nak melawan qadak dan qadar yang telah Allah SWT tentukan.

WAJIB BACA :   Kelebihan akhbar dalam dunia digital

Jauh sama sekali.

Usaha jadi kaya adalah pilihan. Bukan setakat pilihan biasa tetapi pilihan terbaik.

Dengan memilih untuk kaya maka anda ada satu pemikiran yang hebat.

Jalan untuk mencipta kekayaan ada banyak.

Antaranya menceburi dunia perniagaan. Pintu kekayaan menerusi aktiviti berniaga sudah banyak terbukti.

Namun ramai yang takut nak berniaga kerana alasan modal dan ilmu serta bakat dalam diri.

Jika tidak mahu berniaga boleh sahaja menceburi pelaburan sama ada saham amanah atau emas.

Yang penting jangan terpedaya dengan skim cepat kaya.

Jangankan kaya, balik modal pun belum pasti.Pelaburan dalam bentuk aset tidak kurang hebatnya dalam mencipta kekayaan.

Fikir dan terus fikir cara untuk jadi kaya.

WAJIB BACA :   Sepuluh Petua Pikat Hati Doktor Cinta

Secara teorinya macam mudah. Hakikat sebenar tak lah susah sangat.

Cuma perlu tindakan dan usaha yang berterusan pada landasan yang betul.

Akhir cerita semoga kita semua menjadi kaya dan juga lupa share untuk orang lain juga.

  • Kemas kini 11 Jun 2023

Comments 6

Leave a Reply to Mek ila Jual Vitamin Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge