Promosi Bestmobile Macam Suram Je

Promosi Bestmobile Macam Suram Je…Dah semenjak dua menjak nie.Umpama bunyi cengkerik dah.Krik-krik.Di mana silapnya saya tak tahu kerana berita kurang baik biasanya kurang dibuat publisiti kecuali oleh pihak pesaing.Kita tunggu dan lihat.

office best mobile

Saya macam biasa.Saya tetap memberi keyakinan kepada syarikat Bestmobile untuk terus beroperasi sebagai pemain bisnes telco yang gah.Jika kesulitan dan halangan yang melanda mohon pihak pengurusan bijak menyelesaikannya sebaik mungkin.Dengar-dengar akan pulih dalam bulan September ini.In shaa Allah.

Seandainya kemungkinan kedua berlaku iaitu syarikat berkubur maka jenama blog ini masih saya kekalkan juga.Namun pengisiannya akan berbeda supaya terarah kepada blog niche gaya hidup.Maksudnya blog tetap hidup walaupun dah tiada bisnes lagi.

Selain itu saya juga bersedia menerima kenyataan sama ada baik atau buruk.Ini kerana Plan C dah saya sediakan untuk menghadapi sebarang kemungkinan.Saya akan menceburi bidang profesional sebagai Pengamal Hipnoterapi sebagai mana yang selalu saya ceritakan blog Panduan Hipnosis.

Apa pula dengan kerjaya Blogger.Oh sudah semestinya saya tetap menjadi blogger kerana minat menulis dan bukan kerana duit semata-mata.Sebab itu masih bertahan walaupun dah menulis blog selama 3 tahun tanpa menerima imbuhan yang lumayan.

Biasanya dapat angka sifar  setiap bulan.Pendek kata minat punya pasal pejam mata je lah.Orang nak kata apa pun saya tak kesah.Sebab saya punya duit.Suka hati saya nak belanja apapun terutama untuk menampung kos operasi blog.

Walau apapun perkembangannya nanti saya masih berharap agar Bestmobile terus maju dan bertahan dengan cabaran dunia perniagaan.Sudah tentu bukan saya seorang sahaja mengharapkan kejayaan tersebut.Ada lebih 100 ribu orang yang menanti sinar harapan baru.

Sekilas pandang perkembangan begini memang mengoyahkan keyakinan orang ramai.Apakan daya.Dah nama bisnes.Gelombang naik dan turun pasti ada.Hanya mereka yang cekal dan tabah sahaja mampu bertahan.Peluang ini juga bagus untuk terus buat promosi sehingga info sebenar sudah diketahui.

Yalah kan.Orang berhenti promosi sebaliknya kita buat sehingga ada keputusan muktamad.Cuma sebagai langkah berjaga-jaga pastikan pelaburan tahap minima iaitu sekitar RM49 untuk membeli simkad.Tak akan rugi sangat tu.Kalau pergi makan kat restoran segera boleh kenyang separuh hari.jadi tak la ralat sangat kalau tak menjadi.

Kepada anda yang masih ada harapan positif jomlah bersama saya dalam Bestmobile ketika suka dan duka.Daftar keahlian secara percuma dan jika berani naik taraf ke keahlian VIP di ——> SINI.

(Visited 12 times, 1 visits today)

6 thoughts on “Promosi Bestmobile Macam Suram Je

  1. saya pun perasan bro, nampak perlahan sekarang, tp saya rasa xda masalah. Masalah pengurusan kalau dah diperbetulkan dan juga masalah sistem diperbaiki termasuk masalah khidmat pengguna di tingkatkan pasti boleh lancar balik. bagi saya 3 benda ni kena baiki secepat mungkin

Leave a Comment

CommentLuv badge