Promosi Takaful Melalui Kaunter Bergerak

Promosi Takaful Melalui Kaunter Bergerak…Selagi berada dalam dunia pemasaran maka anda tidak dapat lari dari membuat promosi menggunakan kaunter.Buka meja lipat dan kerusi plastik.Letak pamplet atas meja dan letak banner.Berdiri ditepi meja atau duduk bersahaja dan buat muka senyum untuk tarik perhatian penggunjung yang lalu lalang.

kaunter promosi

Alhamdullilah mrhanafi berkesempatan untuk melakukan promosi menggunakan kaunter.Sayangnya mrhanafi sempat mengikuti separuh hari sahaja.Mrhanafi ada urusan yang tidak dapat dielakkan.

Dalam selang masa yang sangat singkat itu,mrhanafi ada didatangi prospek untuk bertanyakan kes caruman takafulnya yang dah tak bayar selama setahun.Mrhanafi meminta dia telefon balik ejen tersebut.Jika tak dapat cari boleh pergi ke pejabat untuk bertanya statusnya.

Yang pasti  bila dah tak bayar selama 3 bulan maka terbatal kontrak perjanjian tersebut.Sebab itu jika nak ‘surrender’ pun perlu beritahu wakil takaful yang mengurus caruman kita.Mereka tak marah dan jangan takut.

Selain itu mrhanafi sempat juga berjumpa kawan lama.Kami bertanya  perkembangan masing-masing.Sambil-sambil cerita tentang takaful.Sempat juga dia bertanya.Ada tak takaful yang boleh ‘cover’ musibah ketika berada di luar negara.Jawapannya ya.Memang ada dengan syarat bukan di negara yang bergolak dan berperang.

Masa sangat mencurigai mrhanafi.Akhirnya mrhanafi balik awal kerana ada hal penting yang sukar dielakkan.Belum sempat mrhanafi melakukan ‘on job trainning’ bersama senior wakil takaful yang lain.

Hasil dari kaunter bergerak mrhanafi dapat pembelajaran baru.Mempromosi produk takaful sangat mencabar.Ramai yang akan takut dan gementar kepada kami.Hanya sedikit sahaja yang faham bahawa wakil takaful membuat promosi.Buat hebahan dan bukannya paksaan.Kami bekerja dan berkhidmat sebagai orang tengah antara klien dengan pengendali takaful seperti EtiQa Takaful Berhad.

Tugas kami sebagai wakil takaful  menuntut komitmen jangka panjang.Kami berkhidmat untuk klien.Sebab itu pilih wakil takaful yang benar-benar komited buat kerja mereka.Nak tahu dia komited atau tidak uji tahap kesabaran dan kesungguhan dia untuk berjumpa kita.Selain penjelasan dan penerangan yang jelas dan padat dia mesti ada nilai-nilai profesional yang tinggi,

Memang tidak dinafikan ada yang sangat pandai menjual produk begini.Seni menjual mereka sangat tinggi.Cuma kita perlu berjaga-jaga dengan tahap komitmen dan perkhidmatan mereka.Perkhidmatan terbaik akan menghasilkan jualan ulangan iaitu caruman baru untuk anak,isteri dan ibubapa serta saudara yang lain.

Nasihat mrhanafi pilih la wakil takaful yang senang anda berurusan.Selesa untuk berkomunikasi dan sebagainya.Mereka boleh datang bila diperlukan.Malah ada juga wakil takaful yang sudah menganggap klien  sebahagian dari keluarga ‘angkat mereka’.

Jika ada pembaca yang perlukan wakil takaful sebegitu.Tak perlu pening-pening.Mrhanafi boleh tawarkan diri untuk menjadi wakil takaful kepada anda jika anda betul-betul perkhidmatan sedemikian.

p/s : Boleh Whatsapp atau SMS sekarang juga.Nak telefon pun boleh sekiranya sangat ‘urgent’.

[nota mrhanafi]

Promosi takaful dari kaunter bergerak bukan perkara baru.Namun masih relevan sehingga hari ini.Sebab masih ada golongan yang belum  agresif  dalam mempromosi takaful.Dengan adanya kaunter promosi kehadiran kami disedari dan disukai.Tak lupa juga ditakuti (maafkan kami sebab itu dah tugas)

Kalau susah buat promosi cubalah Aplikasi Duit

Sebab takaful bukan produk yang boleh dijual hari ini dan boleh dilupakan esok hari.Produk takaful yang disertai klien adalah komitmen sepanjang hayat mereka.Kebaikan untuk mereka.Manfaat untuk mereka.

Sekian,terima kasih dan salam sayang semua.

handsome-guy-4_thumb2_thumb

Mohd Hanafi Abdullah

Perunding Takaful Keluarga

WhatsApp : +6011-3464-6975

Hotline Care: 19-806-8007

Facebook  : Hibah Anugerah Terindah

(Visited 85 times, 1 visits today)

16 thoughts on “Promosi Takaful Melalui Kaunter Bergerak

  1. Cabaran getir gak rupanya nak promosi produk takaful nie kan…sebab kalo fikir tentang perkara musibah sepatutnya orang mudah jek nak tahu dan minat untuk sertai. InshaALLAH bro boleh lakukannya nanti…ameen

  2. Dulu-dulu ada produk yang saya jual saya test bukak booth dekat Jalan Duta. Hasilnya mengecewakan .Mungkin saya sendiri tak pandai tarik perhatian orang. Hari yang sama saya lihat rekod jualan saya di web lebih banyak dari jualan di kaunter ( kaunter tak ada langsung sebenarnya he he ) Jadi rezeki saya lebih di online bukan di kaunter. Redho.

    Takaful tu penting sebenarnya sebab sepanjang saya bekerja di bahagian Claims dulu, saya kadang kesian tengok customer datang jauh-jauh nak tanya status claim masing-masing . Siap tunjuk duit dalam poket ada berapa je nak balik ke Perlis. Ada yang rasa agen tipu padahal terms tak di terangkan dengan jelas atau mereka sendiri tak bertanya. Masa ni lah kami yang di Claims Department kena bambu tapi telinga kami dah kebal he he he. Mr Hanafi jagalah client elok-elok once mereka signed up sebab nak dapat kepercayaan orang bukan mudah. I believe you can do it !

    • Kaunter sangat sesuai kepada mereka yang kebal malu atau imune malu..

      ya…produk takaful wajib diterangkan sejelas dan setepat yang mumngkin kepada klien atau bakal klien..

      dan memamng betul client yang mencarum dan menjadikan kita wakil kita..maka tanggungjawab kita terhadap mereka dari A sampai Z

Leave a Comment

CommentLuv badge