Ini bukan amalan keagamaan.
Ia cuma satu cara saya lari seketika dari dunia online.
Apa yang berlaku?
Dalam sejam atau masa tersebut, saya tutup data, WIFI dan telefon.
Tiada bunyi Whatsapp, SMS, atau deringan telefon.
Saya betul-betul bebas.
Bebas gangguan dari dunia luar.
Dunia media sosial dan sebagainya.
Tapi ada syarat ?
Pastikan bukan waktu bekerja.
Kalau waktu bekerja cari nahas namanya….kecuali masa rehat.
Buatlah puasa online ini luar waktu bekerja atau cuti.
Bukan lama.
Satu jam sudah memadai biarpun rasa seperti belum mencukupi.
Saya sudah buat puasa online ini sejak sebulan yang lepas.
Banyak perkara yang boleh saya buat.
Baca buku tanpa gangguan.
Boleh berzikir lebih fokus dan sebagainya.
Kesan nyata, saya semakin tidak sabar untuk online semula dan meninjau kembali prestasi team Siber Sukses.
Itu sahaja perkongsian kali ini.
Jumpa lagi.
Bagus berehat seketika dari dunia online ni.
Saya bukan setakat sejam. Sehari, dalam beberapa jam saya boleh off data telefon dan tak connect ke wifi. Dah biasa sejak dulu. Sejenis offline person. Rasa lebih aman damai tanpa social media.
Nur recently posted…Half marathon kedua Julai
bagusnya awak dapat peluang begitu.
Saya agak sukar juga kerana memang kerja hakiki dan bisnes memang online hehehe
Setuju sangat. Bila off walaupun satu jam dari online memang dapat fokus pada perkara lain seperti membaca buku dengan tenang. 🙂
kan…cuma bila offline ini rasa tidak sabar nak online balik hahaha
Masa tidur boleh? 🙂
masa tidur tidak dikira sebab itu masa wajib untuk semua orang hehehe
satu jam.. insya allah boleh buat ni. pastu isi dgn perkara bermanfaat kan
cubalah..memang best sangat tau.
sy buat mcm ni jg esp time charge hp…😊😊
betul juga…
maksudnya Anies mesti hp tak lepas dari tangan kecuali masa charging