Puasa Enam Syawal 1437H Berjaya Dilakukan

Pada mulanya mrhanafi segan nak war-warkan perkara sekecil ini. Namun fikir balik.Kalaulah perkara baik kita sampai apalah salahnya.

Lagipun niatkan kepada Allah SWT agar orang lain terinspirasi untuk melaksanakan puasa enam syawal.

In Shaa Allah limpahan kebaikan itu pun untuk diri mereka sendiri juga.

Berikut ialah niat puasa enam syawal. Puasa tanpa niat tak sah.

“Sahaja aku berpuasa sunat esok hari dalam bulan Syawal kerana Allah Taala”

Boleh juga rujuk bersandarkan kuliah Tuan Ustaz  Azhar IdrisMrhanafi antara orang yang liat nak berpuasa. Cabaran menahan nafsu makan dan minum serta memelihara yang lain-lain bukan perkara mudah.

Lebih-lebih lagi melibatkan perkara yang sunat. Kalau buat dapat pahala.Tak buat tak berdosa.Konsep yang mudah difahami oleh semua kita.

Baru-baru ini mrhanafi berjaya menghabis puasa enam syawal 1437H ketika 10 hari lagi berbaki (ketika entri ini dikarang).

WAJIB BACA :   Doa panjang umur wajar atau tidak ? Ini jawapannya

Gembiranya hati.

Sebab bukan mudah.

Cabaran berpuasa sunat lebih hebat dari puasa wajib. Puasa yang sunat bila-bila masa sahaja kita boleh batalkan dengan kehendak sendiri.

Puasa enam syawal mencabar

Tambahan pula puasa dalam bulan Syawal agak berbeza dengan bulan Ramadhan.

Dalam bulan syawal banyak rumah mengadakan majlis makan-makan seperti ramah tamah dan rumah terbuka.

Jemputan ada di mana-mana.Sayangnya bukan untuk mrhanafi.Itu untuk orang lain.

Persekitaran begini melemahkan azam orang nak berpuasa.

Apa kata kita budayakan perkara yang lain dari yang lain pula.Kita adakan majlis berbuka puasa sunat syawal menggantikan majlis ramah tamah adilfitri.

Kita jemput orang berbuka puasa untuk bersama-sama kita.Sesiapa yang tidak berpuasa akan terasa segannya dan beriltizam untuk sama-sama berpuasa enam syawal pada masa yang akan datang.

WAJIB BACA :   Buat baik dibalas baik buat jahat dibalas jahat...semudah itu

Mrhanafi terfikir juga nak  buat untuk keluarga dan rakan-rakan.

Pakat ramai-ramai untuk berpuasa sunat enam syawal dan berkerjasama untuk mengadakan majllis berbuka sebagaimana majlis ramah tamah aidilfitri.

Cara ini luar kebiasaan tetapi inovasi dalam kaedah beribadah tanpa menokok tambah kafiat yang telah ditetapkan oleh Al-Quran dan Al-hadis serta pandangan para ulamak muktabar.

Syukur alhamdulillah mrhanafi dapat menghabiskan puasa sunat enam syawal secara berselang seli.

Cuma pada penghujung hari puasa mrhanafi melakukan terus menerus selama 4 hari.

Peritnya usah dikata.

Ujian dan halangan bertali arus.

Pada itu hanya keazaman dan pertolongan Allah sahaja yang memberi sumber kekuatan.

Cabaran begini tidak mematahkan keazaman mrhanafi untuk konsisten berpuasa sunat Isnin dan Khamis.In shaa Allah mrhanafi akan lakukan kerana Allah SWT dan perkongsian ini sekadar untuk memberi dorongan kepada mereka yang berminat untuk sama-sama berpuasa.

WAJIB BACA :   Jom bongkar cara jadi kaya cepat !

Ingat kita beramal bukan kerana manusia tetapi semata-mata kerana Allah SWT.

Niat yang lurus dan amal yang betul akan diberi ganjaran oleh Allah SWT kepada hambaNya yang ikhlas.Waalahuallam.

Puasa enam syawal mempunyai hikmah yang terlalu besar.

Proses mendidik jiwa dan latihan menundukkan nafsu selepas ditarbiah secara wajib dalam bulan Ramadhan patut diteruskan.Bukan setakat bulan Syawal sahaja.

Lebih molek sepanjang tahun sehingga bertemu lagi dalam bulan Ramadhan pada masa yang akan datang.

Mrhanafi tak pasti sempat atau tidak.

Ajal,rezeki dan jodoh dalam pengetahuan Allah SWT. Kita yang kerdil ini hanya pasrah kepada ketentuanNya selepas berusaha,beriktiar dan melakukan yang terbaik sebagai bekalan amal.

Yang paling penting bagi mrhanafi ialah solat dengan khusyuk.Tak dapat khusyuk usahakan dengan belajar di rahsiasolat.com

Terima kasih kerana sudi singgah dan baca.

  • Kemas kini 28/5/23

Comments 20

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge