Punca Kepada Sindrom Kurang Idea

Punca Kepada Sindrom Kurang Idea …Salam dan selamat sejahtera.Sesekali sekala memang akan ada berlaku.Saya dan blogger yang lain pasti menghadapi sindrom kurang idea.

Puas fikir itu dan ini.Idea tak juga muncul-muncul.Tak pe.Saya akhirnya gagahkan diri untuk bertenang dan menulis sahaja apa yang terlintas diminda.Tujuannya supaya momentum menulis itu sentiasa ada.

sindrom kurang idea

Apa yang perlu anda  dilakukan apabila berhadapan dengan situasi ini.Sudah pasti jangan terlalu risau atau panik tak tentu pasal.Dulu teman sekerja pernah berpesan.

“Hanafi jangan fikir sangat tentang idea.Nanti idea datang la bila hati dah tenang.”

Ada betulnya kata-kata dia walaupun dia bukan blogger macam saya.Setelah ditelusuri dengan mendalam saya membuat kesimpulan terhadap punca sindrom kurang idea seperti dibawah ini.

WAJIB BACA :   Adakah hidup ini mudah ?

1.Kurang membaca

Kurang membaca maka kurang idea.Tepat sekali.Idea tak berkembang.Daya berfikir berkurangan.Tambahan pula itu kesilapan mudah untuk dilakukan oleh sesiapa sahaja.Siapa yang rajin membaca sila angkat kaki.he..he..sekadar bergurau.

2.Kurang mood menulis

Mood memang faktor utama kerana menulis dengan perasaan berbeza cara menulis bersandarkan fakta.Mood menulis boleh ke laut dan boleh juga naik mencanak ke langit.Perg! Ayat power nie.Kegunaan ayat power untuk cerita dalam bab Cara Buat Duit.

3.Jiwa kurang tenteram

Selagi kita bergelar manusia maka tak akan boleh lari dari masalah.Jiwa tidak tenteram besar pengaruhnya kepada kehidupan.Bukan setakat untuk menulis blog sahaja.Dunia bekerja pun sama.Idea akan datang jika sudah ada ketenangan dalam diri.

WAJIB BACA :   Cuti Selama Seminggu Sudah Berakhir

4.Masalah belum selesai

Punca kepada jiwa kurang tenteram kerana rentetan masalah belum selesai.Ia bagaikan adik beradik.Akar umbi kepada masalah mesti diselesaikan.Jika tak ia seperti bom berangkai.Tak putus-putus.

5.Lumrah seorang manusia

Dalam banyak perkara inilah menjadi sandaran utama saya.Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan izin Allah SWT.Kita perlu pertolongan Allah SWT waima untuk mencetus ilham atau idea.Mesti ingat DIA setiap masa dan ketika.

{Sekilas pandang}

Punca kepada sindrom kurang idea boleh diatasi jika kena dengan caranya.Terpulang kepada cara masing-masing.Saya lebih suka berehat buat seketika .Tidur atau mandi ataupun berjalan dengan santai diluar rumah.Kalau tak pun tegur anak gadis jiran sebelah he..he..he..

WAJIB BACA :   Pengalaman Reload M8 di 7E

Tindakan memaksa diri sendiri terutama diluar kemampuan masa dan keadaan bukan sesuatu yang bijak.

Comments 24

Leave a Reply to bdak_cenang Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge