23 Punca Penceraian Yang Tak Masuk Akal

Heboh seketika di media sosial berkenaan punca penceraian. Isunya sangat remeh dan seperti tidak masuk akal. Apa yang menarik laporan punca perceraian ini dibentang dalam parlimen baru baru ini.

Admin suka nak berkongsikan dengan pembaca semua. Moga – moga kita mampu untuk mengelak penceraian. Elok untuk dibaca bagi mereka yang sudah berumahtangga atau bakal mendirikan rumahtangga.

23 Punca Penceraian

cerai taklik

1.Punggung isteri yang mengerutu

Macam-macam ada. Mungkin ada kebenarannya juga kerana isteri yang memiliki punggung yang mengerutu boleh disifatkan jenis pengotor. Mereka tidak menjaga kebersihan punggung sehingga menimbulkan rasa kurang selesa pada pihak suami. Lainlah kalau suami juga mempunyai punggung yang menggerutu.

2.Permintaan isteri yang terlampau

Dikatakan ada isteri yang mahu baju,seluar dan aksesori dalam 30 warna yang berlainan. Bagaimanalah sang suami hendak memenuhi permintaan yang bukan-bukan. Jika suami berpendapatan tinggi tidak menjadi masalah. Yang menjadi masalah jika kemampuan kewangan suami cuma suam-suam suku sahaja.

3.Isteri  buat sabotaj yang melucukan

Ada isteri yang sengnaja mengotorkan  kopiah gara-gara tidak mahu suami menghabiskan masa berborak di surau. Memang logik juga. Dah ada isteri buat apa nak sembang lama-lama dengan kawan-kawan. Amatlah molek jika bersembang dengan isteri sendiri. Betul tak ?

4.Suami tidak pandai melakukan hubungan seks

Alamak nampak sangat kurang ilmu atas ranjang. Zaman sekarang susah nak terima alasan begini kerana teknik dan skill tersebut semua ada dalam Google. Antara nak belajar atau tidak sahaja lagi. Dengan suami isteri lagi mudah untuk praktikal ilmu tersebut. hehehe

5.Isteri suka mengikuti rombongan beramai-ramai

Terpulanglah kepada pasangan masing-masing. Ada yang suka berkepit dengan isteri seperti belangkas. Golongan suami begini mudah terasa kesunyian jika ditinggalkan isteri walaupun sekejap. Mungkin ramai juga yang tidak kisah. Janji si isteri pandai menjaga diri. Persoalannya berapa ramai suami yang ada ciri-ciri sporting begini.

6.Isteri suka membasuh baju pada waktu malam

Logiknya si suami mahu belaian dan perhatian pada waktu malam. Jika isteri sibuk dengan kerja kerja rumah tentunya terbit rasa bosan kepada si suami. Yang si suami tidak membantu pun satu hal. Paling tidak pun sediakan juga pembantu rumah jika nak perhatian 100 peratus dari isteri.

WAJIB BACA :   Ubah fikiran bisa mengubah kehidupan [ Edisi kemas kini ]

7.Suami mencurigai setiap tindakan isteri

Sungguh kurang bernasib baik si isteri mendapat suami sebegini. Jelas sekali suami juga ada cemburu buta. Lama-kelamaan kehidupan suami isteri memang kurang harmoni. yang akhirnya akan membawa kepada penceraian.

8.Isteri menceritakan kehebatan hubungan seks dengan bekas suami yang terdahulu.

Inilah risiko kepada suami jika mereka memperisteri janda. Pengalaman seks yang terdahulu akan menjejaskan hubungan rumahtangga yang baharu. Walaupun bukan semua bersifat demikian namun tetap ada dalam hati mereka perasaan membuat perbandingan hubungan atas ranjang. Alamak parah juga nie…

9,Berbeza fahaman politik

Sukar untuk dinafikan hakikat tersebut. Lebih lebih lagi kepada mereka yang obses atau fanatik kepada fahaman politik. Terpulanglah kepada pasangan tersebut untuk mengatasinya. Sebab itu sebelum kahwin lebih baik tanya dan jawap secara detail berkenaan fahaman politik begini.

10.Suami tidak suka isteri makan dalam kereta

makan dalam kereta

Nak cakap lawak pun boleh.Apatah lagi pelik bin ajaib.Yang pasti memang sukar untuk diterima akal dengan sikap suami yng tidak suka isteri makan dalam kereta. Logiknya memang kurang elok makan dalam kereta tetapi bukan sesuatu yang janggal bagi masyarakat kita. Lainlah kalau makan mee kolok dalam kereta. Kurang elok tu. Mungkin suami tak nak tempat duduk kereta menjadi kotor jika tertumpah makanan.

11.Gaji suami lebih rendah

Jika diikutkan hati memang suami mahu gaji lebih tinggi dari isteri. Sebab tanggungjawab suami untuk menyediakan keperluan asas kepada ahli keluarga bawah tanggungannya. Isteri yang bekerja cumalah untuk membantu suami menampung mana yang kurang. Apa yang berlaku hari ini isteri merasakan diri ada kelebihan jika mempunyai gaji yang lebih tinggi berbanding suami.Ego tinggi. Rasa hormat kian menghilang.Biarpun bukan semua.

12.Isteri lambat menyediakan makanan

Salah siapa jika isteri lambat menyediakan makanan sekiramya isteri terlalu sibuk. Mereka sibuk dengan kerjaya bagi yang bekerja. Ada anak-anak kecil yang berderet. Puncanya daripada suami sendiri jika mereka tidak menghulur bantuan. Amat menyedihkan jika tidak menyedia pembantu rumah

WAJIB BACA :   Zikir harian yang mudah hafal tapi sukar nak amal [ edisi kemas kini 2022 ]

13.Pasangan tidur lewat dan bangun pun lewat

Pada zaman ini tentu sukar melihat pasangan suami isteri yang tidur awal. Lainlah kepada mereka yang baharu melangsungkan perkahwinan.Itu faham-faham sahajalah. Punca utama lambat tidur kerana melayan gajet dan leka dengan media sosial. Sedangkan aktiviti dalam kamar tidur jauh lebih baik dari media sosial.

14.Suami bekerja tidak tentu masa

Tidak semua yang ada kesempatan untuk bekerja mengikut waktu pejabat. Suami yang berkerja syif atau tidak menentu masa ada pro dan kontra. Pandai-pandailah pasangan suami isteri mencari masa berkualiti. Yang penting boleh berkompromi kepada perkara yang baik. Tentu kurang bijak sekiranya isteri tidak puas hati dengan budaya kerja suami sebegini.

15.Anak demam dan tidak sihat

Aduh.Anak yang kurang sihat dan demam pun boleh jadi punca perceraian.Sepatutnya pada waktu beginilah suami dan isteri berkerjasama.Selain berkompromi dalam banyak perkara, suami dan isteri harus melupakan kepentingan peribadi. Demi anak buktikan kasih sayang tanpa syarat kepada pasangan.

16.Cemburu dengan pasangan berkawan dengan bekas kekasih

Logiknya memang tidak sesuai dan wajar untuk para isteri atau para suami masih berkawan dengan bekas kekasih. Perkara yang sudah berlalu dan sudah lepas buat apa nak kenang. Biarpun alasannya sekadar berkawam.Jagalah perasaan pasangan.Mana yang lebih ? Hati pasangan atau hati bekas kekasih.

17.Pasangan terlalu cerewet

Inilah karenah dunia rumahtangga yang kurang bagus.Inilah dugaan dan cabaran kepada suami atau isteri yang mempunyai perangai terlalu cerewet. Namun point penting kepada mereka yang ada nilai kesabaran yang tinggi.Jika tidak memamg tak tahan untuk berkongsi hidup. Boleh dikatakan bukan jodoh yang sesuai untuk meteka yang sudah berkahwin.

18.Pasangan tidut berdengkur

Tidur berdengkur

Ada penyelesaian terbaik sebenarnya. Jumpa doktor untuk menyelesaikan masalah tidur berdengkur. Jangan jadikan perceraian satu langkah mudah. Sebab kesan perceraian ditanggung oleh banyak pihak terutamanya dengan anak-anak. Kasihani mereka yang menjadi mangsa tindakan dan keadaan ibu bapa.

WAJIB BACA :   Menyoroti sejarah Hari Sarawak: 22 Julai 2022

19.Pasangan gemar membeli belah

Kesan buruk membeli belah tentulah duit cepat habis.Malah tidak dinafikan membeli belah merupakan aktiviti yang sangat menyeronok.Yang tak seronok poket dan dompet akan cepat nipis. Seolah-olah ada kebocoran yang besar. Jadi tidak mustahil juga pasangan yang terbabit akan bercerai apabila tidak mampu lagi menyara kehidupan pasangan yang suka membeli belah. Jika membeli barang keperluan satu kewajaran. Ini tidak. Membeli belah memenuhi kehendak.

20.Suami tangkai jering (kedekut)

Ada suami yang mempunyai tabiat pelik. Dengan isteri sangat kedekut tetapi dengan orang lain jadi pemurah. Isteri diperlakukan sesuka hati dalam bab duit dan sebagainya. Lama kelamaan isteri akan makan hati sehingga rumahtangga bergolak dan hambar sepanjang masa.

21.Tidak suka cara pasangan menjemur atau membasuh baju

Sekali imbas memang remeh. Namun jika difikirkan logiknya memang perlu juga untuk mengubah sikap. Belajar untuk menjemur baju dengan cara yang lebih baik. Cara yang lebih disukai pasangan masing-masing.

22.Berebut rancangan TV

Kedengaran memang lucu. Mana tidaknya dengan berebut rancangan TV sekalipun boleh membawa kepada penceraian. Penyelesaian terbaik untuk pasangan yang jenis sukar berkompromi beli sahaja dua set TV. Biar berbelanja lebih. Yang penting rumah tangga dapat diselamatkan.

23.Lupa pam tandas

Inilah tabiat jelek yang memang patut dibuang jauh-jauh. Jika ada pasangan yang sanggup bertolenrasi memang satu bonus besar. Sayangnya tidak ramai yang sanggup. Oleh sebab itu cuba belajar untuk lebih bertanggungjawab selepas melepas hajat masing-masing. Jangan sesekali-kali lupa dan buat-buat tidak ingat.

Kesimpulan

Admin berharap kepada pasangan suami isteri di luar sana agar menjaga ikatan perkahwinan sekuat dan seerat yang mungkin.Sekali terlerai buruk padahnya.

Kesan jangka pendek dan kesan jangka panjang pasti ada. Mungkin membawa mudharat dan mungkin juga membawa kebaikan.

Sekiraanya terjumpa konflk dan pertelingkahan, carilah jalan penyelesaian. Moga-moga terjumpa kebahagiaan yang diidamkan semua pasangan yang ada di muka bumi ini.

Selamat berbahagia hingga ke Jannah.

  • Kemas kini 29/12/22

Comments 35

Leave a Reply to raihanah Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge