Rambut panjang gaya lelaki masa kini

Sedang saya menatap cermin pagi ini, terpandang wajah lelaki berambut panjang.Pada mulanya rasa seram.Namun diberanikan diri kerana wajah yang dipaparkan dalam cermin itu diri sendiri.

Rasa nak gelak tetapi tiada apa yang melucukan.

Saya terus bermonolog dan memuncungkan mulut.Ala-ala merajuk la konon.

Kalau merajuk pun diri sendiri juga yang pujukkan.Oh ! Takde maknanya.

Ternyata kesan corona virus bukan kepada kesihatan dan ekonomi semata-mata.Sebaliknya menjejaskan juga penampilan diri semua orang.

Lelaki rata-rata akan berambut panjang.Rambut tidak terurus dan tidak rapi seperti sebelumnya.

Tidak kira sesiapapun mereka.Suami orang atau bakal suami, ayah atau bakal ayah, datuk atau bakal datuk,

Janji lelaki, semuanya sama.hahhahaha

Ya lelaki yang ada rambut pasti berambut panjang sekarang ini.

Kebiasaan baharu ini menjadi trend.Orang yang berambut pendek pula jadi pelik.Sebelum ini, orang yang berambut panjang akan jadi pelik.

Saya pernah tercuit hati membaca satu pendapat di dada akhbar.Pendapat itu bernada sindiran yang seakan-akan mengancam apabila sebelum ini dikhabarkan kedai salon dan barber dibuka semasa PKP.

“ Lebih baik panjang rambut daripada pendek umur”

Sepanjang hidup saya memang pernah berambut panjang yakni zaman rock kapak.Rambut berikat belakang dan ada juga bertocang.

Sayangnya pada masa itu tiada kemampuan untuk berselfie.Jadi tak de bukti untuk tatapan orang zaman sekarang.

Adapun kamera yang dulu-dulu menggunakan kodak.Perlu dihantar ke kedai untuk dicuci sebelum menjadi foto.

Bila dah jadi foto digunting kecil.Disimpan dalam beg duit untuk tatapan sendiri.Sebelahnya pulak letak gambar gadis idaman yang cantik dan menawan.

Pergh..lejen la zaman dulu-dulu.Tak de wasap, Messenger, Wechat dan yang sewaktu dengannya.

Dah cukup.

Sudah masuk dua bulan rambut saya belum dipotong.Mungkin terus tidak dipotong sehingga tiga atau empat bulan yang akan datang.

Yang jelas rupa dan wajah saya nanti lebih menyeramkan.Silap hari bulan layak berlakon filem ‘antoo’ sebagai pelakon tambahan.

Dengan penampilan berrambut panjang meletakkan saya seperti indah khabar dari rupa atau ‘out of spec’ dengan taste seseorang.

Ahhh..tak kisahlah.

Kalau betul ada orang suka dan sayang, maka dia melihat dengan mata hati.Melihat dengan keikhlasan dan ketulusan sebagai insan yang berhati suci.

Ye ke ?

We will see. Wait for that moment.

Salam 20 Ramadan 1441H.

4 thoughts on “Rambut panjang gaya lelaki masa kini”

Leave a Reply to mamapp Cancel reply

CommentLuv badge
%d bloggers like this: