Salam dan selamat sejahtera semua.Betul ke rangsang idea dengan segelas kopi.Nak kata betul tak salah.Nak kata salah pun tak semestinya betul.Jalan selamat minum je la kopi.Pesan saya jangan terlebih minum.Nanti mudarat kesihatan.
Sebelum saya dapat idea nak tulis entri berkaitan kopi,semalam saya duduk depan laptop.Langsung tak menulis sepatah perkataan sekali pun Kaw-kaw punya tiada idea.Dah hampir 30 minit pun masih macam tu.Orang sebelah rumah kata sindrom mental block.Namun saya tak la tension.Bawa bertenang dan seterusnya tidur.Habis cerita.
Tanpa diduga sama sekali dan sambil-sambil minum segelas kopi, saya dapat satu idea.Saya tulis tentang tabiat saya yang suka sangat minum kopi dua gelas sehari.Pagi sekali.Petang pun sekali.Meskipun begitu saya minum kopi yang terkawal kandungan gulanya.Tak tawar dan tak terlalu manis.Ala yang sedang-sedang gitu.
Bila dah minum kopi tersebut rasa sedar diri mula terasa.Perasaan kembali bersemangat dan fikiran dah mula aktif.Fikir itu dan fikir ini.Sebabnya minda telah dikuasai pengaruh kafein.Kadar keaktifan fikiran membolehkan minda sentiasa bergerak ke hadapan.KIni mencari dan membongkar lubuk paling awesome untuk menjana pendapatan.
Tiada pendapatan maknanya tak dapat lagi minum kopi.Sebab itu otak terus diransang untuk mencari idea.Kot-kot ada idea yang paling best untuk menjadi jutawan pulak.Mana lah kita tahu.
Ada orang kata minum kopi dapat menghilangkan rasa mengantuk.Ikut logik tiada penawar paling berkesan selain tidur.Sebab dengan tidur mencukupi badan berehat.Dengan berehat sel-sel yang rosak bertukar baru.
{sekilas pandang}
Idea secara asasnya adalah ilham dari Allah SWT.Jangan pulak anggap ia dari sendiri dan rasa tinggi diri pulak apabila mendapati idea itu antara yang terbaik dalam dunia ini.
Tanpa izin dari Allah SWT semua perkara tak akan menjadi.Hukum alam mesti dipatuhi.Misalnya api yang bersifat panas dan boleh digunakan untuk memasak,membakar atau memangang.
Begitu juga dengan idea.Jika kita sentiasa berfikir maka idea akan muncul sama ada selepas atau sebelum minum kopi.Orang berfikir dan orang yang kurang rajin berfikir tak sama.Orang berfikir akan dapat banyak idea.
Jadi amat beruntung menjadi blogger kerana sentiasa diransang untuk berfikir dan menulis dalam menterjemahkan idea menjadi penulisan blog.
p /s : Jangan lupa untuk terus membaca Teknik Sebenar Bina Kehidupan Bebas Kewangan
Minum nescafe waktu pagi memang menyegarkan badan
Boleh fokus buat kerja
Thanks
minat kopi juga ya…ho..ho..bagus tu
Tak suka kopi, lebih suka minum milo sambil taip entry =0
minum milo otak jadi lebih bertenaga
Jika saya, tak ada idea .. terus tutup PC .. haha ..
Tapi sebelum tu, pi tgk gambar2 lama yang disimpan dalam PC, dari gambar macam2 cerita boleh ditulis.
Hasrul Hassan recently posted…Destinasi Bajet – Akuarium Tunku Abdul Rahman Penang
tip yang amat berguna ini tuan..
ok bos, aku jarang la takde idea nak tulis blog, cumaaaa… bak kata mereka dalam filem inkheart, writer block… idea tu macam ada, tapi tak cukup untuk buat satu penulisan yang menarik.
idea tak de bila terlalu diparah bro
ramai gak peminat kopi nie..
Saya pun selalu jugak dapat idea lepas minum kopi, cuma bila selalu sangat ambik kopi, kepala jadi sakit. Sebab kafein kot
memang kesan kafien tu bro..
Saya macam kena minum Nescafe as a kickstart for the day..baru lah rasa bersedia untuk memulakan hari. Kopi ok gak, tapi kena gu dengan nasi lemak ,baru cantikkk
kopi siap dengan nasi lemak..memang gandingan mantap
Adakalanya memang kena minum secawan kopi untuk refresh minda dan fizikal..
brau dapat ilham…
Noriza Rahman recently posted…Inginkan Kulit Sentiasa Sihat dan Bebas Jerawat?
secawanm kopi amat memadai..
saya pun suka minum kopi. Ada orang minum kopi untuk berjaga malam, kopi pada saya memang tak ‘lut’…saya boleh minum kopi lepas tu tidur hehe
kalau dah ngantuk minum apa sekali pu memang akan tidur
suka minum kopi tapi susah nak minum selalu sukar juga selalu buat kopi en suami dapat rasa sedikit sahaja cukup hee..
apa minuman kalau minum nak jenis minuman yang kita suka akan mudahnya datang ideakan
kan best kalau secawan kopi kongsi bersama..kelas gitu
saya selalu minum kopi setiap pagi. hilangkan rasa mengantuk.
pagi adalah masa yang sesuai untuk minum kopi
kopi dalam cawan tu memang nampak lain warnanya….
kopi yang dah nak habis tapi saya tambah air panas ..kopi jadi cair la..
Assalammualaikum…mrhanafi,
kekadang idea tak datang2… lepas tu pekena kopi…
mselim3
mselim3 recently posted…Kisah Ummu Mahjan – Pembersih Masjid Nabawi
wsalam tuan..sama la macam tu..
Betul tu, minum kopi boleh rangsangkan otak jadi lebih aktif.
menurut kajian pakar otak memang ada logiknya
antara kopi kegemaran 3in 1 saya
1. radix
2. habatusauda(agromas)
kedua kopi ni tidak memeningkan kepala dan sedap dah la jaminan halal
try ni bos, mmg bnyk idea tp kalo esok dah keje kene tido gak heheheheh
nak cari lah kopi radix kalau macam tu.
Sedap makan biskut kering cicah kopi panas time hujan…memang kaw-kaw la
Noriza Rahman recently posted…Anda Mencari Pengedar SHAKLEE Bandar Baru Bangi?
ya..terbaik gitu..memang layan bila time santai..
huhu..jie kurang kopi ni..kalau perkena teh tarik…
confirm idea mencurah-curah,,haha
lain orang lain caranya bro..
Saya tak petcaya minum kopi boleh merangsang minda dan hilang mengantuk. Saya suka minum kopi, bila mengantuk tidur juga walaupun lepas minum kopi.
sensasi2020 recently posted…Piala Malaysia 2015: Jadual Perlawanan 11 & 12 September 2015
sebab tak percaya la jadi macam tu..minum air suam jika yakin pun boleh hilangkan mengantuk juga
aku menulis blog seminggu sekali jek..
untuk pastikan post blog aku berkualiti
wow..bestnya cara tu..selama 6 hari mengarang ayat paling kaw punya!
kadang2 benda yang kecil membuatkan otak kita terangsang
otak teransang tak pe..jangan nafsu lain ceritanya he..he..
saya memang suka minum kopi. Lebih-lebih lagi kalau mood stress tiba-tiba melanda. Seminggu wajib pekena kopi…
seminggu …je..saya setiap hari
saya suka minum kopi masa duduk depan laptop..sambil-sambil mencari idea..
ok gak kalau macam tu..