Rasional Istighfar Untuk Hadapi Kesulitan

Istghfar adalah perbuatan yang mulia. Dalam artikel ini mrhanafi akan mengupas sedikit mengenai rasional istighfar untuk hadapi kesulitan.

Mrhanafi faham bahawa kehidupan tanpa cabaran dan halangan bukan kehidupan namanya.

Perkara tersebut adalah pakej yang wajib untuk dihadapi dan dinikmati agar kewujudan diri ini kita hanya akan menggantungkan  harapan kepada Allah SWT semata-mata setiap masa dan ketika.

Oleh hal demikian bacaan istighfar adalah satu cara  pengharapan tersebut selain bertujuan untuk menembus dosa serta kesilapan.

Rasional Istighfar

rasional istighfar

Mrhanafi ingin nak berkongsikan satu artikel berkaitan rasional istighfar dari salah seorang indirect  sifu mrhanafi dalam bidang motivasi.

Beliau ialah Ir.Hj. Ezwan.

WAJIB BACA :   Percayalah buat baik dibalas baik...tak percaya buat sahaja

Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Thawus menyatakan,

“Barangsiapa tertimpa kesulitan atau kesusahan, hendaklah beristighfar sebanyak seribu kali maka Allah akan menghapus kesulitan itu. ”

Mungkin anda bertanya, apa hubungannya istighfar dengan kesulitan yang kita hadapi?

Saya cuba jelaskan secara rasional.

Seseorang yang menghadapi kesulitan, dia akan mudah marah, sedih, atau kecewa ketika kesulitan itu menimpanya.

Padahal, sering kali sebenarnya kesulitan yang dihadapi tidaklah begitu rumit.

Akan tetapi, oleh sebab dia menghadapi kesulitan itu dengan sikap negatif (seperti marah, sedih, dan kecewa) maka kesulitan itu bertambah rumit dan berlarutan sampai menyusahkannya.

Menghadapi setiap kesulitan tidak sepatutnya dengan marah, sedih, atau kecewa.

WAJIB BACA :   Cara nak jadi kaya menurut UAD

Rasional Istighfar

Hal itu tidak akan menghilangkan kesulitan yang dialami.

Akan tetapi, menghadapi kesulitan itu mesti dengan ketenangan dan keyakinan diri yang mampu mengatasinya dengan baik.

Di sinilah fungsi istighfar yang dapat menyelesaikan kesulitan kerana istighfar dapat mendatangkan ketenangan dalam hati dan keyakinan diri mampu mengatasi kesulitan itu.

InsyaAllah lstighfar membuat hati menjadi tenang dan fikiran menjadi jernih sehingga kesulitan apa pun yang datang tidak membuat kita cemas, marah-marah, atau kecewa.

Kesulitan menjadi hal yang mudah untuk diatasi.

Dengan hati yang lapang dan fikiran yang jernih, kita akan mampu menjemput rezeki.

Istighfar

Selain itu, akan membawa nilai keberkahan dan  mendatangkan pertolongan Allah SWT, yang salah  satunya berupa rezeki tidak disangka-sangka.

WAJIB BACA :   Jom bongkar cara jadi kaya cepat !

Semoga kita semua tergolong dalam golongan orang-orang yang sentiasa memohon keampunan.

Aamiin.

Semoga penjelasan ini dapat menjernihkan fikiran kita tentang rasional istighfar dalam menghadapi apa jua kesulitan hidup yang kita hadapi.

Tak kisah dalam hubungan peribadi, kewangan dan pelbagai lagi.

Mudah-mudahan kita ada kekuatan untuk mengamalkan istighfar setiap masa dan ketika.

  • Kemas kini 19 Jun 2023

Comments 1

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge