Baru-baru ini saya berjaya beli satu telefon pintar yang baru iaitu Alcatel Onetouch Pixi3….Telefon lama sudah rosak dan tidak dapat digunakan untuk aplikasi online.
Keadaan ini memaksa saya beli set telefon baru yang lebih baik dari yang lama.
Seperti yang dirancang kos untuk membeli telefon ini saya perolehi dari pendapatan pertama dalam satu bisnes
Walaupun tak banyak tetapi ia amat memadai untuk menyakinkan saya bahawa bisnes telco yang saya ceburi ini terbaik jika diusahakan sunguh-sungguh.
Alcatel Onetouch Pixi3
Kredit gambar :http://www.theverge.com/
Jenama Alcatel bukan baru. Teknologi Alcatel juga bermula dengan penciptaan telefon atas meja dan peralatan pejabat.
Tak hairan jenama Alcatel boleh menambat hati selain jenama Samsung,Nokia,Sony,Lenovo,LG dan banyak lagi la.
Pening kepala nak pilih.
Saya suka Alcatel One Touch Pixi3 ini kerana specfikasi kamera depannya ada 5 MP manakala kamera belakang pula 8 MP.
Berikut adalah hasil gambar yang saya tangkap. Maaf teknik yang digunakan bukan secara profesional.
Spekfikasi yang lain pula adalah seperti di bawah :
1.Internal memori : 2 GB
2.OS guna : Android 4.4 KIt Kat
3.Keluasan skrin :4.5 inchi
4.Simkad : Dual
5.Signal : 3G+ atau 21Mbps
6.Kelajuan : 1.3Ghz
7.Warna : Hitam
Bagi pembeli yang cerewet tentang spekfikasi telefon ini bukan sesuatu pilihan yang terbaik.
Ada lebih banyak lagi yang bagus dan boleh memberi kepuasan kepada jiwa.
Namun bagi saya ia sudah memadai memadangkan saya bukan jenis online secara tegar menggunakan telefon pintar.
Saya lebih gemar kepada laptop. Lebih besar dan lebih selesa.
Secara peribadinya saya menganggap set Alcatel Onetouch Pixi3 ada kelemahannya.
Bagi saya yang bukan biasa dengan telefon pintar boleh dikatakan ia adalah pandangan pertama.
Penggunaan baterinya cepat habis jika online. Bajet anda akan bertambah kerana perlu beli powerbank pulak selepas ini.
Antaramuka atau interface kurang mesra pengguna.
Saya selalu sahaja silap tekan button dan menyebabkan panggilan tidak dirancang ke atas nombor telefon lain.
Kadar kelajuan untuk online bergantung kepada WIFI atau pakej data.
Setakat ini tak la laju sangat. Sekadar boleh je.
Telefon ini berat. Ada rasa keletihan jika pegang lama-lama.
Itu boleh diabaikan dengan jangan pegang telefon itu selalu. Guna sekali sekala sahaja.
Walau apapun saya tetap bersyukur memilikinya kerana gajet ini.
- Kemas kini 31 Ogos 2024
Wah tahniah MH, dah boleh beli handphone baru dengan pendapatan bisnes simkad!
Noriza Rahman recently posted…Kekalkan Berat Badan Ideal TANPA Perlu Risau Kalau Nak Makan!
terima kasih..adalah sikit-sikit masuk..itupun HP untuk bisnes.
Saya pakai Asus je. Cari paling murah sebab saya cuma tau sms, call dan bukak youtube. Lain-lain hal tak penting sangat. Buat kerja guna laptop.Cuma hp jenis ni satu keperluan sekarang.Kita kena ikuti trend customer sekarang supaya pelanggan tak lari dengan competition yang sangat tinggi.
sekarang ramai guna Whatsapp.sedangkan saya suka FB dan sms je.
Whatsap ni buat kurang rasa privacy sebab customer ramai guna juga. Saya guna Kakao Talk juga sekali sekala.
saya lebih suka call..sama ada guna WhatsApp atau line biasa..
saya pun nak cari phone baru, tujuan utama adalah untuk DUAL SIM supaya mudah kerja
kalau keperluan..on sahaja bro
Yup, saya pun guna 2 sim jugak.Cuma nak cari handphone yang kalau boleh bateri tahan lasak . Guna internet ni satunya bateri cepat habis.
Belum pernah cuba lagi hp alcatel..
saya pun mcm bro, kurang suka guna hp utk surf internet..
saya lagi suka guna pc yg monitor yg screen besar..
hp untuk layan Whatsapp sahaja bro..
Terpulang kepada kehendak dan citarasa untuk membeli hp mana yang berbaloi untuk jangka masa panjang. 😀
citarasa saya nak iPhone..lagi klass gitu
Smart phone ni selalu cepat abih bateri…tu yg leceh siket.
Apa2 pun….moga suksess
kalau tak cuba mana tahu..
sekarang dah tahu model mana kuat makan bateri..Alcatel dan Asus
jimat bateri..Oppo dan Lenovo..
Alhamdulillah, rezeki bisnes BestMobile yer HB…
yalah kan..syukur teramat sangat nie..
Dengan spec macam tu untuk harga tu, memang sangat berbaloi bro… tak banyak pon telefon yang baterinya tahan.
bateri yang cepat habis terpaksa cover guna power bank gayanya..
Huhu saya guna handphone sebagai modem saja..lepas tu whatapp
ishak recently posted…Jom tingkatkan keyakinan diri dengan Rexona
keperluan bro tak sama dengan saya..
Wah Alcatel, dah lama tak dengar, saya selalu surf pakai hp, mmg batery cepat habis
mau pakai power bank kalau macam tu..