Review Alcatel Onetouch Pixi3

Review Alcatel Onetouch Pixi3…Baru-baru ini saya berjaya beli satu telefon pintar yang baru.Telefon lama sudah rosak dan tidak dapat digunakan untuk aplikasi online.Keadaan ini memaksa saya beli set telefon baru yang lebih baik dari yang lama.

Seperti yang dirancang kos untuk membeli telefon ini saya perolehi dari pendapatan pertama saya sebagai Brand Partner Bestmobile.Walaupun tak banyak tetapi ia amat memadai untuk menyakinkan saya bahawa bisnes telco yang saya ceburi ini terbaik jika diusahakan sunguh-sungguh.

onetouch pixi3

Kredit gambar :http://www.theverge.com/

Jenama Alcatel bukan baru.Teknologi Alcatel juga bermula dengan penciptaan telefon atas meja dan peralatan pejabat.Tak hairan jenama Alcatel boleh menambat hati selain jenama Samsung,Nokia,Sony,Lenovo,LG dan banyak lagi la.Pening kepala nak pilih.

WAJIB BACA :   Rezeki tidak tersangka memang best giler

Saya suka Alcatel One Touch Pixi3 ini kerana specfikasi kamera depannya ada 5 MP manakala kamera belakang pula 8 MP.Berikut adalah hasil gambar yang saya tangkap.Maaf teknik yang digunakan bukan secara profesional.

IMG_20150615_180112

Spekfikasi yang lain pula adalah seperti di bawah :

1.Internal memori : 2 GB

2.OS guna : Android 4.4  KIt Kat

3.Keluasan skrin :4.5 inchi

4.Simkad  : Dual

5.Signal : 3G+ atau 21Mbps

6.Kelajuan : 1.3Ghz

7.Warna : Hitam

** Spekfikasi yang lebih detail boleh la survey kat sini

Bagi pembeli yang cerewet tentang spekfikasi telefon ini bukan sesuatu pilihan yang terbaik.Ada lebih banyak lagi yang bagus dan boleh memberi kepuasan kepada jiwa.

Namun bagi saya ia sudah memadai memadangkan saya bukan jenis online secara tegar menggunakan telefon pintar.Saya lebih gemar kepada laptop.Lebih besar dan lebih selesa.

WAJIB BACA :   2 cara mempromosikan produk secara online yang powerful

Secara peribadinya saya menganggap set Alcatel Onetouch Pixi3 ada kelemahannya.Bagi saya yang bukan biasa dengan telefon pintar boleh dikatakan ia adalah pandangan pertama.

Penggunaan baterinya cepat habis jika online.Bajet anda akan bertambah kerana perlu beli Power Bank pulak selepas ini.

Antaramuka atau interface kurang mesra pengguna.Saya selalu sahaja silap tekan button dan menyebabkan panggilan tidak dirancang ke atas nombor telefon lain.

Kadar kelajuan untuk online bergantung kepada wifi atau pakej data.Setakat ini tak la laju sangat.Sekadar boleh je.

Telefon ini berat.Ada rasa keletihan jika pegang lama-lama.Itu boleh diabaikan dengan jangan pegang telefon itu selalu.Guna sekali sekala sahaja.

Walau apapun saya tetap bersyukur memilikinya kerana gajet ini bakal menjadi senjata utama saya untuk melaksanakan misi Jom Bongkar Rahsia BestMobile Prepaid Jana Duit

WAJIB BACA :   Cukup ke RM150 untuk belanja dapur sebulan ?

Comments 23

Leave a Reply to ishak Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge