Review Buku : Kata Diucap Perasaan Dijaga..Mrhanafi tertarik untuk mentelaah satu buku lama.Sejujurnya mrhanafi amat suka kepada judul buku ini.Ada seni yang tersendiri.Penggunaan kata yang memikat jiwa.Buku ini mungkin masih dijual lagi.Jika tak jumpa boleh cari di perpustakaan.
Penulis buku ini ialah Fauziah Wan Jaafar.Mengikut catatan telah diterbitkan pada tahun 2010.Lebih kurang pada 6 tahun yang lepas ketika entri blog ini ditulis.Namun mrhanafi pasti ilmu dan informasi yang terkandung dalam buku ini masih relevan walaupun dalam masa 10 tahun atau 20 tahun yang akan datang.
Intipati buku ini memang berkisar kepada bagaimana menjadi nak menjadi manusia yang hebat dalam dunia komunikasi.Sangat perlu dimiliki atau dipelajari sesiapa sahaja.Tentunya amat disarankan kepada yang terlibat langsung dalam dunia seni perhubungan manusia seperti usahawan,wartawan dan sebagainya.
Penulis buku ini bukan calang-calang orangnya.Ada memiliki Master dalam Organizational Communications dari Universiti Terbuka Malaysia.Seorang motivator,penulis buku dan master trainner di syarikat Perunding Motivasi.Ternyata beliau juga merupakan penggiat seni dan sastera di Malaysia.
Ketebalan buku Kata Diucap Perasaan Dijaga cuma dalam 159 mukasurat.Ya.Macam nipis sahaja.Namun ia padat dengan info dan ilmu yang hebat-hebat.Kalau betul-betul nak berjaya dalam bidang komunikasi wajib untuk mentelaah dan mengamalkan semaksima yang mungkin.
Mrhanafi tak nak ulas panjang lebar.Cukup setakat di sini sahaja.Jika masih serius nak tahu bolehlah godek-godek kat kedai buku yang popular.Pesan mrhanafi jangan pula ke portal Buku Online.Kat situ memang tak de punya kerana buku tersebut hanya dalam bentuk fizikal dan bukan berbentuk ebook.
Semenjak aktif dengan media sosial masa berharga mrhanafi kurang difokuskan kepada aktiviti pembacaan buku.
Media sosial lebih banyak tarikan berbentuk nafsu dunia seperti wanita cantik,gadis jelita dan perempuan menawan.Tengok tu sengnaja mrhanafi ulang sampai tiga kali bab berkaitan golongan tersebut.
Nak buat macam mana.Itu memang cabaran tradisi seorang yang bergelar lelaki.Kisah sebenar dan cara nak memikat lelaki anda( sekiranya anda seorang wanita) boleh pelajari dari tokoh lelaki hebat iaitu DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
saya juga jarang dah ada masa nak baca buku…majalah, surat khabar sekadar selak-selak je…kalau tajuk menarik baru baca huhu
siti hazreen recently posted…Lirik Lagu Grace oleh Bryan Ingram
zaman sekarang kita suka dengan media sosial…buku-buku fizikal dah hilang tarikan
dah lama tak baca buku motivasi mcm ni. asyik baca fiction je..
baca fiction pun bagus juga..perbendaharaan kata boleh kaya dan luas
lama tak baca buku. dlu waktu naik komuter rajin luangkan masa dengan baca buku. rasa macam nak kembalikan zaman kerajinan membaca buku 😀
jomlah kembalikan zaman kegemilangan membaca buku..kurang media sosial kerana ia musuh utama kepada masa untuk membaca buku.
Suka baca buku buku macam ni.
Ia mendidik kita agar jadi insan yang lebih berguna.
Mek ila Jual Vitamin recently posted…Bahagianya Bila Masalah Vertigo Mak Kini Pulih Setelah Sekian Lama!
ho..ho..baguslah kalau macam tu..banyak manfaatnya
Beberapa minggu lepas berkesempatan untuk ke perpustakaan. Dah lama x kesana, perasaan memegang buku fizikal memang best, luang masa sikit untuk membaca buku buku yang jarang kita jumpa di internet.
Saya jemput Mr Hanafi untuk join buat duit dengan telco terbaru, pelancaran April ini. Kalau Hanafi mahu la.. 🙂
buku fizikal memang terbaik..
p/s : boleh dipertimbangkan tuan..
kalau nak bagitau saya, pelancaran april ni, tp sapa nak jadi leader awal boleh join skrg utk beli simkad, siap boleh login sistem lagi
boleh bro..boleh difikirkan sebab nak adjust bajet nie
menarik jadinya buku ini, thanks ya
Raihanah Ahmad recently posted…Anak Selalu Demam: Cara Tingkatkan Sistem Imun Anak-anak
secara umumunya buku ini memang menarik
dah lama tak baca buku yang jenis macam ni. InsyaAllah akan try beli dan baca buku-buku bergenre sebegini.
musadun recently posted…Contoh Surat Tidak Hadir Ke Sekolah Mudah dan Terbaik
baguslah tuan..jika ada kesungguhan pasti boleh punya
Brape bintang Bro hanafi bg utk buku ni..
3 bintang sahaja..bro.
bergolek kat katil rumah sendiri pun boleh sebenarnya..
Dah lama tak membaca buku ni, kena beli la sebuah dua buat motivasi diri untuk terus membaca
Noriza Rahman recently posted…Nak Berurut Tetapi Kulit Sensitif dengan Minyak Panas?
sekarang masa yang sangat mencabar untuk membaca buku…media sosial adalah saingan utama
Saya jugak seorang yang gemar membaca buku..cuma genre buku yang saya minat berkaitan dengan history, pelaburan dan perniagaan.
bagus juga begitu bro…saya lebih suka buku yang boleh menjana duit