Review Buku : Kata Diucap Perasaan Dijaga

Review Buku : Kata Diucap Perasaan Dijaga..Mrhanafi tertarik untuk mentelaah satu buku lama.Sejujurnya mrhanafi amat suka kepada judul buku ini.Ada seni yang tersendiri.Penggunaan kata yang memikat jiwa.Buku ini mungkin masih dijual lagi.Jika tak jumpa boleh cari di perpustakaan.

Kata Diucap perasaan dijaga

Penulis buku ini ialah Fauziah Wan Jaafar.Mengikut catatan telah diterbitkan pada tahun 2010.Lebih kurang pada 6 tahun yang lepas ketika entri blog ini ditulis.Namun mrhanafi pasti ilmu dan informasi yang terkandung dalam buku ini masih relevan walaupun dalam masa 10 tahun atau 20 tahun yang akan datang.

Intipati buku ini memang berkisar kepada  bagaimana menjadi nak menjadi manusia yang hebat dalam dunia komunikasi.Sangat perlu dimiliki atau dipelajari sesiapa sahaja.Tentunya amat disarankan kepada yang terlibat langsung dalam dunia seni perhubungan manusia seperti usahawan,wartawan dan sebagainya.

WAJIB BACA :   Lesen memandu boleh diperbaharui 10 tahun

Penulis buku ini bukan calang-calang orangnya.Ada memiliki Master dalam Organizational Communications dari Universiti Terbuka Malaysia.Seorang motivator,penulis buku dan master trainner di syarikat Perunding Motivasi.Ternyata beliau juga merupakan penggiat seni dan sastera di Malaysia.

Ketebalan buku Kata Diucap Perasaan Dijaga cuma dalam 159 mukasurat.Ya.Macam nipis sahaja.Namun ia padat dengan info dan ilmu yang hebat-hebat.Kalau betul-betul nak berjaya dalam bidang komunikasi wajib untuk mentelaah dan mengamalkan semaksima yang mungkin.

Mrhanafi tak nak ulas panjang lebar.Cukup setakat di sini sahaja.Jika masih serius nak tahu bolehlah godek-godek kat kedai buku yang popular.Pesan mrhanafi jangan pula ke portal Buku Online.Kat situ memang tak de punya kerana buku tersebut hanya dalam bentuk fizikal dan bukan berbentuk ebook.

WAJIB BACA :   Kesan Perceraian Yang Memilukan Perasaan

{sekilas pandang}

Semenjak aktif dengan media sosial masa berharga mrhanafi kurang difokuskan kepada aktiviti pembacaan buku.

Media sosial lebih banyak tarikan berbentuk nafsu dunia seperti wanita cantik,gadis jelita dan perempuan menawan.Tengok tu sengnaja mrhanafi ulang sampai tiga kali bab berkaitan golongan tersebut.

Nak buat macam mana.Itu memang cabaran tradisi seorang yang bergelar lelaki.Kisah sebenar dan cara nak memikat lelaki anda( sekiranya anda seorang wanita)  boleh pelajari dari tokoh lelaki hebat iaitu DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

Comments 23

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge