Alhamdulillah saya selesai membaca Novel Sunan Nanggroe Sang Kembara.Entah mengapa saya buang tabiat untuk membaca buku genre novel.Biasanya saya baca buku ilmiah dan genre yang berat-berat seperti motivasi,falsafah dan perniagaan maupun pengurusan.
Mungkin ada yang nak tertanya-tanya sejak bila saya suka membaca buku.Boleh dikatakan sejak hari pertama saya pandai membaca.Alamak.Mencarut la pulak tetapi memang betul la jika difikirkan logik.
Buku Sunan Nanggroe Sang Kembara ini adalah hasil penulisan hebat Novelis Thiller No 1 Malaysia iaitu Tuan Ramblee Awang Murshid.Ia diterbitkan pada tahun 2014 (cetakan pertama)
Kisah apa tu ?
Itulah yang akan bermain dalam minda para pembaca.Betulkan.Buku ini berepisod dan ada kisah sambungan seperti mana penulisan artikel blog saya.
Dalam buku Sunan ini mengisahkan beberapa watak baik dan jahat.
Watak baik :
1.Wali Sufi
2.Saifudin
3.Jalis
4.Megat
5.Sulimah
6.Aminah.
7.Banyak lagi.
Watak jahat
1.Maharani
2.Ratna
3,Gimbaran
4.Orang Kaya Semnan
5.Banyak lagi.
Watak-watak tersebut mewarnai jalan cerita ini dengan kisah percintaan,perjuangan,pembunuhan,rompakan dan persengketaan.
Jangan hairan ada unsur-unsur persilatan Melayu dan sihir serta watak khayalan seperti mahluk bersayap dan orang kenit.Dah nama novel mestilah ada pelbagai watak yang menarik,mistik dan lagenda.
Ada beberapa lokasi yang digunakan untuk menghidupkan jalan cerita novel Sunan ini.
1.Acheh
2.Punggor
3.Melaka
4.Puncak Punggor
5.Pagar Ruyong
Saya akui Tuan Awang Ramblee Murshid bijak bermain kata dan emosi dalam novel ini.Biarpun saya tidak begitu emo namun jauh disudut hati saya terkesan bahawa setiap kejahatan itu adalah kerana nafsu amarah,dengki,ujub diri dan tamak haloba dengan habuan dunia.
Sebaliknya untuk menjadi baik sebagaimana watak Wali Sufi dan Saifudin mesti ada hati yang ikhlas,rendah hati dan mempunyai kesabaran luarbiasa.
Bukan itu sahaja novel ini menggarapkan unsur-unsur agama seperti takwa,keikhlasan dan tawakal kepada Allah SWT.
Sudah pasti tidak tidak jauh dari landasan asas Islam iaitu Al-Quran dan Al Hadis.
Kisah Cinta
Golongan wanita mesti suka bab cinta.Namun percintaan yang diketengahkan dalam novel Sunan Nanggroe Sang Kembara amat mementingkan adat dan peradaban bangsa Melayu yang menjunjung tinggi agama Islam.
Misalnya Saifudin yang suka dengan Melor.Selepas itu Aminah dan Ratna juga meminati Saifudin.Mereka tidak berpegang tangan dan duduk berduaan ditempat yang sunyi.Cuma ada ketika bermain mata dan melayan perasaan ketika berjauhan.Lumrah tu sebagai manusia yang ada perasaan.
Kisah perjuangan
Wali Sufi yang menjadi orang sakti di Acheh banyak memperjuangkan nilai hidup beragama sehingga Acheh sekarang digelar Serambi Mekah.
Wali Sufi yang hebat dengan ilmu agama dan persilatan Melayu menjadi tonggak utama dalam mempertahankan Acheh dari serangan luar dan dalam.
Perebutan pangkat
Orang Kaya Seman sanggup membuat fitnah untuk merebut jawatan Penghulu dari genggaman Jalis.
Ketika itu jawatan Penghulu dipandang tinggi walaupun tidak memberi kekayaan.Misalnya Jalis tetap menjadi nelayan walaupun ada jawatan Penghulu.
Kisah pelayaran
Sudah pasti kisah pelayaran memang seronok sekali.Ikuti kisah Saifudin yang telah diculik oleh lanun daratan untuk dijualkan kepada Juragan Pak Sulaiman.
Saifudin terpaksa menjadi orang suruhan dan awak-awak dalam kapal Jurugan Pak Sulaiman sebelum diserahkan kepada Wafi Suli di Acheh.
Pertempuran dahsyat
Ikuti bagaimana Ratna membunuh Aminah.Sebelum itu hayati bagaimana sadisnya Ratna menyiksa Aminah sehingga anak raja tersebut pengsan kesakitan.
Kemuncak cerita dalam novel ini adalah bagaimana pertempuran Ratna dengan Saifudin dalam gelanggang hutan.
Cuma ketika mana keinginan saya membuak-buak nak tahu kesudahannya novel tersebut BERSAMBUNG dalam episod lain.
Kalau begitu pembaca layan dululah kisah >>> Lelaki Berduit Versus Lelaki Kacak
Sumber rujukan :
1.Panduan Jana Pendapatan Pasif
2.Cara Tarik Rezeki Melimpah Ruah
4.Cara Meroketkan Jualan Di Facebook
5.Produk Tahan Lama Untuk Lelaki
6.Software Terbaru Untuk Peniaga Instagram
Complete punya review ni Mr Hanafi. hihi. Ramlee Murshid mmg novelis thriller paling top di Malaysia. pasti cite dia wat best. hihi. 😀
terima ksih bro GV
Yeahhh… lea pun dah terjebak dgn RAM ni..
hahaha..bagusla kalau begitu..
kita geng.
Whoa ni fav novel mama ni mrhanafi. Lepas ni wajib Sambung dgn sunan cinta yg Sakti, lepas Tu kena Sambung baca balik dari bagaikan puteri hihi
nampaknya kita terus sambung menyambung le baca novel Sunan
macam best jer novel nih..
zik recently posted…Tips kekal hidrasi sepanjang hari- dibulan ramadhan
Ya.. Bro memang best