Rezeki Allah Yang Buat Kita Bahagia

Rezeki Allah sangat luas.Boleh dikatakan seluas lautan.Tidak bertepi dan tiada penghujungnya.Rezeki jangan disempitkan dengan melihat sudut duit semata-mata.Hidup sihat,nyenyak tidur,makan kenyang dan ada keluarga bahagia termasuk dalam rezeki.

Masing-masing ada rezeki.

Jangan khuatir.

Jangan gundah gulana untuk memikirkannya.

Dalam konten ini admin berkongsi 8 jenis rezeki Allah.

Pilihlah yang mana satu pilihan hati.

Kalau dapat semuanya lagilah bagus.

Tidak mustahil jika itu adalah rezeki buat pembaca.

Rezeki Allah

Alexas_Fotos / Pixabay

1.Jaminan Allah

Siapa yang menjamin rezeki kita ?

Tentunya Allah SWT.

Lihat kepada surah Hud ayat 6.

Pernah ada orang kata semut dalam batu pun boleh hidup.

Tentulah.

Allah yang bagi rezeki semut.

Tapi ingat kita bukan semut.

Kita manusia yang kekadang termakan semut juga.

2.Usaha manusia

Orang berusaha pasti dapat. Usaha banyak dapat banyak.

Usaha sikit memang dapat sikit.

WAJIB BACA :   i-sinar tanpa syarat boleh dipohon mulai 8 Mac 2021

Cuba rujuk dalam surah An Najm ayat 39

Admin pernah perhatikan dari jauh.

Nak cakap tak berani sebab tidak mahu ganggu dia tengah sibuk bekerja.

Seawal jam enam pagi dia sudah buat persiapan untuk menjual.

Sekitar jam 5 petang dia kemas balik barangan jualan.

Itulah cara dia berusaha mencari rezeki demi kebahagiaan hidupnya.

3.Bersyukur selalu

Bersyukur dengan apa yang Allah beri.

Rasai kesyukuran dalam hati.

Rasai kebahagiaan setiap masa dan ketika.

Buktikan kesyukuran dengan taat dan gigih beribadah kepada Allah.

Bersyukur maka rezeki berganda-ganda.

Rujuk surah Ibrahim ayat 7.

4.Tidak dijangka

Cara nak dapatnya bertawakal kepada Allah SWT.

Ada diceritakan dalam surah Thalaq ayat 2 hingga 3.

Admin selalu juga dapat.

Misalnya terpandang awek cantik.

Sekali pandang sahaja dan tiada pandangan yang kedua.

5.Melalui istighfar

Jika nak banyak harta dan banyak anak maka perbanyakkan istighfar.

WAJIB BACA :   Apa Yang Ada Dengan Telefon Nubia M2 Lite ?

Ini adalah punca rezeki yang tidak perlu diragui sama sekali.

Buktinya dalam surah Nuh ayat 10 hingga 11.

Tinggal sahaja nak buat dan yakin sahaja.

Ingat janji Allah adalah benar sama sekali.

jeremywongweddings / Pixabay

6.Melakukan pernikahan

Ramai yang keliru.

Ada rezeki dulu baru nak bernikah.

Dalam Al Quran menyatakan dengan bernikah akan murah rezeki.

Sila hayati dan tekuni dalam suruh An Nur ayat 32.

Sematkan niat untuk bernikah.

In shaa Allah rezeki akan datang mencurah-curah dari segenap penjuru alam.

Logik la.

Membina masjid lebih mulia.

Mendekati zina perbuatan tercela

7.Kelahiran anak.

Anak adalah sumber rezeki.

Lahir sahaja ke dunia anak sudah dibekalkan dengan rezeki awalnya iaitu susu ibunya.

Jika rasa sangsi dengan kenyataan ini boleh rujuk sendiri dalam Surah Al Israq ayat 31.

WAJIB BACA :   Cara Cari Jodoh ( Bahagian 4 )

Jom la buat anak seramai yang sesuai.

Ulang lagi bukan seramai yang boleh.

Oh ya!

Aktiviti buat anak memang menyeronokkan.

8.Tabiat bersedekah

Pintu rezeki yang mencurah-curah melalui sedekah.

Masa paling susah itulah masa paling nikmat untuk memberi sedekah.

Bayangkan sahaja ketika duit tinggal sedikit.

Bagi  sedekah dan tiada apa-apa lagi yang tinggal.

Bagaimana rasanya selain menggigil kepala lutut.

Namun jangan risau.

Rezeki Allah ada di mana-mana.Malah dalam surah Al Baqarah ayat 245,menyatakan setiap apa kita sedekahkan akan Allah ganti berlipat kali ganda.

Penutup

Rezeki Allah tidak pernah salah alamat.

Tidak pernah tersasar biarpun seinci.

Sebab Allah itu Maha Pemberi rezeki iaitu Al Razzak

Admin doakan pembaca untuk murah rezeki yang melimpah ruah sehingga tidak putus-putus.

Dengan rezeki yang begitu lancar dapatlah kita nikmati rasa bahagia dalam rumah banglo mampu milik.

Aamiin.

Comments 29

Leave a Reply to Jamil bin hashim Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge