Rezeki buatmu tapi ujian buatku

Pada 26 Julai 2021, hari bersejarah telah tercipta. Peristiwa besar buat saya tetapi mungkin hal kecil untuk orang lain.

Apa yang berlaku?

Saya kehilangan perkara yang disayangi. Sebetulnya hampir saban tahun saya mengalami ujian sebegini.

Tahun  2018 – hilang duit

Tahun 2019 – hilang ‘isteri’

Tahun 2020 – hilang telefon

Tahun 2020 –hilang sandal

Tahun 2021 – hilang kasut

Tahun 2021 – hilang baju

Ya, ujian kecil buat saya.

Baju jaket yang saya letak di kerusi di pejabat hilang. Tidak dapat dikesan sehingga coretan ini ditulis.

Pada pagi tersebut saya tidak perasan sama ada masih di kerusi  atau tidak. Sebab saya ini suka beralih tempat duduk di pejabat.

Sekejap di sana dan sekejap di sini.

Kebetulan pula ada 14 orang pelatih industri yang mendaftar di tempat saya bertugas pada hari tersebut.

Persoalannya kini, bila jaket hitam yang berharga RM100 itu hilang?

Kredit : Exhaustgarment.com

 

Adakah semasa pelatih industri tersebut mendaftar atau sehari sebelumnya.

Saya sendiri tidak dapat pastikan dan saya tidak wajar membuat tanggapan negatif kepada para pelawat atau rakan sekerja sendiri.

Realitinya jaket kesayangan sudah hilang. Apabila hilang amat berat hati untuk saya membeli yang baharu.

Mahu atau tidak, saya paksa diri untuk reda. Ikhlaskan hati bahawa apa jua barang yang kita miliki bukan semuanya rezeki sendiri.

Mungkin rezeki dia kerana kesilapan saya tidak menjaga dengan baik jaket tersebut. Barang baik punya, rugi kalau tidak kebas.

Ini adalah anggapan yang menzalimi orang lain.

Mungkin ada orang tersalah ambil dan sampai sekarang belum sedar kesilapan tersebut. Yang menjadi mangsa, tentulah saya kerana masih teringat lagi baju yang hilang.

Mungkin ada entiti khas yang menyembunyikan jaket saya. Teori ini sangat tidak masuk akal dan saya sangat sukar untuk saya percaya.

Walau apa keadaan sekalipun, jaket saya sudah hilang dan saya kehilangan nikmat tersebut.

Memang benar juga, bahawa apa-apa barang yang kita miliki bukan hak mutlak kita.

Jangan rasa bangga waima sudah ada Mustang Manual GT350, banglo mewah di tanah persendirian dan jutaan wang tunai berselerakan di pelbagai akaun bank.

Saya bayangkan itulah hasil kejayaan saya dalam Team Siber Sukses. 

Ini pesanan untuk diri sendiri dan saya doakan anda dapat apa yang diimpikan.

Harta benda, kekayaan dan nyawa adalah pinjaman semata-mata.

Bila-bila masa boleh ditarik balik sama ada kita sedar atau tidak. Suka atau enggan.

Ingat semua yang ada di muka bumi ini bersifat sementara.

Saya cuba memujuk hati agar tidak terlalu sedih, kesal dan merana dengan apa yang terjadi. Hal dunia, hal kecil sahaja.

Bersangka baik akan beri rasa damai dalam jiwa dan rasa tenang dalam fikiran.

Jom sama-sama kita doakan baju jaket saya kembali lagi ke tuannya atau Allah ganti dengan perkara yang jauh lebih baik.

Aamiin Ya Rabbil Aalamiin.

16 Comments

  1. Saya pun pernah ada jaket yang orang pinjam, tapi sampai ke sudah tak pulang balik. Sayang , sebab kenangan graduasi U punya jaket. Tapi, redha je. Betul cakap mrhanafi, Allah nak ganti dengan yang lebih baik. 🙂
    Nur recently posted…KaripapMy Profile

  2. Kena buat pengumuman la rasanya.

    Mungkin juga ada yang admire dengan awak sampai sanggup curi jaket.

    🥰🥰

    Gurau je..

    Semoga ada rezeki untuk dapat balik jaket tu. Mungkin juga Allah nak gantikan dengan jaket yang lebih selesa lepas ni.

Leave a Reply

%d bloggers like this: