Bagaimana buat rindu suamiku mengebu-gebu

Rindu suamiku bagi pasangan suami isteri memang best giler.Tambahan pula heboh di media sosial isu rasa rindu walaupun berpisah cuma masuk dalam tandas.

Cewah! Bahagia la tu.

Alhamdulillah kepada pasangan yang baru kahwin.Kalian adalah pasangan yang berhak untuk saling merindu dalam menyulam rasa cinta yang masih membara.

Wow!

Pasangan yang belum kahwin jangan risau.Masanya tetap tiba untuk alami saat rindu suamiku

Kalau nak rasa rindu begitu, cepat-cepatlah hantar wang hantaran.

“Bro mana nak dapat wang hantaran dengan cepat?”

Saya hanya mampu bagi cadangan.Anda boleh buat bisnes online dan mulakan tindakan dengan belajar membuat website

Ataupun .

Pelajari  cara simpan duit.

Ok.

Kita tingggalkan itu dulu.

Dalam artikel ini,saya kongsikan cara untuk menjadikan pasangan rindu dengan kita.

Rindu sangat-sangat hingga tak nak berpisah walaupun masuk tandas.

Apa lagi inilah caranya.

Rindu suamiku

Pertama : Jadilah pengantin baru

Lagi baru lagi best.Kawan saya kata,

WAJIB BACA :   Bertuahnya Dapat Minum Air Lemon Panas

” Kalau boleh tak nak keluar rumah sebulan ”

Kebahagiaan yang tercipta memang sukar untuk dilupakan bagi pasangan yang baru rasai nikmat baiiiiiik punya

Rindu akan membara siang dan malam.Rindu nak yang itu dan yang ini.

Yang lain-lain tolak tepi.

” Bro…

Saya dah lama kahwin  la.

Macam mana pula nak jadi seperti pengantin baru?”

Awak..

Pergilah berbulan madu berdua untuk kali kedua.Tinggalkan anak dengan mak mertua.Jangan bawak bibik yang cantik tu.Tinggalkan buat sementara.

Ini sekadar cadangan berbentuk gurauan!!

Awak..

Boleh juga cari anak dara untuk kahwin satu lagi.

Tapi ingat.

Kasi tau la orang rumah dulu —–> kalau berani.

Tak berani ——>lupakan sahaja.

Kedua : Pergi melancong sorang-sorang

Inilah tabiat pelik.

Walau pelik macam manapun ikutlah peribahasa lama dan baru.

“Sayangkan isteri tinggal-tinggalkan”

“Sayangkan suami jeling-jelingkan”

Pasangan yang sentiasa bersama pasti terasa kalau sudah berjauhan.Kalau boleh melanconglah sejauh-jauhnya sehingga ke kawasan tiada liputan isyarat 4G atau 3G Lite.

WAJIB BACA :   Formula tidak logik tetapi luar biasa ajaibnya

Rasakan pengalaman tiada  Whatsapp,Facebook,Instagram,Wechat,Telegram dan Google Plus.

Lagi baik kalau tempat yang tiada langsung signal.

SMS tidak boleh.

Call pun tidak boleh

“Apa akan jadi bro ?”

Masing-masing tidak dapat berhubung.Perasaan merindu akan membungkam rasa.Merana dijiwa.Sampaikan nak bagi salam rindu pada angin yang lalu.

Kalau boleh nak tangkap merpati jadi posmen untuk hantar surat luahan hati.

Cinta akan teruji apabila berjauhan.Besar kemungkinan kepada suami atau isteri.

Suami diuji kesetiaan kerana nak cari awek baru yang cun melecun.

Isteri diuji kesepian kerana tiada teman untuk tidur malam.

istri sayang suami

Ketiga : Menjadi seperti pasangan belangkas

Kadang-kadang manusia boleh belajar dengan haiwan seperti belangkas dan burung merpati.Belangkas tak boleh berpisah dengan pasangannya.

Suami isteri jadi begitu memang best juga.Berjauhan seketika akan menerbitkan rasa rindu kepada pasangan.

Persoalannya bagaimana nak menjadi suami isteri persis belangkas ?

Makan bersama.

WAJIB BACA :   Cerita 5 pemuda berjaya dan kaya

Mandi bersama.

Tidur bersama.

Shopee bersama.

Pendek kata, sentiasa bersama siang dan malam.

Tak bersama seketika —–> jadi rindu la nanti.

Percayalah.

Asmak Gold

Artikel ini ditaja khas oleh Jus Asmak Gold

Kesimpulan

Tak susah untuk buat pasangan kita jadi rindu serindu-rindunya.Asas utama saling mencintai dengan ikhlas.

Lupakan yang lain.

Kehidupan suami untuk isteri.Kehidupan isteri untuk suami.Dua-dua saling memerlukan seperti aur dengan tebing.

Lumrahnya bila dah lama kahwin perasaan cinta,kasih dan sayang bisa berubah-ubah.

Mungkin semakin baik.

Mugkin semakin teruk.

Yang ini minta-minta dijauhkan

Sang isteri melebih-lebihkan perhatian kepada anak-anak.Sang suami melebih-lebihkan perhatian kepada kawan-kawan.

Bahkan juga.

Suami isteri sudah mula cenderung kepada hobi,bisnes,persatuan,minat dan kerjaya masing-masing.

Lama kelamaan perasan rindu terhapus dengan sendirinya dan digantikan pula dengan perasaan hambar dalam perkahwinan.

Inilah implikasi paling bahaya.

“Kami sudah tiada persefahaman dan berpisah adalah cara terbaik. ”

Lihatlah betapa pentingnya ada rasa rindu kepada pasangan suami-isteri dari hari pertama akad nikah sehingga terhembusnya nafas terakhir.

Terpulanglah siapa yang ‘GOL’ dulu.

Suami atau isteri.

Yang penting mereka bakal berpimpin tangan ke Jannah.

Ok.Cukup setakat itu.

Comments 33

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge